Weekend Yang Berilmu...
Percaya atau tak, Sabtu & Ahad yang lepas, saya study! Me? Study? So not alike hahaha Azam baru ke? Sangat lah tidak. My new resolution is to pergi awal ke lab hari-hari. Dan balik selepas 5.30 pm. Which I managed to do so far :D
Apa sebenarnye yang berlaku weekend yang lepas? I have no idea. Yang pastinya, tibe-tibe saye begitu bersemangat sekali untuk menyiapkan assignment programming ni. Sangat-sangat bersemangat hingga terbawak-bawak ke makan atau tido. Cannot help lah. Drawbacknye? Those yang involve ngan dunia programming will know it very very well. Betapa berserabutnya kepala ni kalau tak dapat solve problem.
Ye, apart from studying, weekend saye sangat lah berserabut. In between wat assignment tu memang lah layan Samllville & Supernatural, tetapi tatkala mengadap programming ni, memang banyak sumpah seranah yang berlaku. Aiseh.. dok terperuk dalam bilik sambil wat keje, x ke mane.
Sabtu pagi tu sepatutnye gi swimming. Tapi disebabkan summer yang kadang kala bertukar menjadi winter nih, x sanggup nak kuar umah. Ahad plak patut berkenduri farewell untuk Syafiq & Fauzi (2 pemain voli ku huhu) yang akan berpindah ke Wellington. Tapi disebabkan kegagalan mendapatkan ayam kerana kedai dah tutup, maka kenduri tersebut dipospon. Yang jadi wat ari tu ialah memandikan kereta ku.
At least, membasuh kereta denga keadaan cuaca yang tengah panas tetibe ujan dan akhirnya lebat, made me happy. Lepak ngan Syafiq dan Yana and Boss sambil makan spaghetti goreng dan minum air laici begitu menenangkan sekali. Balik tu, hati makin jadi terang. Dalam masa yang sekejap, problem yang tersangkut berjaya disiapkan. Yes!
Dilema malam Ahad tu pulak - nak tengok atau tak juara lagu. Dekat sini, AJL akan bermula jam 2 am, dan Isnin ade kelas pagi. Hmm dalam state yang masih 50-50, maka saye pun set jam pukul 2, dan terus tido. Kalau bangun, tengok lah. Kalau tak, nak wat cemane.
Ape yang best sangat AJL ni? Nothing. Cume sejak AJL bermula tahun 80an dulu, saye x pernah miss finale. Memang xde good reason for me untuk berjaga tengok. Tapi itu merupakan sesuatu yang saye biasa buat and kalau miss finale rase lain jek. So pukul 2 am tu bangun la jugak...
Keseluruhannya, saye sangat berpuas hati. Setahun terpaksa tunggu untuk tengok Faizal Tahir beraksi di AJL. Nabil sangat-sangat tahu yang saye meminati performance Faizal. Diulangi ye.. performance.. bukan orangnye :P Puas hati Faizal menang bukan sebab saye minat diye, tapi sebab diye memang deserve. First time, tekaan saye untuk Best Performance, Best Vocal, Balada & Pop Rock tepat semuanya. Etnik saye x guess pape pun sebab no idea langsung dengan lagu-lagu yang dipertandingkan.
Hari ni, Isnin, saye berjaya pergi ke kelas dan lab dengan hati yang masih terang. Wish it would last long!
Persembahan Faizal Tahir yang begitu unik skali..