Dah lama sungguh x update blog. Super duper busy. X menang tangan nak wat assignment yang xde markah ni. Rigid body simulation - seperti mana namanya, sebegitu susah le diye. Mati akal kekadang sebab susah beno nak paham but honestly, I started to love it. Kalau dapat conquer theory behind it, my PhD would be da bomb!
Anyway, ari ni baru je balik dari keje hehe Excited? Kind off. Ni keje yang saya tak pernah wat langsung sebelum ni. Work at regalia hire! Dah Nathan datang offer keje untuk 2 hari jek, so why not. Smalam baru apply IRD number so that bley dapat payment ;)
Apa yang saye kena buat, basically kena fit kan gown to the students. Really fun. Setiap student yang datang, bawak diorang ke size yang dirasakan agak sesuai, pakaikan gown untuk diorang, if rase sesuai, then setel. If tak, cari la sampai jumpa size yang sesuai. Simple kan?
Students, sangat excited untuk grad, so diorang happy jek with whatever gown yang kite bagi hehehe Rase best plak.. pasni bley la keje kat kedai baju hahhaha.. anyway.. as usual.. ari ni ujan dan sejuk. Kesian those yang grads ari ni. Dalam ujan dan sejuk ni, diorang berkeliaran jugak kat sekitar universiti untuk tangkap gambar.
So basically, itu saje update untuk kali ni. Adieu!