Kenapa dalam sejarah?
Sebabnya malam tadi waktu kat masjid, tengah tunggu pengumuman Hari Raya (kat sini memang based on nampak or tak anak bulannya), minah-minah Arab tiba-tiba bersorak keriangan. Then pula diumumkan Eid jatuh pada hari Ahad.
Dah siap bertakbir, tiba-tiba dapat pengumuman lagi sekali, actually news tu tak confirm lagi. Hmm someone from Auckland made a very bad joke by releasing the news?????
Semua orang blur, then Imam cakap takpe.. solat Tarawikh dulu regardless Eid jatuh pada hari Ahad atau tak.
Dah abis 4 rakaat (sini Tarawikh lama, satu juzuk, ulang balik Al-Baqarah malam tadi) baru dapat confirmation Eid jatuh pada hari Isnin sebab anak bulan tak nampak. Even kat Fiji pun (sebab New Zealand sekali ngan Fiji).
Haha lawak ok? Rasa tertipu sungguh-sungguh. Masjid pun boleh terpedaya.. hmmm...