Someone asked me.... "Tak nak tulis blog dalam bahasa Melayu ke?"
I simply said..."This is my way of improving my English."
Suddenly I got an offer to further my study in Univesity of Otago, New Zealand. So now I've got my chance to fully optimize my English for minimum of 3 years. Meaning... I can write my blog in Malay :)
Reaksi pertama waktu dapat offer... hmmm.. terkejut... sebab kena lapor diri dalam puasa tahun ni... tapi baru ni email supervisor minta extend registration lepas raya, and he said ok. Harap-harap dapatlah black & white nya. Kalau tak dengan syahdunya tahun ni sambut raya kat tempat orang huhu sedihnya.
Anyway.. ni lah gambar bakal department yang saya akan pergi nanti.. Department of Computer Science. University Of Otago, yang tertua di New Zealand (kalau tak silap) terletak kat Dunedin, kat mana orang ramai boleh tengok burung Royal Albastross.
Entahlah.. rasa seronok bercampur sedih. Seronok sebab dah lama berangan nak sambung belajar kat oversea. Dulu masa buat degree, dah hampir nak gi US, tiba-tiba gawat. So sambung kat MMU. Master pun dapat offer sambung kat University of Tasmania, Australia, tapi sebab tak ada sponsor masa tu, at last sambung kat UPM. Kali ni dapat rezeki, cuma sedih nak tinggal banyak benda kat sini... family, bola tampar.... menulis hehe..
Speaking of menulis.... insya-Allah akan diteruskan. Bak kata Nabil, nanti dapat suasana baru untuk menulis. Tambahan lagi New Zealand is such a beautiful country! Sekarang ni tengah bertungkus-lumus nak siapkan my first Novel Remaja Dewasa. Dah hampir 170 pages. Kalau tak ada aral, nak siapkan before pergi ke tournament volleyball kat Perlis nanti. Harap-harap kak Aina suka lah dengan cerita tu nanti hehe
Kalau dapat juga, nak siapkan dua buku awal remaja untuk siri Pengembaraan Fantasi sebelum fly ke New Zealand. Tinggi cita-cita tu. Sebelum pergi, kena beli scanner letak kat kampung.. almaklum ler illustrator merangkap abang dok kat kampung. Malas nak cari illustrator baru kat New Zealand tu.
Aiseh! Lepas ni mesti rindu gila nak ikut aktiviti KarnaDya... Tak apa, dah pasang niat nak balik tiap-tiap tahun. Harap-harap masa balik cuti tu ada lah KarnaDya buat apa-apa eh ;)
Well, wish me luck!
Labels: http://www.blogger.com/img/gl.align.center.gif