about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Sunday, June 24, 2007,9:02 PM
    Sukan Staf Antara IPTA Ke-32
    Penat dan kecewa.... itu yang dapat digambarkan untuk sukan kali ini. Dah 3 tahun wakil UPM dalam bola tampar, ni lah first time rasa kecewa teramat dengan tuan rumah. Tahun lepas masa pergi badan berkanun, hosted by UiTM, ok lagi. Kali ni dekat UNIMAP. Penempatan kita orang dekat Wang Ulu. Memang hulu sungguhlah. Sampai line Celcom pun tak dapat. Letak bawah katil, ada lah satu bar. Adus, penat nak terbongkok-bongkok untuk sms.

    Adatlah, tak adalah semua pengalaman tak best. Ada banyak juga yang best, yang boleh jadi kenangan untuk pergi New Zealand nanti. Tapi kalau difikirkan balik game, memang kecewa. Kita orang kalah kat suku akhir dengan tuan rumah, dalam rubber set.. 15-17. Entahlah, tak sepatutnya jadi macam tu, tapi nak komen lebih-lebih pun tak guna juga. Benda dah berlaku. Sedih sebab ni tahun akhir wakil UPM. Lepas balik dari New Zealand nanti keadaan mungkin dah banyak berubah. Waktu coach suruh sorang-sorang cakap, memang nak mengalir dah air mata. Sedih nak tinggalkan team. Tak tahu nak describe macam mana, tapi team bola tampar UPM memang class!

    Masa malam penutup kejohanan, budak-budak bola tampar UPM memang teruk. Kita orang dah bengang sangat dengan UNIMAP, setiap kali diorang naik pentas ambil hadiah, memang kena boo je lah. Pemain bola tampar lelaki dan wanita ni memang sehati sejiwa. Selalu buat perkara sama-sama, yang paling berani buat jahat pun kita orang jugalah.. heheh masa tengah dok boo UNIMAP, bersiap sedia jugalah nak lari if diorang datang. Tu lah kot antara pengalaman best.

    Habis je game, terus gi Padang Besar. Tapi tak ada nak beli apa sangat. Tahun lepas masa Sukan Badan Berkanun, dah 3 kali ulang-alik gi sana, rasa bosan lak kali ni. Tahun ni pergi lagi Gua Kelam. Kali ni bawa baju tapi tak juga mandi kat situ. Seganlah, sebab budak laki je yang terjun.

    Oh ya... kali ni dapatlah adik angkat baru dari UPM Bintulu.. pemain bola sepak. Respek sungguh tengok dia main. Tak pernah tengok orang main bola terer macam tu. Dah le muda lagi. Baru 20 tahun. Dengan skill macam tu, memang dia boleh pergi jauh.

    Anyway, balik dari Perlis Jumaat malam, sampai Serdang dalam kul 5. Rehat kejap, pastu kuar bawa adik Bintulu gi jenjalan kat KL sebab Ahad pagi tu dia dah nak balik Sarawak. Sian dia, sekali-sekala turun Semenanjung. Tapi tu pun tak dapat bawa gi banyak tempat, sebab dah pancit. Tak cukup rehat masa kat Perlis. Ended up malam tadi terus selsema. La ni kat ofis tengah sok sek tahan hidung tersumbat :(

    Hmmm nanti bila dah transfer gambar boleh lah upload kat sini.....

    As I Would Have It
    Permalink |