about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Thursday, June 28, 2007,11:42 PM
    Pengembaraan Fantasi: Pencuri Identiti
    Well, this is the cover of my third series: Pencuri Identiti.



    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Personally, I loved it soooooooooooooooo much. It's kinda different from the previous two series, yang memaparkan gambar kanak-kanak ceria. The first two covers tu memang comel, tapi mungkin bagi false information to readers coz the story behinds it is not that ceria ;)

    Anyway, siri kali ni is loosely based on shape-shifter. Just borrowed the idea, then kaitkan sikit-sikit with the second book. Introduce another new character but he's not going to be a regular. Mungkin the same character will reappear once in a while in another series. Tak tahulah. Haven't plan yet on that one.

    Currently try nak continue with the fourth series tapi penat balik tournament still tak abis lagi, so rehat sekejap kot. Lagipun nak kena wat pembetulan sikit on Stigma. C'mon dLyn... Aza Aza Fighting!


    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Sunday, June 24, 2007,9:02 PM
    Sukan Staf Antara IPTA Ke-32
    Penat dan kecewa.... itu yang dapat digambarkan untuk sukan kali ini. Dah 3 tahun wakil UPM dalam bola tampar, ni lah first time rasa kecewa teramat dengan tuan rumah. Tahun lepas masa pergi badan berkanun, hosted by UiTM, ok lagi. Kali ni dekat UNIMAP. Penempatan kita orang dekat Wang Ulu. Memang hulu sungguhlah. Sampai line Celcom pun tak dapat. Letak bawah katil, ada lah satu bar. Adus, penat nak terbongkok-bongkok untuk sms.

    Adatlah, tak adalah semua pengalaman tak best. Ada banyak juga yang best, yang boleh jadi kenangan untuk pergi New Zealand nanti. Tapi kalau difikirkan balik game, memang kecewa. Kita orang kalah kat suku akhir dengan tuan rumah, dalam rubber set.. 15-17. Entahlah, tak sepatutnya jadi macam tu, tapi nak komen lebih-lebih pun tak guna juga. Benda dah berlaku. Sedih sebab ni tahun akhir wakil UPM. Lepas balik dari New Zealand nanti keadaan mungkin dah banyak berubah. Waktu coach suruh sorang-sorang cakap, memang nak mengalir dah air mata. Sedih nak tinggalkan team. Tak tahu nak describe macam mana, tapi team bola tampar UPM memang class!

    Masa malam penutup kejohanan, budak-budak bola tampar UPM memang teruk. Kita orang dah bengang sangat dengan UNIMAP, setiap kali diorang naik pentas ambil hadiah, memang kena boo je lah. Pemain bola tampar lelaki dan wanita ni memang sehati sejiwa. Selalu buat perkara sama-sama, yang paling berani buat jahat pun kita orang jugalah.. heheh masa tengah dok boo UNIMAP, bersiap sedia jugalah nak lari if diorang datang. Tu lah kot antara pengalaman best.

    Habis je game, terus gi Padang Besar. Tapi tak ada nak beli apa sangat. Tahun lepas masa Sukan Badan Berkanun, dah 3 kali ulang-alik gi sana, rasa bosan lak kali ni. Tahun ni pergi lagi Gua Kelam. Kali ni bawa baju tapi tak juga mandi kat situ. Seganlah, sebab budak laki je yang terjun.

    Oh ya... kali ni dapatlah adik angkat baru dari UPM Bintulu.. pemain bola sepak. Respek sungguh tengok dia main. Tak pernah tengok orang main bola terer macam tu. Dah le muda lagi. Baru 20 tahun. Dengan skill macam tu, memang dia boleh pergi jauh.

    Anyway, balik dari Perlis Jumaat malam, sampai Serdang dalam kul 5. Rehat kejap, pastu kuar bawa adik Bintulu gi jenjalan kat KL sebab Ahad pagi tu dia dah nak balik Sarawak. Sian dia, sekali-sekala turun Semenanjung. Tapi tu pun tak dapat bawa gi banyak tempat, sebab dah pancit. Tak cukup rehat masa kat Perlis. Ended up malam tadi terus selsema. La ni kat ofis tengah sok sek tahan hidung tersumbat :(

    Hmmm nanti bila dah transfer gambar boleh lah upload kat sini.....

    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Monday, June 11, 2007,8:21 PM
    DIY at JJ Cheras Service Counter
    Last Saturday, my housemates, Kak Zan and I went to our friend's wedding. Rumahnya somewhere kat taman belakang JJ Cheras. Since we haven't bought a present yet, so we decided to stop by the JJ and buy the present there.

    Kat JJ tu adalah service counter, so tak adalah risau sangat nak balut hadiah. Lepas beli the desired present, sekali ngan wrapper dan kad, kita orang pun pergilah dekat service counter tu. Minah yang bertugas tu cakap hadiah kena bayar kat kaunter barang, only wrapper dan kad je bayar kat situ.

    Ok lah. I told her yang hadiah tu nak minta tolong balut and she said okay. While Ita and Kak Zan pergi bayar, Kak Baayah and I waited at the service counter. Tak sampai seminit minah yang bertugas tu pergi somewhere. Tak kisahlah tu. Tapi lepas Ita dan Kak Zan dah datang balik dengan hadiah, and minah tu memang dah hilang terus, geramlah juga rasanya. Mana taknya, dah pukul 1, perut dah lapar, mamat supervisor kat situ pun jeling je. Tak tanya pun kita orang apa-apa. Sama je dengan those staff kat kaunter yang tengah sibuk dengan J-card. Tak ada sorang pun yang nak entertain.

    Fine. Sebab dah geram sangat kan, I simply took all the things needed and started to wrap it all by myself. Masa tu memang dah tak peduli diorang nak marah or apa. Siapa suruh tak bagi service when they were supposed to. Dah setel terus pergi.

    Memang geram jugaklah dengan minah yang supposed to wrap the present. She knew it sebab dah bagi tahu dia, and yet dia boleh hilang macam tu aje without coming back. Sabar je lah. Nasib baik memang biasa balut hadiah, jadi tak adalah problem sangat masa tu.

    p/s: Jadilah pekerja yang berhemah........
    As I Would Have It
    Permalink | 1 comments
    Friday, June 8, 2007,12:55 AM
    Stigma
    Finally, my first novel for remaja dewasa dah berjaya disiapkan. Tajuknya ialah Stigma. Hmm kenapa Stigma? Stigma ni merupakan satu bahagian pada bunga yang penting untuk menghasilkan biji benih yang baru. Jadi ia merupakan simbolik pada a new hope lah :)

    Genre cerita is thriller (or so I hope). Percubaan pertama untuk genre thriller ni. Selalu tu buat cerita fantasi je. So kepayahan nak tulis thriller ni berkali ganda jugalah susah daripada fantasi. Kalau tulis cerita fantasi, macam-macam yang boleh kita create, ikut logik cerita kita. Tapi bila tulis thriller untuk realiti, hmmm banyak faktor kena ambil kira. Jalan cerita - macam mana nak bagi false information pada reader. Fakta - wujud atau tak. Pening jugalah kepala nak memikirkan.

    Few days ago dah submit pada KarnaDya. Tak tahulah apa komen diorang. Andai kata diterima, bolehlah diteruskan lagi. Kalau tak, kekal buat cerita-cerita fantasilah jawabnya :)

    Anyway, before this ada buat internet story, pasal assassin. Since dah wujud kategori remaja dewasa ni, cerita tu dah distopkan. Niat nak convert into Malay dan jadikan satu lagi kisah thriller. But it all depends on manuskrip Stigma ni lah. Ada rezeki, bolehlah sambung tulis cerita yang ber-background-kan New Zealand. Kalau jadi, this time the genre will be fantasy-thiller ;)

    p/s: kalau ada sesiapa nak view cerita assassin ni.. klik sini :)
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Sunday, June 3, 2007,11:51 PM
    Sukan Wanita Kebangsaan Ke-II
    Last night, Et and I pergi ke pembukaan Sukan Wanita Kebangsaan Ke-II dekat Stadium tertutup Bukit Jalil. Thanks to Dr. Shamala, pengerusi bersama Sukan Wanita ni, kita orang dapat invitation untuk attend. Dengar-dengarnya VIP seat.

    So malam tadi agak terlewat lah, sebab training habis kul 7 pm, then balik mandi, solat, packing sebab nak tumpang tidur rumah Et balik nanti. Kesian kat Et, lama kena tunggu. Kul 8 baru bergerak dari UPM. Permaisuri Agong pun dah sampai dulu dari kita orang. Dah tu, kat sana lak tak tahu pintu mana kena masuk. Melilau sana sini at last jumpa la jugak.

    Problem lain pulak timbul. Full! Heran gak, kat invitation kad tu bagi nombor, ingatkan ikut seat numbering, rupanya free seating. Hmmm alahai. Tanya kat volunteer, adalah tempat duduk, tapi kena splitlah ngan Et. Tak kisahlah tu as long as boleh duduk.

    Opening ceremony tu boleh dikatakan best jugak ler. Sambil tengok tu, menyelongkar jugak le goodie bag yang diberi. Ada t-shirt, topi, bekas minuman, majalah mingguan wanita, tongkat ali perisa oren, biskut dan apa-apa lagi lah. Yang paling best ada kad jemputan untuk refreshment di VIP lounge dengan Permaisuri Agong. Wow!

    Dah habis tu, kita orang pun pergilah makan kat situ. Adus, sampai dah penuh perut, ada je makanan yang datang. Selagi Permaisuri tak balik, kita orang pun tak boleh balik. Makanan yang dihidang pun mewah. Dari makanan barat ke timur, tak terhabis pun. Kat meja tu ada 6 orang je, campur Maria Arshad dan anak-anak, & this one dramatis jugak kalau tak silap.

    Hmm talking about Maria Arshad, she was so gorgeous malam tadi. Friendly, and tak sombong. Oklah. Boleh sembang-sembang dengan dia. Mula-mula tu macam cuak jugak le kan bila dia datang duduk kat meja tu. Masa nak balik tu pun, dia yang hulur tangan untuk salam dulu. Kita orang tak berani nak salam dulu takut jadi 'peghak' sangat hehe aiseh! Rugi tak bawak kamera.

    So kesimpulannya, malam tadi memang best. Tak rasa bersalah pun sebab datang lambat. Mungkin sebab hikmah datang lambat ni la dapat duduk betul-betul kat VIP seat. Ada yang dapat invitation untuk hadir, tapi tak duduk kat VIP seat so tak dapat lah invitation untuk makan tu ;)
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments