Foto-foto yang ditangkap sepanjang pengembaraan ke Queenstown-Greenstone Track telah berjaya diupload. Dalam 200++. Adus, penat beb!
Seperti biasa, foto-foto ni sume boleh di lihat di sakurachan.fotopages.com atau lebih senang, klik saja dekat link yang sedia ade kat sebelah kiri blog ni :)
Oh yea. Malam tadi tak tido langsung since Subuh masuk tersangat lah awal. Kul 3.36 am. Slalu sangat dah terlajak. So sejak 2 hari kebelakangan ni, tido lepas Subuh jek. Cuma sebab smalam sibuk dok upload foto-foto yang berlambak yang makan banyak masa, dan memandangkan hari ni hari Sabtu tak payah pegi lab, tetibe satu idea yang agak gile timbul.
Lepas Subuh, instead of tido, saye masak pasta salad yang pertama. Alasan pertama, bangun sah-sah nanti kul 10++. Nak siap-siap sume, tengah hari baru bley stat masak. Rasenye waktu tu mood tak bape ok untuk masak. Secondly sebab pasta salad ni, selepas siap kena refrigerated dulu untuk 2 jam untuk mencapai tahap kesedapannya. Kunun aaa.. Bley jek makan terus. Alasan ketiga, bangun tido bley terus makan hehehe.. Anyway.. inilah hasilnya.....
Nampak sedap? Memang sedap pun. Cuma kurang letak salad dressing jek. Kunun nak jimat hahaha xpe. Dah tau ni, bley la buat lagi. First time buat ni, banyak kurang. Pasni nak tambah pelbagai jenis sayuran kasik umphh lagi!