about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Thursday, October 30, 2008,4:28 PM
    Bintang Teristimewa
    Just want to promote my bro's first novel.. Bintang Teristimewa. Dikategorikan sebagai Novel Remaja Dewasa. Hmm dah lama abang buat novel nih.. since 1999. Tapi dibiarkan jek berhabuk dalam bilik. Luckily my mom found it and read senyap-senyap :D sorry bro... pastu dikecohkan ke anak-anak pompuan diye yang sememangnya kecoh nih... Apalagi kami pun senyap-senyap masuk dalam bilik diye jugak untuk curi-curi tengok hehehe

    Lepas tu cakap ngan abang, try hantar ke KD untuk dipublish tapi diye jual mahal memula. Xmoh. Mungkin teruja tengok adik diye nih dah publish few novels.. dan teruja tengok namanya sebagai illustrator dalam siri PF... tetibe diye agreed. Maka bermulalah episod mengedit semula keje abang even though it took about setahun before it is finally published! Tapi walau apa pun.. tahniah untuk abang ye... dengar cite tengah buat 2nd novel.. good.. keep up! Adinda mu ni dah sangkut lama ngan cite yang hampir siap tapi tak dapat-dapat disiapkan.. gara-gara PhD yang memeningkan kepala ini...

    Photobucket

    Sinopsis:

    Dua sahabat yang ingin melarikan diri daripada kenyataan hidup terperangkap dalam satu sumpahan yang telah membawa mereka ke satu dunia yang asing. Dengan hanya berbekalkan semangat setia kawan dan sedikit kemahiran mempertahankan diri, mereka mengharungi segala cabaran dan dugaan.

    Pertemuan dengan penghuni dunia itu bukan bererti satu penyelesaian.

    Kini mereka bukan sahaja terperangkap di dunia itu malahan juga terjebak di dalam konflik yang melanda. Kemampuan sebenar mula teruji dan demi persahabatan, pengorbanan harus dilakukan...


    Wish him all the best!


    As I Would Have It
    Permalink | 2 comments
    Monday, October 27, 2008,9:50 PM
    Proposal oh proposal....
    Dah berminggu-minggu rasenya asyik buat proposal baru jek. Yang terbaru, hasil dari meeting Jumaat lepas, still belum dapat feedback. Geoff sangat-sangat busy sebab terpaksa menanda 2 tesis dan menjadi chair kepada satu CGI conference nih. Selagi tak setel proposal, selagi tu annual review saye tergantung.

    Untuk annual review yang bakal menentukan status saya sama ade layak untuk bergelar PhD student di University of Otago ni terletak pada proposal tersebut. Lambat dapat feedback dari Geoff, maka lambatlah saye menghantar report ke Mike, postgraduate coordinator kami. Akibatnya nanti lambat jugalah annual review untuk saya.

    Hmm... 17 November nanti dah nak bergerak ke Australia sebelum pulang ke Malaysia. Kalau boleh nak setel awal. Banyak lagi mende nak kena buat. Firstly, nak kena pk hal pindah memindah barang nih. Oh setelah berfikir dengan panjang lebar sampai sakit kepala, akhirnya saye keluar jugak dari Toroa yang semakin mahal ini. Dapat satu bilik kosong kat depan Toroa jek for NZD97 per week. Oklah jika nak dibandingkan dengan Toroa, NZD198.50 per week. Biliknya pun agak besar, flatting with Kiwis and ade satu couple ni. Might be Indians.

    Secondly, nak setelkan hal untuk menghantar selonggok baju-baju yang saye tak sentuh langsung kat sini. Sebabnye tak sesuai sama sekali utuk dipakai di negara 4 musim. Daripada memenuhkan almari yang tak ler besar sangat, baiklah anta je balik. Bley jugak kakak-kakak pakai (kalau muat hhahahaha) atau sedekah je kat sesapa. Nak anta pun thru shipping sebab melalui udara ni mak aiiii.. mahalnye....

    Oleh sebab tu saye sangat-sangat berharap agar annual review ku berjalan secepat mungkin. Cepat habis, adelah masa untuk saye memikirkan hal-hal yang tidak berkaitan dengan pelajaran ni langsung. Selagi tak setel selagi tu takde perasaan nak buat pape. -sigh-

    As I Would Have It
    Permalink | 11 comments
    Tuesday, October 21, 2008,12:46 AM
    Sicked.. again...
    Here I am.. sicked again..

    Isnin pagi.. kul 2 am... perut rase sakit sangat-sangat.. paksa diri untuk tidur. Tak bley tido. Kul 4 am tu rase loya sangat-sangat. Tak tahan, terus lari gi toilet and keluarkan semua makanan yang dah di makan sebelum tu. It was bad.

    Dah 5x kali muntah and 2x diarhea, terus kejut Yi Tian sebab tak tahan sangat. Dia ajak gi urgent doctor tapi saye xnak sebab awal pagi sangat. Then diye bagi Chinese herb. Tahan untuk few minutes je kot, pastu muntah lagi. Sampai kul 8.30 am... masa tu dah 8x muntah and 4x diarhea.

    Lepas tu jugak terus gi Student Health. Yi Tian kena gi lab so Alexa teman. Dari kul 8.40am, kul 12.30 pm baru balik. Kesian plak kat Alexa. Nasib baik exam diye hari Selasa depan. Mak Alexa called all the times. Diye GP so when she heard I was sicked, diye sentiasa call to check up on me. Baik kan? Tapi tu lah.. biler deal ngan Dr. ni banyak lak pantang larang yang tak bley makan :(

    Smalam x makan langsung kecuali b4 tido tuh... gigit lah roti sket-sket. Harap minum air garam jek. Ari ni masak bubur yang sangat tawar sebab Alexa tak bagi letak perisa pape pun :( Tapi Yi Tian yang baik hati masak sayur sket bagi makan untuk dinner.. at least rase la jugak nikmat makan.....
    As I Would Have It
    Permalink | 10 comments
    Wednesday, October 15, 2008,5:25 PM
    Stewart Island
    Stewart Island bley dikatekan kawasan berpenghuni yang paling akhir sekali dekat New Zealand ni. Lepas ni dah xde civilization. Yang ade mungkin penguin, burung-burung dan singa-singa laut yang tinggal dekat Antartika sana tu.

    Pulaunya lebih besar dari Singapore tapi penduduknya hanya 380++ sahaja. Percaye tak? Just imagine dengan orang seramai tu tinggal kat pulau sebesar tu.. hmmm best nye... Yang ade hanya lah 4 Square.. mini market where people can buy their groceries there. Ala-ala kedai runcit kat Malaysia sana tuh.

    Kami pergi dengan menaiki Stewart Island Flight. Kecik jek kapal terbangnye. Bley muat 10 orang termasuk pilot. Scary beb naik kapal terbang kecik macam tu. Terbang pun rendah jek. Masa tengok pemandangan Stewart Island dari udara, dok pk gak.. betul ke ade orang dok kat pulau nih? Ade la nampak umah sebijik dengan jarak yang begitu jauh dari each other. Landasan kapal terbang nye pun hmmm menakutkan jugak ler. Kat atas bukit yang tak ada ape-ape. Kalau masa landing tu pilot terlajak sket memang babai lah.

    PhotobucketWith Sue Ann

    Photobucket Photobucket

    Photobucket Photobucket
    Dari dalam kapal terbang

    Photobucket
    Ni lah rupe landasannye..

    Sampai-sampai jek kami dah trus tour pulau. Jalan kaki. Agak terkejut jugak sebab weather lagi panas dari Dunedin. Ingatkan kat sini sejuk tahap gaban ler sebab dekat ngan South Poles. Coverage xde kecuali yang gune line Telecom.

    Kununnye masa kat sini nak amik Underwater Explorer, nak tengok hidupan bawah laut. Tapi boat pulak tengah maintenance so instead pergi ke Ulva Island. Satu-satunya pulau yang masih belum tercemar. Burung-burung kat sana pun tak takut ngan orang. Gi ke sana naik Water Taxi. Lagi satu group pilih untuk pergi deep sea fishing. Balik bawak ikan besar-besar dan banyak so malam tu BBQ ikan fresh.

    Photobucket
    Azrul.. ni la gamba yang dijanjikan.. amacam.. mengancam tak ikan-ikan tu? :P

    Photobucket
    Dalam Water Taxi on the way ke Ulva Island

    Apa yang best kat sini... suasana lah. Very peaceful. Waktu malam tengok kat langit.. Masya-Allah. Canteknya. Dengan langit yang terang xde polution, bley nampak gugusan bintang-bintang yang cantek bangat. Macam images dari NASA tu. Dan kat Stewart Island juga (Lee Bay) boleh tengok Aurora Australis (Southern Light) in between September-November. Satu-satunya fenomena yang nak sangat-sangat saya tengok dengan mata kasar. La ni pasang niat nak gi balik ke sana tahun depan demi Aurora...

    Photobucket

    Photobucket
    Anchor Point di Lee Bay. Nampak kemek kat anchor atas tu?
    Well, tu kesan tembakan salah seorang penduduk yang ditujukan kepada Helen Clark,
    PM New Zealand. Tapi of course tak kena la kan..

    Balik tu naik feri. Telan ubat mabuk siap-siap. Alhamdulillah x pening langsung sepanjang sejam kat atas laut tu. Or mungkin sebab saya hanya mabuk darat jek??? Before this lom pernah lagi mabuk laut... hmmm...

    Photobucket
    Suasana kat jeti

    Photobucket
    While waiting for the ferry..

    p/s: Tahap blur saye masih belum berkurangan lagi...
    As I Would Have It
    Permalink | 14 comments
    Thursday, October 9, 2008,1:33 AM
    Aidilfitri 2008 - Dunedin
    Tak tau nape tapi hari ni rase macam loser giler. Sebenarnya dari hari Selasa lagi tak functioning. Smalam cube wat programming tapi tak jalan-jalan. So hari ni dengan blurnya saye x gi lab. Kalau pegi tak bley wat keje pun wat pe. Try main gitar pun serba tak kena. Untuk melengkapkan kebosanan yang melanda, hari ni satu hari dok surf internet jek sambil layan TradeMe. In between tu main game baru bertajuk Armadillo Run. Addicted sih.. tapi tak rase bersalah sebab Geoff encourages untuk main game-game macam tu..

    Dalam-dalam kebosanan ni, lebih baik update blog memandangkan few photos dah dapat. Kali ni nak bercerita tentang sambutan Aidilfitri saya yang pertama di Dunedin. Sedih? Hmmm pagi raya tu je la kot sebab teringat selalu raya salam the whole familiy. Kat sini xde family. Malam sebelum tu masak Mi Kari sebab teringin sangat. Dan rasenya itu yang paling senang dan within budget kot.

    Pagi raya, kami solat seawal pukul 7.30am. Tahun ni xde baju raya so pakailah baju yang ade. Balik solat raya, Yana and Tasha singgah. Pastu Hani ngan Aimi kate nak datang. Since diorang pun nak gi umah Yana, and Yana pun dah ajak budak-budak lain, so kami pakat jadikan umah Yana je lah sebagai port. Angkut lah sket mi kari bawak gi umah Yana.

    Dari situ, gi beraya umah kak Liza plak. Then terus ke umah Kak Lily. Balik tu Mykhail datang singgah. Memang sengaja jemput diye untuk raikan raya ni. Lepas Maghrib, together ngan Azam gi lari umah Shahidah. Pergh.... kat situ makan tak hengatnya. Shahidah terkejut tengok. Baru diye tau saya kuat makan hehehe Balik tu Azam lak singgah.

    Hmmm akibat tak cukup rehat, esoknya hingga Friday pala ni sakit sangat. Hari Ahad pulak Malaysian Club wat open house raya. Saya kena masak soto untuk hari tu. Friday malam dah stat wat keje. Imran datang gak tolong ngan Bukh even dah kate x payah. Bukan ape, sakit pala, tak larat rasenya nak pakai tudung. Lagi pun Yi Tian ade tolong. But since diorang dah datang, bagi jugak ler keje kan.

    Sabtu pagi lepas layan Smallville, baru start potong ayam. 3 ekor tuh potong sendiri. Bangga giler hehehe Sambil rebus ayam sambil layan Supernatural. Takde tensen langsung. Kul 2 pm siap-siap untuk gi rehearsal kat Alhambra Hall. Masa tu soto dah hampir siap. Tinggal nak masukkan bumbu dan goreng ayam untuk dicarik. Oo dekat Alhambra mintak tolong Sue Ann gorengkan so-hon dan kacang sambil dibantu oleh Amira dan Amir.

    Dah abis rehearsal seret Timi balik untuk carik ayam. Then Imran datang tolong. Lama lepas tu Aizat ngan Syafiq pulak datang. Dekat kul 7 lah baru siap. Pastu tengah dinner MM lak datang ngan muke tensen. Handphone diye rosak. Sementara tunggu Isya, Amir ngan Sue Ann datang anta so-hon yang dah siap digoreng. Imran pun datang slalu untuk amik barang-barang yang tertinggal dalam kete. Kira dekat kul 12 barulah setel sume...

    Masa open day tu, oklah. Ramai yang datang. Termasuk international. Saye jadi deejay untuk hari tu ngan MM. Teringat zaman masa jadi deejay kat MMU dan juga sebagai emcee sukerela atau paksa rela di FSKTM, UPM dulu (agaknya siapa yang slalu jadi emcee kat FSKTM skang ni ye)... Akibat jadi deejay, makan terpaksa ler ade orang yang amikkan. Yang sedeynye... tak cukup makan langsung ari tu huhu x dapat nak gi pilih makan sendiri.. dan banyak dish yang tak dapat rase :(( Anyway everything went well... Lepas penat kemas hall barulah balik.. and trus tido. Isnin tu kalau tak sebab ade miting ngan Geoff and Janet, memang konpem dok atas katil jek. Pancit beb!

    Photobucket
    Tengah bersiap sedia untuk menjalankan tugas

    Photobucket Photobucket
    Suasana pada hari tu

    Photobucket
    Bergambar beramai-ramai

    p/s: next entry... Azrul.. konpem letak gamba ikan yang dijanjikan!

    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Monday, October 6, 2008,6:44 PM
    Tagged by Ina...
    Sori Ina..
    lambat jawab tag.. sibuk sket nak raye.. and after raye..
    ni baru bukak balik blog.... untuk ari ni, jawab tag dulu nanti baru update kisah raye ;)
    tunggu gamba sebena nye hehehe...
    nie lah susah orang xde kamera.. kena tunggu ihsan dari orang untuk amik gamba huhu..

    1) What is the most important thing in your life?
    success, money, and of course happiness ( 3-in-1)

    2) What is the last thing that you bought with your own money?
    Top-up Vodafone!

    3) Where do you wish to get married?
    err soklan tu patutnye jadi "do you ever wish to get married?".. hmmmm..

    4) How old do you think you will be permanently owned by your love?
    dunno..

    5) Are you in love?
    in love with myself..? hmmm..

    7) Name the latest book that you bought?
    The Hollow... or maybe Conceptual Physics tapi x baya lagi kat MM :P

    8)What is your full name?
    Nurazlin Zainal Azmi

    9) Do you prefer your mother or father
    adoi... mestilah dedua... if not because of them I won't be here lah

    10) Name a person that you really wish to meet in real life for the first time
    Sir John Furlong -> sape diye ni xyah susah-susah nak pk.. sebab orangnye tak wujud..

    11) Christina or Britney?
    Christina

    12) Do you do your own laundry?
    kena lah.. xde bibik nak buat..

    13) The most exciting place you want to go?
    already in here.. NZ!

    14) Hugs or kisses?
    both?

    15) Point out 5 things about the person who tagged you.
    1. very passionate about her work
    2. good cook
    3. kadang-kadang menggelabah hehe
    4. my junior kat SRK Tapah yang x dikenali
    5. nice complexion!

    16)8 things I am passionate about:
    1. writing novel
    2. playing volleyball
    3. cooking
    4. singing
    5. merajuk
    6. eating
    7. berangan
    8. dan akhir skali wat reserach kot haha tak ikhlas sungguh

    17)8 things I say too often:
    a. rite
    b. eh
    c. serius?
    d. darn
    e. yup
    f. nope
    g. y?
    h. hmm

    18)4 books I’ve read recently:
    a. The Hollow (x abis lagi)
    b. Calculus Made Easy
    c. 3D Math Primer for Graphics and Game Development
    d. OpenGL Programming Guide

    (huhu kenape rase macam nerd tetibe?)

    19)8 songs I could listen to over and over again:
    aiseh... lagu ni ikut mood.. tgh mood bengang asik dengar lagu macam ni.. mood happy lagu macam tu.. for current situation.. the only lagu yang asik saye dengar berulang-ulang is Tong Hua (Fairy Tale)


    20)8 things I learned last year:
    a. saye ni over gediks sebenanye and continue being one hahahha
    b. baru tau rupenye giler glemer
    c. slalu jadi "bahan" and again still jadi "bahan" (untuk wat lawak or kena kutuk)
    d. menghargai duit
    e. punye bakat memasak!
    f. slalu jump into conclusion which is not good sebab benda tu akan berbalik pada kite
    g. always fall for a wrong guy
    h. banyak sifat yang x baik yang still kebal dalam hati ni.. hmm nak wat cemane eh?

    8 people that I love to tag -
    hmmm.. xde kot.. orang still sibuk raye..
    As I Would Have It
    Permalink | 3 comments