about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Tuesday, March 4, 2008,2:10 AM
    Biler -dLyn aZmi- Mengkritik Filem...
    Akhirnya.. berjaya juga menonton filem Ayat-ayat Cinta. Filem yang ditunggu-tunggu kemunculannya. Yang diharapkan sehebat penulisan Habiburrahman. Namun segala impian dan detik penantian dengan segera dimatikan pada minit-minit awal filem dimainkan. Alamak, apsal terasa macam wat liputan bola sepak jek? Hmm..

    Anyway... sejak dari awal filem sampai ke penamat, saya tak rase connectionnya. Kalau saya tak baca novel Ayat-ayat Cinta tu, saya akan rasa lost sungguh. Mungkin saya juga akan memberi komen yang sama seperti seseorang yang memberi komen di YouTube - Apa hebat sangat tentang lelaki Indonesia itu sehingga digilai oleh 4 orang wanita?

    Secara peribadi, saya rasakan filem ini gagal mengetengahkan intipati sebenar yang cuba disampaikan oleh Habiburrahman. Akibatnya, ia hanya menjadi sebuah filem cinta biasa. Tidak nampak keperibadian sebenar Fahri yang menjadi nadi kepada cerita tersebut. Perjalanan turun naik Fahri juga tidak sampai ke hati. Dalam filem tersebut, Fahri hanyalah lelaki biasa yang tidak punya apa-apa. Sukar untuk menitiskan air mata. Rasa sebak waktu menonton pun sebab teringat balik babak-babak di dalam novel.

    Hmm susah jugak ye nak mengadaptasikan sesebuah novel kepada filem. Tapi Peter Jackson berjaya melakukannya untuk LOTR walaupun ade yang tak berapa berkenan jalan ceritanya bertukar sedikit. Ops lari topik.... Keseluruhannya, filem ini merupakan sebuah filem yang simple dan sangat simple. Tidak memenuhi expectation yang diharapkan. And yes, I was disappointed...
    As I Would Have It
    Permalink |