about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Sunday, August 26, 2007,6:27 PM
    Mommy Dearest
    Ahad 26th August... sepatutnya menjadi hari yang happy sebab it was my convocation day, tapi it didn't turn out to be like it was supposed to be. -sigh-

    Ikut plan asal, lepas habis konvo, snap pics sket, then trus hantar mak balik ke Kg. Baru. Lepas Zohor terus gi Alamanda sebab ada minggu penulis yang dianjurkan oleh MPH. Memang dah janji ngan FJ yang I'll be there.

    Tapi tu lah. Kita mampu merancang, Tuhan yang menentukan semua. Pagi tu, kul 6.40 bertolak dari Kg. Baru pergi UPM. Sampai-sampai try pakai robe.. alahai.. robe tak gosok.. berkedut seribu. Baru buka dari plastik bungkus la katakan. Ni la padahnya sebab assume mak gosok semua -hmm-

    Terus call Sal sebab dia tak datang lagi, minta tolong bawak iron. Nasib baik dapat. Thanks to pakcik Amir sebab tolong sediakan tempat untuk iron. Mak masa tu dah gerak dulu ikut Nabil pergi ke dewan. Dah siap pesan kat Nabil minta tolong bagi tau mak tunggu kat ne lepas habis majlis nanti.

    Nabil bagi tau kat mak, tunggu kat fountain. So lepas habis, terus la gi situ. Tunggu punya tunggu, bayang mak pun tak nampak. Dah le kul 12++ tengah panas terik. Ke depan, ke belakang, ke sekeliling cari tak jumpa-jumpa jugak. Tensen jangan cakap lah. Dah le semua barang dekat mak. Memang sehelai sepinggang sungguh.

    At last wat keputusan nak cari kat khemah-khemah jualan. Kat situ, Mila panggil. Nasib baik. So pinjam hp Mila, call abah dengan harapan mak call abah jugak. Nak dijadikan cerita, mak tak bawak hp. Adus! Kesian Mila, dia sebenarnya datang nak ajak bergambar, tapi dah diye tengok saya kelam-kabut macam tu, terus kansel. Alahai Mila, sori ye.. nanti kite tangkap gambar lain ;)

    Dah mati akal, akhirnya patah balik ke fakulti sebab parking kereta kat situ. Tawakkal je sebenarnya. Kalau mak tak ada kat situ jugak, memang dah xtau nak wat pe lagi. I was about to turn back.. sebab rasa-rasanya memang tak nampak bayang mak kat situ, when I suddenly I saw a familiar figure standing near a tree there. Mak! Finally found her.

    Tak tau nak describe lega ke or tensen. Dekat sejam baru jumpa. Rupanya bondaku sesat. Ye lah, dah le datang sorang-sorang, sekali keluar ikut pintu lain dari yang masuk tadi, nampak environment yang diye tak familiar lak, terus panik. Tanya sana sini mana pintu depan dewan, mak salah paham instruction, gi jalan sampai ke perpustakaan sana. Adus.. dengan kaki diye yang sakit pastu jalan sikit punya jauh... tambah tensen lagi dibuatnya. Kenapalah jadi sampai macam ni. Nasib baik diye pun tawakal jugak balik ke fakulti.....and jumpa.

    Masa tu dah kul 1. Masuk kete terus gi Kg. Baru. Dapat mesej dari K Aina, tengah tunggu untuk lunch kat A&W. Alahai.. rasa bersalah menimpa-nimpa. Memang tak mampu dah nak gi. Penat cari mak dalam tengah panas tu memang x boleh nak kata apa. Tak larat sesangat.

    Terkilan? Jangan ler cakap. When I first had my convocation untuk Degree dulu, tak ada memories langsung. Memang tak suke dengan konvo MMU waktu tu. Sorry to say, tak rase macam konvo langsung. Tak tangkap gamba ngan family pun sebab rase happy tu tak ada. So kali ni, untuk Master, nak make up untuk mak. Tapi tak dapat jugak. Memang sedih giler. Tu yang buat tensen bertambah-tambah. Insya-Allah akan ada konvo untuk PhD nanti, but still, it's a long journey to go. Tak berani nak bet on it.

    So sebelum abah and mak semua balik semalam, dalam kepenatan tu sarung gaks baju konvo.. mintak nak amik gamba jugak walaupun abah dah nak balik sesangat waktu tu. Adik tolong snapkan gamba. Hmm.. dapat ler jugak satu walaupun dalam keadaan mata terpejam. Jadi lah.. ade la jugak. Tu antara satu lagi sebab kenapa saya buat keputusan untuk tak pergi ke MPH Alamanda tu. I need to have a moment with them, which I think is the right thing to do.

    K Aina, FJ, and seluruh warga KarnaDya, if you read this entry, thousand apologies.. walaupun smalam dah sms k Aina mintak maaf tak dapat hadir. Keadaan memang tidak mengizinkan. Bak kata mak, semua dah tersurat, ada hikmah di sebaliknya. Walaupun saya still tak nampak the right reason yet, but I will believe in it. After all, God knows why.




    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    As I Would Have It
    Permalink |