Sepanjang minggu lepas blur jek. Takde idea nak wat research ni. Proposal asal dulu kunun nak buat volleyball simulation untuk handicapped; wheelchair people to be specific. Tiap-tiap kali baca artikel dan meeting ngan Geoff, ade jek yang berubah. Sampai naik penin pala dok fikir. Geoff ni kreatif dan innovatif sangat. Diye antara orang-orang awal yang tulis pasal computer games ni so tak bley nak kelentong la. Sejarah mak bapak games sume diye tau. Last week, Geoff suh fikir something yang novel if nak wat game. Diye xmoh game yang sama jek macam yang wujud kat pasaran. Dan diye cakap ape yang saye nak buat tu mesti something yang fun for myself sebab saye akan buat mende ni untuk 3 tahun.
So bermulalah episod menyerabutkan kepala otak cube memikirkan apa yang boleh dibuat. Naik tensen dibuatnya. Mulalah datang idea giler nak bawak diri ke Queenstown. Kot-kot boleh dapat idea. Belum sempat sampai Queenstown tibe-tibe terfikir... apa kate saye jadikan 'witch' sebagai theme? Sebab selalu berangan dapat jadi witchkan... Must be fun :D
Dengan selambanya, pagi tadi tulis report untuk dihantar ke Geoff dan Janet pasal theme tu. Cume conceptnye lom ade lah. Saye just bagi tau, saye xkan buat game bunuh demon and save the world. Cliche. Maybe wat strategy game purposely untuk bantu budak-budak dyslexia.
So kul 3 tadi meeting ngan Geoff. Janet ade kelas so diye datang lambat sket. Soklan pertama Geoff.. What is a witch? Err.. human.. with a superpower :D Geoff gelak. Diye x kisah, cume yang diye concern ialah word witch tu akan menimbulkan isu. So Geoff pun ceritelah sejarah sume.. huhu.. Diye kate kalau gune magician mungkin lagi boleh diterima pakai.
Dekat kul 4 Janet lak datang. Geoff tanya pendapat Janet. Hmm Janet suke idea saye nak develop game untuk kanak-kanak ni, yang boleh bantu diorang dalam pembelajaran. So Janet mintak saye fikir balik, if saye boleh tuka sket, instead of buat untuk kanak-kanak dyslexia, just fokuskan kepada kanak-kanak biasa. Alasan - lagi senang nak dapat kerjasama dari guru-guru sekolah. Style kat sini, diorang sangat hepi if ade eksperimen-eksperimen untuk kanak-kanak ni. Bley la depa lepak sket. Lagipun Janet kate dah jimat masa xyah nak susah dapatkan expertise untuk fahamkan mengenai dyslexia. Ooo saye lagi prefer macam tu. Selama ni dok fikir game untuk disabilities ni sebab ikut proposal awal, and ingatkan Geoff suh fokus kat situ jugak. Since both of them agreed, hehehehe xdelah susah-susah nak belaja psikologi ni.
Basically Geoff kate bley proceed with game yang melibatkan fantasy world ni. Cume ape rules yang diapply di dalam fantasy world tu, must be consistent lah. Kire kena ade logik la jugak. Then Janet cakap mane tau bley dapat ilham dari komik-komik or kartun. Errrr... dari novel sendrik bley tak? Ahaks...
Yang paling best, Geoff kate even though idea saye masih broad, but he thinks I'm in the right direction. Woo-hoo! You both rocks! Selepas ni, meeting ngan Geoff n Janet bukan lagi hari Isnin, but Khamis kul 10am. Fuh, lega. Tak ler isau sangat nak berpoya-poya hari Ahad, dan x perlu malam tu kelam-kabut wat report. Hehehe tibe-tibe semangat balik nak wat PhD ni :D
Anyway, hari ni birthday Awish.... my first sweet nephew. Hari lahir yang ke-10. Err dah besar ye Awish. Nantilah bebile maksu beli hadiah dari New Zealand ye.......