Khamis baru ni kami satu lab (together ngan sv) gi ke School of Arts untuk tengok projek students kat situ yang dipamerkan. Untuk yang buta seni macam saya ni memang tak paham mende lah. Cume ade satu section photography, yang dikenali sebagai Narrative Photography- betul-betul menarik minat saye. Gamba kat situ simple, but the story behinds it yang menarik. Untuk setiap gambar, ade cerita yang hendak disampaikan. Hmm mungkin satu hari saya boleh buat cara yang sama..
Ops.. terlupe nak bagi tau. Sebenarnye setiap hari Jumaat merupakan hari untuk kami bersosial, berkumpul sambil buat aktiviti. Itulah masa untuk main pool, juggle bola, or even buat kuiz ngarut-ngarut. And minggu ni punye aktiviti ialah pergi ke SITE '07 tu lah.
Petang tu labmates ajak gi makan kat Turkish Kebab. Diorang cakap ade vege dish kat situ. Sampai sana rupanye kedai Muslim. Apa lagi, terus order lamb kebab. Woo-hoo! Nikmatnya dapat makan daging Tuhan saje yang tau. labmates gelak jek hihi..
Esoknye gi dinner ngan diorang kat Meridian. Well, Meridian ni shopping kompleks yang paling top kat Dunedin, tapi tarafnya sama macam Maju Junction kot kat Mesia. Rasenye hebat Sogo lagi kot. Jangan harap la nak jumpa KLCC kat sini haha.. Kat Food Court Meridian ade 2 kedai halal. Spice Traders and LemonGrass. Tak pernah lagi cube kat LemonGrass tapi Spice Traders dah 3 kali. Ala-ala restoran mamak la. Tapi sedap beb. Kebetulan Spice Traders jugak tempat favorite labmates.
Ari Sabtu gi jenjalan shopping kat New World. Beli barang untuk keperluan. On the way, singgah kat French Bakeries sebab ade jual product halal kat situ. Beli Chicken Roll dan Chicken Pie. Kalau ikut perbelanjaan untuk makan.. memang susah aa nak jimat. Tapi daripada makan sayur, fish finger/burger jek tiap-tiap ari.. bosan gak. Tak apa.. duit bley dicari. yang penting perut kenyang!
Lagi satu sebelum terlupa. KarnaDya akan berada di Dataran Merdeka ujung bulan ni. So nilah masa terbaik untuk dapatkan kesemua buku-buku yang dijual oleh KD. Nak tunggu pesta buku lambat lagi. Ramai-ramai turun bagi sokongan ok!
p/s: Adik... bagi tau mak pasal event kat Dataran Merdeka ni, mintak sampaikan ke Wancu..