about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Sunday, October 28, 2007,12:34 PM
    Te Whare Wanaga O Otago

    MasyaAllah! Itulah perkataan pertama yang keluar sewaktu kapal terbang mula mendarat di lapangan terbang Dunedin (pronounced as Da-ni-den). Pemandangan dari atas memang cantik sekali. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Suasana seolah-olah seperti mendarat di sebuah ladang yang penuh dengan kehijauan. Tak seperti airport yang lain, yang hanya bertemankan infrastruktur yang moden.

    Pertama kali mendarat di Auckland, tak terasa sangat seperti di luar negeri. Alhamdulillah tak ada masalah dengan custom dan immigration. Semuanya lepas walaupun saya declare jugak bawak ubat-ubatan yang tak ada prescription dari doktor. Officers kat sana were very nice. Tak ada muka-muka yang menggerunkan yang menyambut kita. Semuanya murah dengan senyuman and were very helpful.

    Perkara pertama yang saya buat ialah membeli sim card baru to call my parents. And then contact Yana bagi tau yang saya dah sampai Auckland. Next flight dekat domestic terminal kul 5.30 so saya lepak-lepak dekat Auckland sambil makan buah-buahan saja untuk lunch. Cuaca panas but then anginnya sejuk. Best! Agak-agak dalam hampir kul 3, saya naik bas ke domestic airport. Macam terer jek jalan-jalan sendiri kat situ hehe

    Sampai airport sana, tak tahu balik nak wat ape. Lambat lagi before departure so dok kat depan terminal tu sambil baca novel sendiri yang diberi oleh KD sewaktu kat airport KLIA (thanks KD for coming!). Dah bosan baca last-last termenung jek sambil pandang ke announcement board tu, tunggu panggilan flight. Dah dekat kul 5, tak jugak dipanggil. Risau gak. Nasib baik ada sorang Kiwi ni perasan, so dia tanya and bagi tau masuk je, takyah tunggu takut risau terlepas flight. Hehe baik lah diorang ni! Funny thing about the aircraft was that masa gi toilet, instructions dalam tu were in Malay! Even kat depan toilet tu bley nampak lagi sign "KELUAR" haha the steward and stewardess plak.. tua-tua belaka and tak payah pakai make up pun ;) berbeza with our approach

    Flight transitted via Wellington. Waktu nak landed kat Wellington, dapat tengok laut yang memisahkan North and South Islands. Cantik!!!!! Sangat cantik! Very scenic. Memang tak pernah tengok lagi kecantikan yang macam tu, even dalam tv. Dah sampai Dunedin lagilah. Kampung habis, tapi tu yang menjadikannya unik. Kat situ, Yana, En. Sabry and kak Lily dah sedia menunggu.

    Keluar dari airport jek, terus menggigil. Tak macam kat Auckland. Boleh selamba jek ngan baju nipis. Kat Dunedin jangan harap. 40C beb! Apalagi. Hidung mulalah sok sek terkejut. Dinner malam tu kat rumah En. Sabry and Kak Lily. Makan nasi ayam. Rase macam kat Malaysia jek. Masa nak balik tu lagilah. Dah malam. Lagi sejuk. Makin teruk hidung berair. Oh ye. Sekarang tengah Spring so siangnya panjang. Kul 8++ still cerah.. baru nak masuk Maghrib. Summer sok lagi lah panjang siangnya.

    Esoknya plak dinner kat umah Kak Liza, my ex-lecturer masa kat MMU dulu. Makan nasik tomato lak. Hehehe... Bile nak stat detox ni? Hmmm... On the way balik, kak Liza and hubby bawak round tengok kawasan university, tunjuk department CS kat ne. University of Otago.. tak macam university lain. Tak ada kawasan tersendiri. Scattered kat tengah-tengah town. CS department lagilah. Rumah-rumah di situ dijadikan ofis dan lab. Tapi nanti akan pindah ke building baru. Ada lah gaya-gaya building university ;)

    Ahad.. Yana bawak jalan kat town. Gi New World, macam Giant lah kat Malaysia. Shopping barang-barang makanan wat stok untuk few weeks. Hidup kat sini kena berjimat cermat. Tak bley main amik macam dulu then swipe jek guna credit card. Ni lah masa terbaik nak kumpul duit. Mana tau balik Malaysia nanti bley jadi orang kaya baru ahaks!

    As I Would Have It
    Permalink |