about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Friday, February 27, 2009,4:50 PM
    When Everybody Hates Dlyn
    Apa salah saya? Sampai dibenci oleh labmates sendiri? Digelar macam-macam - evil, sneaky, mean. Kami dulu boleh dikira sahabat. Apa yang terjadi sekarang? Iggy yang bermula dengan senyuman, lama-lama mula memasamkan muka, dengan perkataan 'F***' yang tersekat-sekat di bibir, cuba ditahan agar tidak terkeluar sepenuhnya. Carlo pula akan menyeringai setiap kali bersemuka. Lebih teruk apabila Iggy dan Carlo berpakat berdua untuk mengenakan saya kembali. Cuma Rob sahaja yang memilih jalan tengah untuk tidak mahu campur tangan dalam persengketaan yang semakin melarat ini.

    Semuanya bermula pada cuti summer yang lepas. Selepas saya pulang ke tanah air. Iggy di kala itu mula berjinak-jinak dengan ping pong. Dia bukan kaki sukan. Tidak tahu sejak bila dia mula berminat atau siapa yang bertanggungjawab menghasutnya. Tidak lama selepas itu, dia pula pulang ke Lithuania untuk bercuti.

    Sekembalinya kami berdua dari kampung masing-masing, suatu hari, tiba-tiba Iggy mengajak saya bermain ping pong. Kerana saya sendiri minat bersukan, maka saya menerima pelawaannya. Sejak dari situ, ping pong mula menjadi permainan harian kami. Pada permulaannya, permainan kami seimbang. Almaklumlah, kedua-duanya masih merangkak belajar.

    Carlo pula selalu hanya menjadi pemerhati sewaktu kami bermain. Kebiasaannya, dia akan bermain ping pong bersama Iggy pada lewat petang atau sebelah malamnya. Lama-kelamaan dia meminta untuk bermain dengan saya kerana alasannya, dia sudah selalu sangat bermain bersama Iggy. Seperti biasa, permintaan diperkenan dan ternyata Carlo pandai bermain ping pong. Saya bukan saingannya.

    Oleh kerana tiada teman-teman untuk bermain bola tampar, maka petang-petang saya juga dipenuhi dengan bermain ping pong bersama rakan-rakan Malaysia. Bermain bersama mereka dengan pelbagai bentuk gaya dan kemahiran secara tidak langsung memantapkan permainan saya. Tanpa disedari, setiap kali bermain bersama Iggy, saya mula memperolehi kemenangan demi kemenangan.

    Sehingga pada satu tahap, Iggy tidak mampu lagi menewaskan saya. Dia berusaha sebaik mungkin. Pada sebelah malamnya, dia berguru bersama Phil yang dikhabarkan sangat bagus di dalam permainan ping pong ini. Setiap kali Iggy mempelajari teknik baru, di wajahnya terpancar harapan dengan kemahiran baru itu dia mampu untuk mengalahkan saya. Namun harapan itu senantiasa dimatikan bersama kekalahannya. Kerana itu dia mula tidak menyukai saya dan berazam untuk mengalahkan saya. Itu yang diucapkan setiap hari.

    Perkara yang sama berlaku terhadap Carlo. Tiba-tiba dia tidak mampu lagi mengalahkan saya. Dengan alasan yang sama, dia juga tidak menyukai saya. Katanya, sekembali ke Netherlands pada bulan 5 nanti, dia akan membeli meja ping pong sendiri, berlatih dan terus berlatih. Kemudian datang kembali ke sini untuk menentang saya. Namun dia begitu berharap untuk menewaskan saya sebelum pulang ke Netherlands.

    Adakah saya harus membiarkan diri ini tertewas semata-mata untuk memuaskan hati mereka? Tidak sama sekali. Oleh kerana mereka berdua merancang dan berusaha keras untuk menewaskan saya, maka saya juga berazam untuk mengalahkan mereka berdua dengan mata di bawah 10. Khamis lepas berjaya melakukannya ke atas Iggy - yang dikatakan sebagai skor terburuk baginya haha

    Kenapa Rob mengambil jalan tengah? Kerana Rob sendiri telah digelar evil emperor oleh mereka. Tahap Rob jauh dari kami, dan bawah sedikit dari Phil. Rob sebenarnya hanya menunggu masa dan ketika yang sesuai untuk mencabar kami...

    -The end-
    As I Would Have It
    Permalink |