X tau kenape, tapi malam tadi tibe-tibe teringat dengan kedai makan yang menu utamanya ialah ikan puyu. Sebuah kedai yang terdapat di Perlis. Kalau tak silap ia terletak di antara perjalanan dari Kangar ke Wang Kelian. Itulah rasenya kedai masakan kampung yang saye rase paling sedap sekali.
Kedainye kecil saje. Rumah kampung yang dijadikan kedai. Sebenarnye xtau nama sebenar kedai tu ape. Kami suke-suke hati je gelar sebagai kedai ikan puyu. Kat sebelah kedai tu terdapat laundry. Masakannye? Sangat menyelerakan. Asam pedas masak ikan puyu, ikan puyu panggang, ulam-ulaman yang saye tak pernah tau kewujudan selama ni, rebung rebus air + sayuran, dan pelbagai. Air yang paling top ialah air asam boi.
Alkisahnya, kami terjumpa kedai tu secara tak sengaja. Waktu tu ade game badan berkanun di Perlis pada tahun 2006. Selepas game, kami melilau cari kedai makan. Sekali ternampak kedai ikan puyu ni. Perut dah lapa, kedai tu plak x ramai orang. Jadi kami pun singgah. Bila dah makan tu, terus jatuh cinta. Memang lepas tu kami dok ulang gi situ je lah.
Tahun lepas pun sama jugak. Untuk Sukan Staf antara IPTA, UNIMAP jadi hos. So before game bermula, kami dah plan awal-awal nak makan kat kedai ikan puyu. Ade satu hari tu, Abg. Zainey, manager team bola, potong line kami bawak budak-budak bola makan kat situ. Argh! Bengang jek sume orang. Perut lapa, lauk dan nasik plak dah abis. Coach terus bagi tau kat tuan punye kedai, esoknye kami nak datang lagi so simpan untuk kite orang. Jangan bagi kat orang lain. Hehe sampai macam tu skali penangan kedai ikan puyu ni.
Ramai yang baru datang ke Perlis, mesti akan pergi ke Restoran Pokok Sawa. Aler, yang dapat plaque Jalan-jalan Cari Makan tu. Sorry to saylah, kami memang pangkah tempat tu. Masakan oklah, sedap jugak tapi still kedai ikan puyu tu lgi best. Mahalnye pulak, tak hengat betul. Mentang-mentang la kedai glemer, sume team yang datang dok pakat gi situ jek, depa suke-suke letak harga. Saye dua hari amik lauk yang sama. Ikan keli goreng + kuah pajeri + sayur. Yang first kena RM4, esoknye kena RM4++. Tak standardize langsung. Makan kat 'Padang' Serdang tu, amik ikan cencaru bakar + air asam + sayur pun baru RM3. Balik makan dari situ memang wat dosa jek dok mengata.
Hmm.. xtau lagi bile ade kesempatan nak makan kat kedai ikan puyu tu lagi. Tahun ni team voli pompuan akan bermain di UNIMAS. Makan laksa Sarawak la korang sume eh. Terkilan pun ade gaks x dapat nak join tahun ni. 3 tahun dah spent time ngan diorang. Macam-macam mende kami dah buat bersama. Banyak yang best lah. Argh... tensen tensen.. tak moh ingat dah! Ciao!