My family poskan artikel saye dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 20 Oktober yang lalu. Thanks! Ok lah. Baca punya baca sampailah pada satu ayat ni :
---------------------------------------------------------------
"Semasa kecil saya sering berangan untuk menjadi puteri raja, diselamatkan oleh hero pujaan dan menjadi watak super hero."
----------------------------------------------------------------
Err.... memang lah selalu berangan.. even sampai sekarang pun ekekeke tapi tak pernah lak berangan jadi Puteri Raja dan diselamatkan oleh hero pujaan. Dalam dunia imaginasi saye, hero tu adalah saye and I'm out to save the world :D Seperti yang pernah diceritakan pada entry yang awal-awal dulu, watak Mira tu terhasil daripada angan-angan saye. So Mira is my fantasy ;)
Dan untuk novel-novel remaja dewasa saye pun (ceh.. macam banyak hehehe termasuk yang sedang dalam penulisan), saye lebih banyak mengangkat wanita menjadi watak utama. Bukan watak lelaki tak penting, tapi kerapkali saye melihat cerite-cerite di Malaysia -cerite.. bukan novel- wanita hanya menjadi watak sampingan kepada lelaki yang semestinya menjadi hero. Mungkin sebab kebanyakan cerite di sini berbentuk cinta.
So saye cube membuat cerite the other way round. Wanita yang menyelamatkan dunia. Wanita jugalah yang menjadi crook. Sebab itu saye sangat sukekan Charmed kerana wanita-wanitanya hero yang menyelamatkan dunia, juga very powerful. After all, itu merupakan dunia imaginasi saye kan? Girls power! Woo-hoo!
Hehehe gambar tangkap guna camera fon jek sebab takde scanner.
Hmm ade kat lab tapi malas lah nak guna untuk mende-mende camni