Sampai kat Sydney International Airport, Sal & Sazly datang jemput. Diorang hantar kami ke Malaysian Hall, then bawak kite orang keluar makan ke restoran Indonesia nih. Alahai, terasa macam makan kat Padang kat Serdang tu jek. Kat New Zealand jangan harap nak dapat makan ala-ala macam nih.
Lepas makan, diorang bawak kami round city, then hantar kami balik ke Malaysian Hall. untuk rehat-rehat. Kul 6 nanti Sazly datang jemput untuk dinner. Memandangkan ade 3 jam jek and kalau dok jek kat Malaysian Hall tu konpem ketiduran, maka me & MM pun decide untuk berjalan. Destinasi yang dituju: University of South Wales.
Habis satu uni tu kami redah. B4 that Sazly ade bawak round naik kete. So masa jenjalan tu carik balik tempat yang diye tunjuk tadi. Bergambar puas-puas then jalan kaki balik. Mak aih! Balik giler jauh. Siap wat satu pusingan tempat lumba kuda Sydney tuh lagi.
Di department Computer Science.. Sazly blaja kat sini ler..
Kul 6 pm Sazly datang jemput untuk ke umah diorang untuk makan sup tulang yang dijanjikan (yang dimintak sebenanye hehehe). Hmm bukan takat sup tulang tapi ngan terubuk bakar sekali. Memang heaven tul makan malam tuh. MM yang kunun xnak makan sampai terduduk gak ler kena penangan masakan Sal. Memang superb! Malam tu lepas dinner Sal & Sazly bawak kite orang jalan-jalan sekitar Opera House. Cantik sungguh tempat tu pada waktu malam.
Sup tulang Sal & terubuk bakar Sazly
Esoknye, Dee, kawan pada Khidir (budak Dunedin) bawak kite orang ronda-ronda kat city. Bermula dengan Opera House (Kali ni close up. Malam tadi dari jauh jek). Dapat lah tengok stage yang diorang tengah prepare untuk finale Australian Idol malam tuh.
Then gi melantak kat Fish Market. Makan seafood platter + cheese lobster + grilled salmon. Pastu gi shopping kat Paddy's Market. Lepas tu ronda-ronda sket then balik ke Malaysian Hall. Malam tu plak kite orang kuar ngan staff ayah MM, Baim & Alia. Depa banje makan kat Restoran Taste of Thai.
Bersama Baim & Alia
Esok plak, kami rehat jap paginye sebab penat (actually MM jek yang terlajak tido :P). Lepas Zohor baru kuar berjalan kaki ke Coogee Beach. Malas naik bas + MM terasa nak execise selepas makan dengan begitu banyaknye. Dah penat berjalan, sekali lagi Sal & Sazly datang jemput kite orang. Depa bawak gi Malabar Beach dan juga La Peruse untuk sesi-sesi fotografi kite orang ;) Untuk dinner lak, diorang bawak gi makan KFC halal kat Sydney. Jakun giler beb untuk me & MM yang dah lama tak makan KFC nih.
Coogee Beach
La Peruse
KFC pertama selepas setahun!
Malam tu rehat awal since esoknye nak bertolak ke Melbourne dengan menaiki bas pukul 9 am. 12 jam tuh huhuhu. Untuk mengelakkan jam berebut public bas.. so kul 7 am dah nak kena kuar...
Bersedia untuk meninggalkan Malaysian Hall Sydney..
Next - unexpected encounter di Melbourne...
p/s: To Sal & Sazly, thanks heaps from the bottom of our heart!