Just want to promote my bro's first novel.. Bintang Teristimewa. Dikategorikan sebagai Novel Remaja Dewasa. Hmm dah lama abang buat novel nih.. since 1999. Tapi dibiarkan jek berhabuk dalam bilik. Luckily my mom found it and read senyap-senyap :D sorry bro... pastu dikecohkan ke anak-anak pompuan diye yang sememangnya kecoh nih... Apalagi kami pun senyap-senyap masuk dalam bilik diye jugak untuk curi-curi tengok hehehe
Lepas tu cakap ngan abang, try hantar ke KD untuk dipublish tapi diye jual mahal memula. Xmoh. Mungkin teruja tengok adik diye nih dah publish few novels.. dan teruja tengok namanya sebagai illustrator dalam siri PF... tetibe diye agreed. Maka bermulalah episod mengedit semula keje abang even though it took about setahun before it is finally published! Tapi walau apa pun.. tahniah untuk abang ye... dengar cite tengah buat 2nd novel.. good.. keep up! Adinda mu ni dah sangkut lama ngan cite yang hampir siap tapi tak dapat-dapat disiapkan.. gara-gara PhD yang memeningkan kepala ini...
Sinopsis:
Dua sahabat yang ingin melarikan diri daripada kenyataan hidup terperangkap dalam satu sumpahan yang telah membawa mereka ke satu dunia yang asing. Dengan hanya berbekalkan semangat setia kawan dan sedikit kemahiran mempertahankan diri, mereka mengharungi segala cabaran dan dugaan.
Pertemuan dengan penghuni dunia itu bukan bererti satu penyelesaian.
Kini mereka bukan sahaja terperangkap di dunia itu malahan juga terjebak di dalam konflik yang melanda. Kemampuan sebenar mula teruji dan demi persahabatan, pengorbanan harus dilakukan...
Wish him all the best!