Dah lama x update.. banyak mende kena setel... anyway...entry kali ni nak sum up jek what had happened for the past 5 weeks. Ape yang menyebabkan saye broke sebegitu sekali?
First.. pada 16 June, Dunedin dilanda salji yang lebat. Bagi kami yang jakun-jakun dengan salji ni, sah-sah le peluang tu x dilepaskan. Pagi-pagi dah keluar ke Forrester Park walau pun dah diumumkan dalam berita secara live agar semua penghuni Dunedin duduk kat rumah sahaja sebab bahaya keluar dalam salji tebal. Dah kate degil dan jakun, keluar jugak ler... akibatnya windscreen retak dan terpaksa diganti di mana ianya menelan NZD400! Tapi xpe... keseronokan bermain salji mengatasi segala-galanya.
Second... percutian ke Queenstown. Bukan bercuti sahaja tetapi pelbagai aktiviti yang menelan puluhan dan juga ratusan dilakukan. Semuanya contribute kepada kekurangan belanjawan. Tapi sama seperti bermain salji tadi, biar papa asal happy so x kisah pun broke.. janji puas ati. Aktivitinya (mengikut urutan):
1. Puzzling World - NZD12.50
Ni sekadar pergi bermain-main di maze dan juga illusion room. Tengok-tengok macam mane teknik yang digunakan dalam LOTR dan juga untuk memeningkan kepala di illusion room.
2. Bungy Jumping - NZD165 + NZD75
Ye.. saye terjun ok.. bukan rekaan tapi kenyataan. Terjun di Kawarau Bridge, bungy yang terawal di dunia di mana jambatannya berusia lebih 100 tahun setinggi 43m (ye kak liza.. dah cek kat internet :D). Tambahan NZD75 tu sebab amik dua-dua gamba dan juga DVD. Rase rugi plak if x tengok diri sendri lompat.
3. Deer Park Heights - NZD20 per car
NI lokasi di mane LOTR difilemkan. Cantek bangat. Banyak llama. Boleh bagi makan. First time gak nampak kambing kat New Zealand (bukan sheep). Ganas-ganas gitu kambingnya.. menerkam ke van kami tanpa rase takut pun. Huh!
4. Gondola & Luge - NZD42
Gondola sama macam ke Genting tapi kecik sikit. Rendah lagi dari Genting tapi scenery... memang x bley lawan ler.. Kat atas tu naik chairlift plak untuk main luge. Oh, luge ni macam bobsled jugak. Hanya ade di New Zealand. Trek licin berais so kite cume kena control je lah handlenye.
5. Jet Boating - NZD67
Boat yang boleh meluncuri tasik yang cetek kerana konsep yang digunakan ialah menyedut air dan menggunakan Hukum Newton Ke-3 untuk menggerakkannya. Sape tak ingat fizik sile revise balik ye ape itu Hukum Newton ke-3. Kemudiannya, ia akan membuat 360 degrees spin.. lebey dari 10 kali untuk perjalanan sejauh 42 km. Mane x penin. Dah telan pil pun x bley tahan gak.
6. Milford Sound - NZD145
Top destination kat dunia. Rugi kalau tak pergi. Juga digunakan untuk lokasi penggambaran LOTR. Mahal sebab amik coach dari Queenstown + cruise di Milford Sound tersebut + lunch. Scenery sepanjang Queenstown ke Milford Sound sangat cantek. Tapi... 10 jam perjalanan pergi balik naik bas mak aih.. seriusly memenatkan. Lepas ni rela drive untuk gi memane kat NZ ni dari naik bas huhu
7. Parasailing - NZD57.5
Ni aktiviti yang x dirancang langsung. Sebab tau memang dah broke before datang ke Queenstown lagi tetapi Yi Tian berjaya memperdayakan ku... menggunakan alasan ni aktiviti last bersama Mansi.. sebab diye akan balik ke India for good. Sepatutnya baya NZD75 sebab amik option triple (3 orang naik sekali). Tetapi sebab before this kami xnak buat, and Mansi wat solo jek so diye dah baya NZD110. Tibe-tibe jek kat jeti Yi Tian berubah fikiran.. dan Mansi sangat gumbira kerana kami akan berparasailing bersamanya maka diye cakap baya balance jek. Yang lebih tu diye belanja. Huhu satu lagi aktiviti yang memeningkan dan worse sebab x makan pil langsung before doing it.
Third... owh ni x menyumbang langsung kepada kemuflisanku. Just a good news... akhirnya PF5 sudah berada di pasaran! PF5 yang berjudul Musuh Dalam Selimut. Sinopsis:
Tanpa disedari, Deego dibawa merentasi masa melangkahi tiga tahun. Apa yang disaksi di masa hadapan tidak sama langsung dengan apa yang diharapkan. Bandar Seri Impian yang penuh ketenangan dan juga kedamaian kini berubah menjadi medan peperangan. Pelajar lelaki dan pelajar perempuan bermusuhan antara satu sama lain. Perubahan ini benar-benar merunsingkan Deego.
Apakah punca yang menyebabkan semua ini berlaku? Persoalannya, di manakah Adlan dan Mira tatkala mereka diperlukan untuk meleraikan kekalutan ini?
Ok.. itu je lah update untuk kali ni. Chiow -back to physics!-