about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Sunday, August 17, 2008,5:23 PM
    Toroa Ski Trip
    Last Friday, saya join aktiviti Toroa pergi main ski di Cardrona Ski Field. Bertolak dalam pukul 4.30 pm dari Dunedin, bermulalah episod ngeri dalam hidup. Before this, dah pernah pergi Queenstown, so saya sangat-sangat arif dengan jalan kat situ, which is so winding. Naik kete pun dah pening, ni kan naik bas. As expected, sepanjang perjalanan, memang pening yang teramat. Teruk.

    Perjalanan amik masa dalam 5++ jam. Berhenti kat Alexandra untuk makan dah solat, then teruskan perjalanan ke Queenstown. Sepanjang-panjang tu memang tak tau nak pikir apa dah. Nak tido tak boleh. Pening mengatasi segala-galanya. Campur gastrik naik lagi sebab masa benti tadi tak makan.

    Sampai-sampai kat Queenstown Logde jek, saya terus collapse. Tak tahan. Yana ngan Grace gi panaskan bekalan yang kita orang bawak. Makan sket with hope esok pagi bile bangun akan ok. Esoknya kami kena breakfast seawal 6.30 pagi sebab bas akan bergerak pukul 7 am. Masa bangun tu pun dah rase tak best. Pening lagi tapi gagah jugak ler.

    Hai, perjalanan ke Cardrona tu pun tak membantu. Rugi. Sangat rugi. Kali ni datang, Queenstown tengah bersalji. Salji fresh tapi saya tak boleh nak menikmati. Pening punya pasal so terpaksa tidur, tu pun tido-tido ayam jek. Bayangkan ler, nak naik atas puncak bukit tu, jalan mane lurus. Lagi lah berliku-liku. Tapi seriusly cantek tengok salji yang tebal macam gula icing. Hmmm...

    Photobucket Photobucket
    Sampai kat atas, weather memang tak ok. Takde clear blue sky macam tahun lepas. Memang agak windy ngan salji yang still turun. Kami pergi lah rent gear. Alahai! Teruknya nak pakai kasut ski. Jalan macam orang cacat. Susah giler. Nak seret ski board yang agak berat tu.

    Since tak pernah ski kan, so saya amik lah starter pack. Amik lesson. Hmmm susah gak ler. Yang menambahkan susah lagi was pening pala yang tak kurang-kurang ni. Tak bley nak cope ngan lesson ngan pening dalam masa yang sama. Yana pun asma dah naik sket. Lagi setengah jam lesson, saya decide not to go with it anymore. X bley tahan dah. Pulang barang, balik ke bas, solat dan makan tengah hari.

    Photobucket

    Dah rasa lega sket, kami turun balik gi tangkap gamba. Tak continue ngan ski dah. Dok main salji je lah kat atas tu. Best! At least tak pening. Seronok giler main dalam salji tebal yang sangat-sangat lembut. Biler jalan kaki terbenam macam masuk dalam tepung hehehe Tapi gamba tak amik dari Yana lagi. Nanti update.

    Masa turun balik, skali lagi pening yang melampau. Masa tu dah decide ngan muktamad. Takmoh dah gi ski sebab tak sanggup nak tempuh pening macam tu. Tak kisah ler duit ski kalau nak burn pun. Even dah berkire-kire nak cari flight balik. But then Yana suggest gi cari pil tahan mabuk jalan ni. And Brigit pun cakap duit tu bley refund.

    So esok pagi, instead of pegi main ski, saya ngan Yana gi berjalan-jalan kat Queenstown. Best! Jalan dalam winter ngan salji yang penuh kat tepi jalan dan jalan yang sangat licin. Lagi mencabar turun dari lodge ke town dari main ski hahaha. Cari ubat kat farmasi then beli ticket untuk Million Dollar Cruise. So bercruise lah selama satu setengah jam kat Lake Wakatipu, lake terbesar di New Zealand dengan air yang 99.9% pure. Tasik ketiga paling pure di dunia. Lagi pure dari drinking water.


    Photobucket

    Kul 4 pm kami bergegas e Discovery Lodge, tumpang bas Cumberland ke Alexandra sebab bas kite orang akan pick us up kat sana. Ooo before naik bas dah telan pil tu. Alhamdulillah, first time berjalan kat jalan yang bengkang-bengkok ni tak rase pening langsung. Yay! Pasni bley la berjalan-jalan kat area situ tanpa perlu rase risau lagi :D

    **gambar-gambar updated!


    Photobucket Photobucket Photobucket

    Photobucket Photobucket Photobucket
    Bergambar dengan salji yang tebal seumpama tepung dari kedai papagowawa bak kate Alpyan

    Photobucket Photobucket
    With Brigit & Mark
    2 staff Toroa yang juga merupakan orang kuat untuk trip ni

    Photobucket Photobucket
    @ Queenstown Lodge. Our accommodation

    Photobucket Photobucket
    Bersiar-siar di Queenstown. Argh! Canteknyeee!

    Photobucket Photobucket Photobucket
    Crusing bersama One Million Dollar Cruise
    As I Would Have It
    Permalink |