about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Tuesday, July 31, 2007,7:15 PM
    Reality Bites!
    Reality shows have always been my favorite. Starting with Survivor, I became its die hard fan. Tak pernah miss. And then Amazing Race. Tapi lama-kelamaan this kind of shows bored me. Nothing much to learn from it except how you strategically play the games and back-stabbing people. Especially when Amber won the Survivor - All Stars. (Amber??? Who are you kidding!) Since then, no more Survivor.

    Kemudian wujud pula The Apprentice. This show has quickly gained my interest. Dari Season 1 - 6. Err actually Season 2 tak tengok sangat, sebab tak berapa minat ngan Kelly huhu. Anyway, ni lah show yang berjaya bagi impact dalam diri saya. Kalau dulu bila tengah panik, tak boleh buat kerja. Ended up nangis. But now... no more tears. No matter how hard it is, be tough! And always think outside the box. Be creative. Wow! So much to be learned within a show.

    Bill Rancic, the first Apprentice. Handsome dan sangat bijak. What a great combination. Kelly.. hmm no komen. Tak berapa tengok. Kendra, very creative. From the moment she stood up as a PM, she really shone. She's born a leader. Randall, holder of 5 degrees. Dr Randall actually. Very like-able. Also a great leader, maybe not as great as Kendra, but he's definitely in the league. Sean.. a happy go lucky guy. Ok lah kot. Not really my favorite coz I didn't really sense much from him as I got from Bill, Kendra and Randall.

    The newest one, The Apprentice LA. Just ended few months ago. Rumors said it was the last season. Still need to be confirmed about it. Anyway, kat Malaysia ni mungkin ramai yang tak tengok lagi since it hasn't been aired yet. As the name implied, the location now is in LA. Bukan tu sahaja, the concept pun dah berubah. The winning team will get to live in an exclusive mansion, while yang kalah, sad to say, they have to sleep in the tent outside the mansion. They have to live as the have-nots. As for the winning PM, he/she will continue being one until the team is lost and the winning PM will get the chance to sit on the right side of Trump, during the board meeting to help him fire somebody. Drawback? Hmm tak ramai dapat peluang jadi PM, sekali gus tak dapat tengok the true potential. Satu lagi, even though that person is a winning PM, doesn't mean he/she is good. Team tu yang buat kerja bagus.

    Untuk season yang terbaru ni, I've watched up to Episode 13. Tinggal finale je tak tengok lagi. Heidi was the early favorite. Superstar as being called by Trump, but she's not that super. Quite cocky (since she was the superstar), she can't deliver a good presentation and she can't even admit her fault. Asyik putar belit jek when finally her putar belit caught herself. It served her right.

    Down to Final four - James, Stephanie, Frank and Nicole. Nicole in Final 4? Gimme a break! She's soooo not qualified. Bising aa minah tu, tak larat dah tengok diye. Perasan bijak but she's not. And most importantly, she not profesional. Don't ever bring your romance into your work. And don't ever use "woman" as your asset to win a task. Cliche!

    Frank, not a leader but a fighter. He'll be great employee. James.. a good leader and Stephanie.. wow! She's gorgeous and smart. A lawyer with a good presentation skill. Dengar diye cakap je.. memang impress. Combined with James, they both made a very great team. Teringat masa zaman Randall and Rebecca dulu, but James and Steph are way better. Luckily they were both in the final 2.

    Err tak sabarnya nak tengok finale tapi nampak gayanya kena tunggu sampai next week lah since malam ni nak terbang ke Miri huhu. Anyway, the winner memang dah tau sape tapi tak sabar nak tengok macam mane si Nicole ni will be fired ahaks!

    Ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Saturday, July 28, 2007,5:39 AM
    My Sifu was here! Yay!
    Semalam, sifuku datang memberi talk di fakulti. Bestnye! Dah lama tak jumpa sifu. Tapi ni bukanlah sifu kung fu atau nyanyi. Ni sifu yang mengajar saya tentang macam mana nak buat research, dan tolong saya dalam menyiapkan master dulu.

    Apa yang best tentang sifu ni ialah sikap dia yang sanggup tolong... sehabis tolong tanpa mengharapkan apa-apa. Masa nak submit thesis pun dia tak bagi letak nama diye dalam acknowledgment, letak initial dah cukup. Hmmm.. bile dah letak initial ni, macam-macam le spekulasi orang yang membacanya kan. Ramai dah fikir lain.... huhu biarlah.

    Berbalik pada sifu ni. Dia memang seorang yang sangat genius. So far saya baru jumpa 2-3 orang yang genius macam dia. Before datang jumpa sifu untuk kali pertama, saya dah emelkan article yang saya refer untuk buat research. And guessed what? Masa datang jumpa, diye dah ade solution in his head.

    Sifu ni keje kat UTP. So tiap-tiap bulan kena travel dari UPM ke UTP. Penat? Jangan cakap lah tapi demi ilmu.. sanggup. Memula pergi UTP balik hari, pastu start stay kat sana dalam 2-3 hari, lelama terus stay seminggu. UTP tu dah jadi macam opis la plak. Ye lah, masuk kul 8 kuar kul 5 huhu. Nasib baik ade member keje kat UTP gaks. Bley tumpang umah diye. La ni member tu pun dah sambung PhD kat Netherlands. Wish her all the best!

    While dekat UTP, ade lagi sorang student Master sana selalu juga refer her work dengan sifu ni. Ye lah, orang genius kan, sah-sah jadi rebutan :D Yang kesian kat diye, since kalau saya datang, memang saya conquer sifu dari 8-5, so setiap kali bile diye datang nak jumpa sifu and nampak muke saya terpacak kat situ... hehe musti diye tensen abis.. "minah ni lagi"...

    But it wasn't a bad thing at all. Because of that, kite orang dah jadi kawan. So kalau jumpa dan bercakap pasal sifu ni, mesti kite orang imbas balik waktu buat Master dulu. Ayat popular - "berebut sifu" hehe Member ni pun akan sambung her PhD kat South Hampton, UK ujung bulan 9 ni. Dah plan nanti nak jumpa kat Alamanda before kami dedua fly ke negara yang berbeza. Err.. harap-harap diye sempat le bagi source code diye masa Master dulu ;)

    Hmmm.. kesimpulannya. Sifu banyak mengajar saya to think outside the box.. hehe bukan Bill Rancic je bley pikir macam tu. Nak buat research ni tak bley lurus sangat. Otak kena ligat memanipulasi cara mengikut kemampuan kita. Saya masih ingat lagi cakap sifu masa saya tengah blur nak buat programming. Sifu pesan, "Programming is like buying the engine for the car. The idea is to know where to get the right engine, and not how the engine was built." Great message! Maksudnya, bila nak buat programming ni, tak perlu lah bersusah payah buat dari scratch, tapi kena lah pandai cari coding yang sesuai, and from there, manipulate the code sehingga jadi as what we desired.

    Well, thanks sifu for everything you did. For the time you spent to coach me, even though I took you time with silly questions. And thanks for giving me idea on my PhD research. You deserve to have everything good in this world. To my friend yang sanggup tumpangkan saya di rumahnya.. memang tak terbalas budi. I can only wish for the success for all of us.

    Cioa!
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Tuesday, July 24, 2007,6:47 PM
    Interview With the Vamp.. ops Piranha??
    Why is it a piranha? Well, that's actually what my volleyball coach called me. Huh... he even introduced me as Nurpiranha :P hmmm simply because I eat a lot haha.. tak percaya? I memang makan banyak tapi Alhamdulillah.. badan tak naik.. mungkin sebab aktif sukan... so kesimpulannya tak boleh berhenti bersukan la ni huhu

    Anyway.... semalam KarnaDya arranged kan an interview for me dengan Utusan. Ahaks! Kelakarnya. First time being interviewed for a newspaper. Siap kena berlakon lagi berposing untuk bergambar. Adus! Teman ni dah le tak fotogenik, kena berlakon depan kamera, mau tak gabra di buatnya.

    Pape pun, the interview went well. Tak pernah terfikir pun akan keluar paper dalam masa terdekat ni. Pernah jugak le masa kecik-kecik dulu, berangan nak bukak butik with my cousin, baju keluar majalah sana-sini. Nak jadi model untuk pakaian sendiri hehehe

    Bila difikirkan balik, banyak perkara yang tak disangka berlaku. Dari dulu saya memang minat menulis. Tulis satu muka surat, then tinggal. Yang paling panjang saya pernah tulis untuk crypticville tu lah. Bila dapat peluang jadi penulis betul-betul, rasa seronok yang teramat. As if terpilih untuk masuk ke rancangan "Benson & Hedges: Golden Dreams". Untuk adik-adik mungkin tak tahu rancangan ni tapi siapa yang pernah tengok filem lakonan Amy Mastura arahan Aziz M. Osman (tak ingat tajuk tapi ada kaitan dengan puteri jugak le), lebih kurang macam tu lah. Perasaan apabila impian kita menjadi kenyataan.

    My wish, semoga impian sebagai penulis ni akan kekal nyata. Tidak berhenti setelah sambung PhD. La ni tengah nak siapkan Pengembaraan Fantasi 4 before fly (alamak, sempat ke ni???). Storyboard untuk Pengembaraan Fantasi 5 dah siap, nak buat storyboard untuk 2 cerita Remaja Dewasa lak. Satu cerita dari Crypticville yang akan di convert sepenuhnya ke Bahasa Melayu dengan harapan ia akan berlatarbelakangkan New Zealand.... memang thriller... and another one..... a fantasy story.... more pada mystery . Nanti akan di hantar pada FJ untuk approval very soon hehehe

    Ok.. dah panjang menulis.. time to get back to work.... siapkan jurnal untuk di submit huhu.. cioa!
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Saturday, July 21, 2007,4:03 AM
    Bengkel Penulisan Akademik @ Royal Adelphi
    Sekarang ni saya berada di Hotel Royal Adelphi, menghadiri bengkel penulisan akademik, berlainan dengan bengkel penulisan kreatif yang dianjurkan oleh KarnaDya. Walaupun kedua-duanya berunsur penulisan, tapi memberi dua output yang berbeza. Penulisan akademik adalah untuk menghasilkan jurnal ilmiah, yang akan memberi points kepada penulis untuk dinaikkan title nya nanti (Professor Madya, Professor) ataupun untuk mendapat cemerlang di dalam penilaian staf. Ianya merupakan satu perkara wajib bagi semua pegawai akademik di UPM.

    Penulisan kreatif pula memberikan kepuasan kepada si penulis. Selain mendapat habuan di dalam bentuk wang ringgit (heheheeh), ia juga merupakan hobi pada masa lapang. Melalui penulisan kreatif ni lah segala imaginasi di dalam kepala bolah dikeluarkan.

    Bengkel ni bermula semalam, selepas solat Jumaat. Saya bertolak bersama Nabil dan dua staf yang lain. Aturcara start pukul 3.15 tetapi sebab terdapat sedikit kelewatan sebelum bertolak, kami sampai pada pukul 3.20 huhu but it was agood thing jugak lah. If sampai awal, urusetia dah usha saya untuk jadi MC untuk majlis perasmian. Hehe nasib baik..

    Dah satu setengah hari kat sini. Penutup esok pukul 12 tengah hari. Alhamdulillah so far dah berjaya jugalah siapkan satu jurnal. Tengah tunggu apa kata pakar. Lepas dah buat correction boleh terus hantar ke mana-mana jurnal yang ada impact factor.

    Yang paling best kat hotel ni, ada wireless free. Yay! Best. Dari dalam dewan sampailah ke dalam bilik, boleh access internet. Terus je update fotopages yang tak boleh jugak nak masuk kat UPM huhu. Anyway, sesiapa yang nak view my fotopages, boleh la pergi ke address ni : sakurachan.fotopages.com

    Anyway, ini satu gambar yang di tangkap oleh hamba Allah sorang ni sewaktu performance kami untuk perarakan UPM tu. Walaupun tak menang, tapi rasa seronok and banggalah jugak. Another sweet memories to be brought to New Zealand ;)



    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Tuesday, July 17, 2007,10:05 PM
    Rehearsal Perarakan Sempena Kemerdekaan UPM
    Pagi tadi, bermulalah rehearsal untuk Perarakan Sempena Hari Kemerdekaan UPM. Setiap PTJ kena hantar 60 orang wakil. 30 untuk berarak, and another 30 would be for the cheering squad. Untuk yang berarak pula, di beri masa 1 minit untuk membuat gimik which will be evaluated of course.

    Gimik kite orang.... hmmm... ada lah tarian sket... sambil bawa logo-logo kemerdekaan. Since kita orang nye era ialah 90an till now, maka our kontijen ditempatkan di kedudukan 3 terakhir. Adus penat nya nak tunggu. Disadvantage? Tak dapat tengok gimik kontijen lain but they can watch ours huhu.. not fair...

    Tadi rehearsal memang kucar-kacir. Hopefully things tak jadi macam tu lah esok... the real day itself. Petang nanti akan ada full rehearsal.... for the last time. Sekali dengan pasukan sorak. Selama ni pasukan sorak ada lah 2-3 kerat yang datang. Hmm alahai........

    Anyway... ni satu gambar yang berjaya di ambil waktu rehearsal tadi..



    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    p/s: jari bengkak main voli smalam :((
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Monday, July 9, 2007,7:02 PM
    Friendly Bersama Petronas
    Selepas 2 minggu balik dari Sukan Staf dan tak pernah turun-turun main lepas tue, semalam terus main friendly dengan Petronas. As expected, semua orang main macam kartun. Almaklum lah dah lama tak pegang bola. Serve tak lepas, first ball tak naik, spiking entah ke mana-mana hehe but above all, we were having fun lah yesterday. Rindu giler nak pegang bola balik. Dengar kata nak kena turun training balik tapi entah bila nyer huhu..

    Anyway before game semalam, ada sikit kekeliruan berlaku. Information pun dapat last minute. Last Friday dapat mesej from kapitan yang friendly akan diadakan on Monday, and minta disebarkan pada kenkawan yang lain. I was on my way back to my hometown so memang took the mesej literally je lah. Assuming that semua orang dah tahu. Rupanya 2 member tak tau. Aiseh! Rasa bersalah sangat sebab wat dunno ngan mesej tu. Masa sampai kat court 7 orang je lah turun. Yang lain semua tak tahu. Hmm kurang sikit rasa bersalah sebab miscommunication memang happened kat situ. Masing-masing assumed macam tu macam ni.

    Result game semalam. First set memang kalah miserably. Lambat panas and main kucar-kacir. Second set menang dan rubber set kalah by 14-16. Hehe not bad lah untuk team yang dah 2 minggu tak training then terus main je ;)

    Oh ya. For those yang ada Friendster tu, bolehlah add by using this email : dlyn.azmi@gmail.com. Tetibe je jadi big fan of gmail dan juga gtalk ni hehe

    One more, sekalung tahniah untuk penulis Kalung. Nice Prolog. Memang saspen. It makes me think... am I qualified enough to write a thriller? Hmmm.. A question that definitely needs an answer..
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Tuesday, July 3, 2007,5:50 PM
    Volleyball Trip
    Dari tahun lepas.. since Badan Berkanun lagi we all have planned to do a trip after our tournament. Tapi tak jadi. Tahun ni plan lagi, kali ni masukkan sekali team lelaki. Original plan, of course tempat yang paling dekat which is PD. Unfortunately all hotels are fully booked. Aiiiyah! Tarikh yang nak pergi 28 & 29 Julai. Cantek aa tu lepas gaji.

    Anyway, I'm the person in charged for this trip. Started calling around here and there. Since tak ada plan B, berpeluh-peluh juga lah nak fikirkan alternatif. Tried with Yob4Ever nye tempat bersantai di Pengkalan Balak. Tinggal 4 bilik jek which is not enough. We target maximum of 30 people to join. 4 bilik baru 12 orang.

    Ni lah masa menggunakan contacts that I have. I called my cousin, in case he has any links that can help. He suggested this one chalet at Kuala Linggi, which he claims to be far more beautiful than PD beaches. I checked it out and found out dari orang-orang punya fotopages, tempat tu memang seems very nice. Jatuh cinta terus. KM Chalet namanya.

    So I called the owner. Memula dia cakap ada kosong. 6 chalets will be booked for us. Happy gila, dapat apa yang dihajati, when suddenly he called back. Rupanya anak dia terlepas pandang daaaaaaa. Tarikh tu tak available rupanya huhuhu.. kembalilah episod pening kepala.

    Called Faizal, player lelaki. Dia cakap dapat satu tempat kat Pengkalan Balak tapi tak konpem lagi. I pun tak berani nak rely too much on him, so I tried with another chalet kat Kuala Linggi gaks. Inapan Samudera Beach Resort. Tak dapat banyak info about this place. I have called the owner, he said memang banyak kosong but he asked me to survey the place first before making decision. Memang pun kena survey dulu. Takut nanti tak seperti yang diexpect.

    La ni tunggu confirmation dari Faizal, and at the same time nak try survey this Inapan Samudera. Masuk dalam guestbook tengok orang-orang komen macam best jek. Tapi entah ler. Kena tengok ngan mata sendiri jugak kot. Masalahnya hati memang dekat KM Chalet tu :((

    p/s: anybody with other suggestions........... rajin2lah bagi tau eh ;)
    As I Would Have It
    Permalink | 4 comments