Rianne's Farewell...
Macam tak percaye jek.. tak lama lagi Rianne dah nak blah. Sedey? Sangat. Ye la, Rianne sangat baik. Lepas ni flatmate baru xtau macam mane rupe and macam mane perangai. Kayla sampai skang pun susah nak get along, ni kan orang baru. Harap-harap sangat ok.
Sabtu lepas, tengah hari tu gi kuar town ngan Alexa and Rianne untuk cari hadiah Yi Tian. Kami konon nak gi Farmer's market pagi tu but then saye tengok Euro, then gi brekfest kat umah member. Txt Rianne xde jawapan, so assumed diye tak bangun lagi. Then txt Alexa if bley postpone gi town tengah hari sebab terasa nak gi main voli. Alexa ok jek.
Tapi tu ler. Dah main tak ingat dunia la plak. Konon nak balik kul 12 tapi terlajak sampai kul 1. Alexa ngan Rianne dah gi town. Tapi sempat kejar diorang dalam kul 2 tu. So we went shopping, then bawak depa pi pekena Bubble Tea. Pastu lunch kat Apsara.
Layan Bubble Tea
Besoknye konon Alexa nak masak untuk kami sebab Isnin diye nak balik dah. Sekali tak jadi sebab Rianne tak pernah makan kat Velvet Burger so tukar plan. Kami dinner kat Velvet Burger instead. I had burger called "Animal's Right" - a vegetarian burger :D
Yeap.. animal's right!
Pakiwaitarean Ladies...
Lepas dinner kami pergi ke TimeZone untuk tangkap gamba beramai-ramai. Sepatutnye kami berlima campur Kayla, tapi kali ni Yana ganti Kayla, our newest member of Pakiwaitara ;) Funny... tak pernah tangkap gamba sticker kat mesin yang kena baya NZD5. Kami wat 2 shot with various poses, then untuk setiap shot pilih 2 poses yang paling berkenan di hati. Decorate gamba-gamba tu with frames, words, dan macam-macam lagi lah. Hasilnya, seperti di bawah ;)