Tak tau nape tapi hari ni rase macam loser giler. Sebenarnya dari hari Selasa lagi tak functioning. Smalam cube wat programming tapi tak jalan-jalan. So hari ni dengan blurnya saye x gi lab. Kalau pegi tak bley wat keje pun wat pe. Try main gitar pun serba tak kena. Untuk melengkapkan kebosanan yang melanda, hari ni satu hari dok surf internet jek sambil layan TradeMe. In between tu main game baru bertajuk Armadillo Run. Addicted sih.. tapi tak rase bersalah sebab Geoff encourages untuk main game-game macam tu..
Dalam-dalam kebosanan ni, lebih baik update blog memandangkan few photos dah dapat. Kali ni nak bercerita tentang sambutan Aidilfitri saya yang pertama di Dunedin. Sedih? Hmmm pagi raya tu je la kot sebab teringat selalu raya salam the whole familiy. Kat sini xde family. Malam sebelum tu masak Mi Kari sebab teringin sangat. Dan rasenya itu yang paling senang dan within budget kot.
Pagi raya, kami solat seawal pukul 7.30am. Tahun ni xde baju raya so pakailah baju yang ade. Balik solat raya, Yana and Tasha singgah. Pastu Hani ngan Aimi kate nak datang. Since diorang pun nak gi umah Yana, and Yana pun dah ajak budak-budak lain, so kami pakat jadikan umah Yana je lah sebagai port. Angkut lah sket mi kari bawak gi umah Yana.
Dari situ, gi beraya umah kak Liza plak. Then terus ke umah Kak Lily. Balik tu Mykhail datang singgah. Memang sengaja jemput diye untuk raikan raya ni. Lepas Maghrib, together ngan Azam gi lari umah Shahidah. Pergh.... kat situ makan tak hengatnya. Shahidah terkejut tengok. Baru diye tau saya kuat makan hehehe Balik tu Azam lak singgah.
Hmmm akibat tak cukup rehat, esoknya hingga Friday pala ni sakit sangat. Hari Ahad pulak Malaysian Club wat open house raya. Saya kena masak soto untuk hari tu. Friday malam dah stat wat keje. Imran datang gak tolong ngan Bukh even dah kate x payah. Bukan ape, sakit pala, tak larat rasenya nak pakai tudung. Lagi pun Yi Tian ade tolong. But since diorang dah datang, bagi jugak ler keje kan.
Sabtu pagi lepas layan Smallville, baru start potong ayam. 3 ekor tuh potong sendiri. Bangga giler hehehe Sambil rebus ayam sambil layan Supernatural. Takde tensen langsung. Kul 2 pm siap-siap untuk gi rehearsal kat Alhambra Hall. Masa tu soto dah hampir siap. Tinggal nak masukkan bumbu dan goreng ayam untuk dicarik. Oo dekat Alhambra mintak tolong Sue Ann gorengkan so-hon dan kacang sambil dibantu oleh Amira dan Amir.
Dah abis rehearsal seret Timi balik untuk carik ayam. Then Imran datang tolong. Lama lepas tu Aizat ngan Syafiq pulak datang. Dekat kul 7 lah baru siap. Pastu tengah dinner MM lak datang ngan muke tensen. Handphone diye rosak. Sementara tunggu Isya, Amir ngan Sue Ann datang anta so-hon yang dah siap digoreng. Imran pun datang slalu untuk amik barang-barang yang tertinggal dalam kete. Kira dekat kul 12 barulah setel sume...
Masa open day tu, oklah. Ramai yang datang. Termasuk international. Saye jadi deejay untuk hari tu ngan MM. Teringat zaman masa jadi deejay kat MMU dan juga sebagai emcee sukerela atau paksa rela di FSKTM, UPM dulu (agaknya siapa yang slalu jadi emcee kat FSKTM skang ni ye)... Akibat jadi deejay, makan terpaksa ler ade orang yang amikkan. Yang sedeynye... tak cukup makan langsung ari tu huhu x dapat nak gi pilih makan sendiri.. dan banyak dish yang tak dapat rase :(( Anyway everything went well... Lepas penat kemas hall barulah balik.. and trus tido. Isnin tu kalau tak sebab ade miting ngan Geoff and Janet, memang konpem dok atas katil jek. Pancit beb!
Tengah bersiap sedia untuk menjalankan tugas
Suasana pada hari tu
Bergambar beramai-ramai
p/s: next entry... Azrul.. konpem letak gamba ikan yang dijanjikan!