about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Monday, August 13, 2007,8:40 PM
    Isra' Mikraj
    Malam 27 Rejab hari tu, seperti biasa kebanyakan surau dan masjid membuat ceramah Isra' Mikraj. Kebetulan balik kampung hari tu, so malam tu pergilah dengar ceramah.

    Alahai.. masa masuk surau kampung, lain macam je rase. Dalam hati dok cakap, boleh kira bape kali je masuk ke surau dalam setahun. Tolak solat tarawikh + solat raya.. alahai...... malu nak sebut huhu tetibe terasa teruk sungguh diri ni..

    Ceramah tu, pengisiannya sama. Cerita yang sama pasal perjalanan Rasulullah. Tapi pointnya, berapa banyak yang kita boleh ingat walaupun cerita yang sama diulang berkali-kali? Tiap-tiap tahun kita diingatkan, tapi selama mana ia akan lekat di hati?

    Bila imbas balik diri sendiri, memang rasa malu. Kadang-kala rasa jauh sebab terlalu sangat seronok dengan nikmat dunia, hingga lupa tempat tuju kita yang abadi nanti. Satu ayat ustaz tu yang agak terkena jugak lah.. "kita belajar kat dunia ni tidak berakhir dengan PhD, tetapi sampai hujung nyawa, kita masih kena terus pergi ke majlis ilmu." huhu panas..panas..

    Berapa kali dah bila balik kampung, abah suh gi dengar ceramah kat masjid, tapi tak sampai-sampai jugak. Mak tanya berapa banyak amalan dah buat sepanjang Rejab, speechless, tak boleh jawab sebab tak buat. Adus! Compared dengan zaman selepas grad dulu, boleh kata tiap-tiap malam dan Subuh gi solat jemaah kat surau. Solat Tahajud dijadikan solat wajib. Tapi la nie.... patutnya makin meningkat usia, semakin banyak amalan.. ni terbalik. Semakin jauh ditinggalkan pulak.

    Start hari ni kena kuatkan azam baru. Nak jadi balik macam dulu mungkin susah so kena start slowly. Alhamdulillah since last week dah start join usrah. Pastu untuk rumah yang bakal diduduki kat NZ nanti, mengikut kata kak Ani, dekat dengan masjid. Cuma harap-harap istiqamah je lah. Bukan sekadar dapat PhD, tapi untuk akhirat jugak.

    Untuk semua, belum terlambat lagi. Mungkin bulan Rejab dah nak berakhir, dan Syaaban bakal menjelma. Sama-samalah kite memperbanyakkan amalan, tambahan lagi dalam bulan Syaaban ni terdapat Nisfu Syaaban, di mana segala amalan kita untuk setahun yang lalu akan di tutup dan dibuka buku yang baru. Moga-moga kita menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Amiin.
    As I Would Have It
    Permalink |