Petang tadi ngan Timi gi basuh kete untuk diiklankan ke TradeMe. Timi tak jadi bawak balik Mesia so terpaksa lah dijual sob sob. MM tak tolong sebab sok pepagi ade xm. Baru jek abis basuh, then dapat text dari Geoff, bagi tau kalau cuaca continue elok sampai malam, diye nak gi star gazing. Kalau nak ikut kumpul kat lab kul 9 pm.
Ari tu 2 days before pose Geoff ade ajak jugak, tapi sebab masa tu sibuk masak untuk pose so x gilah. Kali ni rase tak bley nak lepaskan peluang. Rugi, Venus ngan Jupiter tengah terang giler kat langit skang ni.
So tadi, saye, Geoff ngan Frank pegilah ke Flagstaff, salah satu bukit kat Dunedin nih. Geoff dah warning pakai baju tebal. Uish... memang sejuk pun biler dah sampai ke atas sana. Dengan 2 teleskop dan satu binokular, kami pun tengok bintang-bintang.
Mula dengan bulan. Kagum sungguh. Kalau dengan mata kasar nampak kaler kuning jek. Kali ni memang nampak permukaan bulan, dengan kawah-kawahnya sekali. Very amazing. From there kite orang tengok Venus plak. Hmm planet ni sangat terang so agak sakit mata lah biler tengok sebab cahaya diye kuat sangat. Ooo sebab kedudukan planet yang sangat jauh maka ia hanya dilihat as satu sfera kecil sahaja, unlike bulan.
Kemudian beralih pula ke Jupiter. Bukat setakat Jupiter, tapi dapat tengok 4 daripada 60 bulan-bulan yang mengelilingi Jupiter. Yang menariknya keempat-empat bulan tu buat masa ni berada dalam satu straight line. Pretty cute. Kalau tengok dari angle yang betul, maka akan nampaklah stripe pada permukaan Jupiter. Nifty eh?
Then Geoff try to spot other clusters of stars. Jumpa satu yang dah tak ingat namanya. Try nak go for M25 but unfortunately tak jumpa. Langit tak cukup gelap barangkali. Pastu kite orang tengok pulak nebula patches. Kalau kat Stewart Island, nebula patches ni sangat-sangat clear untuk dilihat dengan mata kasar.
Frank spotted 2 shooting stars. Aiseh! Tak aci tul. Nak jugak so mata saye pun melilau-lilau mencari kot-kot bley nampak, and bley wat wish hehehehe But guess ape yang saye jumpa instead? Nope, bukan hantu polong ye :P tapi ISS! Ye, nampak ISS tengah bergerak dengan begitu laju skali. Tak cukup ngan tu, kami juga nampak 3 satelit yang berlegar-legar kat ruang angkasa. Menarik!
Lepak kat atas tu sampai kul 11 malam. Memang pengalaman yang sangat best, yang dinantikan selama ni. Selain dari Aurora, teringin jugak nak tengok ring of Saturn!