Sebelum datang ke NZ lagi saye dah tau kewujudan Bersatu Games ni sebab the first thing yang saye cari was volleyball. Bile budak-budak ni sume dah balik dari cuti summer, saye berjaya menjadikan volleyball sebagai aktiviti mingguan kat sini. Dalam masa yang sama training untuk Bersatu Games, target nak menang emas untuk volleyball.
Bile masanye dah hampir, dapat tau kena main games lain gak sebab tak cukup player. So register untuk frisbee and badminton skali. Takpelah, macam tak pernah main macam ni masa kat UPM dulu kan hehe
Kami bertolak dari Dunedin hari Jumaat pagi selepas semi final Euro. Konvoi 3 kereta. Destinasi, Christchurch sebab flight ke Wellington amik dari sana. Tengok Timi macam ngantuk so ofer la diri untuk drive. Ciss... tengok diye bagi. Tak pasal-pasal jek kena drive dari Dunedin sampai ke Timaru.
Sebelum depart kami satu kereta dah beli ayam goreng CFC untuk lunch. Berhenti kat Timaru untuk lunch dan solat. Syafiq satu kereta benti lunch saje sebab depa nak solat kat Christchurch. So tinggal 2 kereta je lah yang konvoi. Kali ni suh Munir lak drive. Penat dah. Sakit pinggang drive 3++ jam.
Sampai kat Christchurch kami berpecah. Wado satu kereta gi tumpang umah kawan diorang. Saye tumpang umah kak Mas. Munir and Boss tak kisah nak tumpang skali tapi Timi xmoh. Nak dok umah kawan diye kunun segan umah family. Lepas dinner umah kak Mas tengok-tengok Timi ubah fikiran. Baru diye tau best umah kak Mas tu. Especially kak Mas asyik backing diye jek, and membahankan Boss ngan Munir kaw-kaw. Apa lagi, naik lemak terus member. Huh!
Esok pagi, hubby kak Mas anta kami ke airport. Dah masuk dalam flight tapi bayang Syafiq satu kereta tak nampak. Dah sampai Wellington baru dapat berita diorang terlepas flight. Adus.. siannya... nasib baik diorang dapat naik flight kul 3 petang tu..
Kite orang sampai dalam kul 12.30. Hmm the moment tengok bandar Wellington jek terus tak berkenan. Dah busan duduk kat big city. Duduk kat town kecik macam Dunedin ni memang best giler! Kami amik shuttle terus ke Wellywood Backpackers. Selesa la dok kat situ. In fact lagi better dari hostel masa saye involved ngan sukan-sukan IPTA dulu. Saya sebilik ngan Yana (tu pun lepas mintak tukar bilik), Amy Chang and Yi Xin. Diorang ni ok gak. Lawak hehe. Lepas solat kuar gi lunch. Kunun nak menjamu selera kat Satay Kajang tapi tak bukak lagi so kite orang makan kat Azra Kebab ape ntah.
Lepas lunch kami naik cable car ke Botanical Garden. Saje nak membuang masa before opening ceremony malam nantinya. Balik dari garden terus rushing untuk ke opening. Patut start kul 6.30 pm tapi sebab Dato ade hal, so pre-opening dibuat untuk selected few people dari setiap kontijen kul 5 pm instead. Kami berjalan kaki jek ke sana. Sejuk? Tak sesejuk kat Dunedin tapi windy giler.
Dah abis pre-opening, official opening kunun stat kul 6.30.. TAPI ade problem lak ngan AV sistem. At last kul 7++ baru stat. Hmmm dah abis ingat bley balik skali dapat tau bas yang nak bawak kami balik ade kul 10.30 pm. Masa tu baru kul 9 pm. Duh! So kami decide untuk jalan kaki. Dah le ujan... isk isk... sebelum balik backpackers kami ke New World dulu untuk beli stock makan untuk hari-hari berikutnye..
Esok.. hari pertama game.... to be continued....