Hmmm lama tak update blog.. tak sempat and takde masa. Ade cerite tapi tak rase nak cerite such as Toroa Ball on 2nd August ari tu. Ntah... first time rase tak eager nak gi ke function macam tu. Yang best dapat tangkap gambar tapi kena baya mahal lah. NZD6 satu keping. But worth it sebab gamba cantek.
Ari tu pasang telinge dengar June nye miting ngan Nathan (sv diye). Oh.. June ni orang Thai tapi family berasal dari China so muke diye memang pure cina lah. Sejak ade June ni saye tak ler menjadi wanita terakhir kat Graphics lab ni which is a good thing. Saye ngan June pun share the same problem dalam buat PhD which makes me tak ler rase keseorangan di tengah lelaki-lelaki yang terer-terer nih.
Anyway.. antara isi-isi perbualan diorang yang saye dengar and menyampuk sket-sket ialah bila Nathan bercakap pasal Geoff dan juga Richard. Dua lelaki yang Nathan gelar sebagai very "unusual". Spesis yang sangat-sangat jarang ditemui kat bumi ni. Dan kerana keluarbiasaan diorang ni, Nathan cakap department ni sangat bertuah. Tapi yang menajdi problemnye ialah bile students kepada kedua-dua mereka ni try to cope dengan keluarbiasaan diorang sehingga menjadi agak tertekan sedikit, which is so true!
Nathan bagi nasihat. Diorang ni memang luarbiasa hebat jadi bear that in mind. Jangan compare diri kite yang kerdil ni ngan diorang. Yup, lesson yang saye belajar sejak jadi student Geoff. Masa mula-mula dulu memang pressure sebab setiap kali jumpa Geoff terasa memang hina dina sangat. Setiap kali bagi idea yang dirase agak gempak, Geoff mesti akan nampak ketidak rasionalannye. Haha ari tu bagi tau Geoff, saye nye level of confidence dalam buat programming ni dah naik and then Geoff jawab, he's very good in destroying people's confidence :D
Oh yeah. Nathan cakap lagi. Diorang ni walau pun pandai, tapi fokus diorang bukanlah pada orang-orang yang pandai saja yang boleh dijadikan students. Mereka ni jenis yang lebih suke membantu students yang betul-betul nak buat research. Yang ada kemahuan dan mahu mencari jalan. Err saye termasuk dalam golongan tu ke? Hmm HARUS sekali kalau tak nanti Geoff tak nak tolong dah.
Kesimpulan dari cerite ini, saye sebenanye manusia yang sangat bertuah kerana dapat supervisor yang begitu luar biasa seperti Geoff. Bak kate Nathan dan juga Janet, ade orang-orang macam ni depan mata, maka amiklah peluang sebaik-sebaiknya. Timba ilmu sebanyak mungkin. Aye aye!