Waktu dah hampir kul 4 pm. Hmm nak pegi or tak? Nak pegi... tak pegi... sama je berat... Dalam kekonpiusan dan kesejukan udara musim luruh yang telah bermula, saya memilih untuk naik ke atas katil. Bestnye baring, lantas terlelap sehingga lah jam 4.23 petang.
Celik je mata, tanpa fikir panjang, terus salin baju. Dari dulu dah berangan nak try join training Scorpions, salah satu dari 2 kelab volleyball yang ada kat Dunedin ni. Ramai yang tahu I was so keen to join the training. Kristina, Head of Residents untuk Toroa International House ni pun tau. Adakah alasan yang munasabah untuk tidak pergi semata-mata sebab takde geng atau sebab rase cuak dalam diri ni?
Kalau boleh menjejakkan kaki sorang-sorang kat bumi Dunedin ni, takkan nak gi training Scorpions sorang-sorang pun tak bley. Jadi berbekalkan semangat tu, udara yang sangat sejuk ni berjaya diharungi. Sampai-sampai jek kat Smithells Gym, tengok orang-orang yang ade kat situ dah cukup wat rase rendah diri. Sumenye tinggi-tinggi belaka dengan features yang sungguh athletics. Nasib baik nampak Hanna kat situ, so ade la jugak kawan. Ooo Hanna ni pemain beach voli yang agak pro lah...
Bill.. coach untuk Scorpions. Orangnya dah agak tua. Training kami start dengan passing ball and partner akan dig. Kena make sure bola tu sampai atas kepala. Nak dig... kena bend serendah-rendahnya. Pastu terus wat spiking. Hmm Bill kate... nak lompat.. kena macam gymnast. Yang penting levitate dulu, then baru angkat tangan setinggi mungkin. Jangan kisah pukul kuat, yang penting tangan naik tinggi baru la orang tak bley block bola kita. Lagi satu diye suh tanam dalam pala, ni permainan team, so make sure bola sentiasa lepas ke court sebelah untuk bagi team kita another chance.
Bill cakap lagi... volleyball ni permainan pantas.. so kena sentiasa cepat. Pertama kali dalam idup spiking fast ball.. bukan fast position eh. Net pompuan bley la wat.. net laki tak dapat kot. At least dah tau teknik macam mana nak main fast ball. Then wat blocking.. huhu.. satu lagi ilmu baru. Adeh.. penat giler blocking. Abis main jari yang memang dah sakit sebab salah dig bola ari tu, sakit balik. And lebam kat wrist.. mane datang lebam tu pun tak tau. Tibe-tibe dah ade jek..
Anyway.. it was fun. Akhirnya dapat jugak training cara mat salleh yang very competitive ni. So next week bley datang lagi. So far training hari Khamis... then mungkin akan buat twice a week which would be on Selasa. Rasenye bley commit. Dan akan ade competition against each other every Sunday nite.. Since meeting ngan Geoff dah tukar ke Khamis... rasenye possible kot.. hmm we'll see sampai bile saya bley cope with this hectic schedule...