about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Friday, March 27, 2009,2:52 PM
    My Swollen Finger
    Last Wednesday, merupakan competition pertama kite orang untuk social league volleyball. Main berterabur tu x kisah ler. Sebab first time main together as a team + dah lama tak main, so performance macam tu boleh dimaafkan.

    Selama ni main, setaip kali nak try set biasanye ring finger untuk tangan kiri memang selalu terkehel. Tu antara alasan nape sampai la ni tak terer set lagi. Kali ni, buat pertama kali masa nak spike, index finger tangan kanan terkena bola. Ni sume gara-gara akibat timing yang salah dan posisi jari-jari tidak sempat diluruskan sepenuhnya. Huhu bengkak terus jari ku


    Kesannya, jari tersebut membengkak. Wat lawak nagn Niamh, macam jari pompuan mengandung. Bile balik umah petang tu, sume kecoh nak tengok jari 'mengandung' haha. Nak makan kena guna sudu. Ye la, jari tu x bley bend. Tu pun pegang sudu macam budak-budak baru belajar nak makan. nak menulis lagi la x bley. Nak bukak pintu bilik lab yang ketat pun gagal di situ. Nasib baik ade Geoff, diye tolong bukak kan :D

    Yang pasti, orang yang paling kecewa dengan kecederaan jari saye ini ialah Carlos. Dah lama kite orang tak bertempur di gelanggang ping pong. Diye ajak last Friday (minggu lepas) tapi sebab dah janji nak main ngan Amin, so plan lawan minggu ni. Unfortunately, unexpected thing macam ni jadi. No worries Carlos. As soon jari ni bley bergerak macam normal, I'm game! Ngeh ngeh ngeh

    p/s: Janet dan Geoff telah meng-confirmkan for sure late April ni kami akan berpindah ke new building yang jauh kat blakang sana huhu Pool table terpaksa diletakkan di floor lain, so Geoff kate dah tak jadi pool table graphics student ler sebab dah make it public huhu meaning no ping pong kat lab after this waaaaaaaa!!!!!!!

    p/s2: kalau ade sesapa yang rajin nak tengok computer games zaman dolu-dolu, text-based game.. Bullcow.. haaa that game was written by Geoff!! Now I know. Game tu diklasifikasikan as one of 101 Best Basic Games (a book by David Ahl) untuk early 70's.. huhu bangganye.. ;)
    As I Would Have It
    Permalink | 5 comments
    Monday, March 23, 2009,7:37 PM
    Hmm Patut ler....
    Ingat lagi, tahun lepas each time gaduh ngan MM, saye mesti ngadu ngan Timi. Ramai yang wondering.. kenape Timi? Argument mereka, Timi tu blur orangnya. Tak banyak cakap. Kalau cite ngan diye pun, xde respon. Betul. Memang x dinafikan.

    Setiap kali cite ngan Timi, diye senyum jek. Nak dengar diye console, mintak maap ler. Memang x cakap pape pun. Kalau bagi respon, 2-3 patah kata jek. Itu ler Timi. But somehow rase lega lepas cite ngan diye. Memule tu sebab ingat diye ensem sangat so biler tengok diye senyum tu ati trus tenang haha

    Sampai ler satu hari ni, MU (bukan Manchester United eh :P) bagi buku Men are from Mars, Women are From Venus untuk dibaca. Tak baca abis pun lagi sebenanye. Baru first chapter sebab buku tu pasal relationship.. xde laki lagi nak dijaga atinye hahaha tu sebab x tersambung pembacaan. Anyway, pointnye kat sini... perempuan kalau tensen.. bermasalah.. biler cite ngan laki.. lelaki tu x perlu nak sibuk-sibuk bagi solution macam mane nak fix problem tu sebab that way will make the guy look as if he's so damn good in fixing problem. Ape yang laki perlu buat? Be a good listener.

    Ooo patut ler rase selesa ngadu ngan Timi, as if diye ni good listener (walau pun hakikatnye diye memang x bercakap pun hahaha). Tu pasal le jugak bley ngam ngan Mat Nabil.. Mat Nabil pun jenis x banyak cakap gak kan kan :D

    disclaimer: entry ni ditulis untuk melepaskan tensen ngan Matlab..
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Monday, March 9, 2009,8:41 PM
    Kisah Mug
    Dunno why, but my mug keeps on missing. Nak kata cantik, biasa jek. bape $ je pun. Tak sampai $10. Dari Toroa dulu lah. Masa kat Toroa dulu, Muslim dapat equipment khas. Dapat mug ngan pinggan and cutleries. Yang membezakan ialah warna. Kebiasaannya barang-barang lain warna putih jek. Kalau ada warna selain dari putih, sama ada hak individu atau yang khas.

    Nak dijadikan cerita, mug yang diberi oleh Toroa somehow someway ada orang terambil. Maybe pekerjanya mistook kot ngan ofis Manawa nye barang. X kisah lah tu. So I used mine which is blue in color. Sangat biru, berlainan dari warna putih dan sangat murah harganya. Masuk 2nd semester, tibe-tibe x nampak langsung kelibat mug tu kat mana-mana. Dah tanya sume flatmates, sorang pun xtau. Aih.. ada kaki ke mug tu sampai bley jalan keluar? Walau pun mug murah tapi agak hangin jugak ler kan...

    Kes yang sama berulang kat flat baru. Mug tu Yi Tian bagi. Again... mug yang berlainan bentuk dan corak pastinya milik seseorang. Since rasenye orang bley tau kalau dah mug lain mesti ada tuan punya, so saye pun letak le mug tu kat dapur bersama dengan mug yang lain.

    Last 2 weeks, waktu nak minum, cari mug.. tak jumpa. Dah selongkar satu dapur.. bilik tapi x jumpa jugak. Adeh? Apsal ni? Kenape bermasalah sangat dengan mug ni? Tensen... ngadu ngan Yi Tian. Bukan xde mug lain, ade jek tapi x puas ati sebab bley ilang macam tu jek. Bape hari berturut-turut cari.. mane ler tau kot-kot ade orang terpinjam and bawak masuk bilik. Hmm dah seminggu lebih, xde jugak pun huhu

    Sedih.. masa ni tinggal tutup jek..

    Few days lepas tu, Yi Tian datang. Surprised! Diye beli mug baru untuk saye. Terharunye! Tak sangka Yi Tian bley beli baru sebab diye risau saye xde mug nak pakai huhu

    Mug baru yang Yi Tian beli

    Tibe-tibe, beberapa hari yang lepas.. di atas rak-rak cawan, terpandang kelibat mug yang sangat-sangat dikenali. Seseorang telah memulangkan mug saye! Sambil melebarkan senyuman, mug tu saya ambil dan simpan di dalam bilik. Tidak sanggup kehilangan lagi :lol:

    Tada! Gambar agak blur sebab diambil pagi-pagi sebelum
    memecut ke kelas dengan lampu bilik yang terpasang
    As I Would Have It
    Permalink | 9 comments
    Friday, March 6, 2009,11:59 AM
    Soalan Cepu Emas
    Haa jangan nak salah sangka dulu. Ni bukan soalan cepu emas yang biasa ditanya ke perempuan-perempuan ye.. tapi ni soalan betul-betul cepu emas. Sape nak tolong jawab sangat-sangatlah dialu-alukan.

    Topiknya pasal color. Kita selama ni blaja ade 2 jenis cara color diproduce: additive(light) & subtractive(natural color ie paint). Untuk additive, primary colors adalah RGB manakala primary colors untuk subtractive model pula ialah RYB. Pernah tak selama ni kita terfikir kenapa primary colors bagi kedua-dua kategori ni berbeza? Bagi RGB, kalau R+G akan menghasilkan Y, manakala bagi RYB pula, Y+B akan menghasilkan G. Kenapa macam tu?

    Jawapan kebiasaan yang akan dibagi ialah kerana properties kedua-dua kategori itu adalah berbeza. Additive bermaksud colors will be produced dengan cara menambahkan 2 atau lebih komponen cahaya. Ia sinonim dengan cara warna-warna pelangi terbentuk berdasarkan konsep prisma. Subtractive on the other hand, adalah berasaskan color pigments. Color pigments ini mengandungi molekul-molekul yang akan menyerap sebahagian dari wavelength cahaya yang mengenainya, dan membiaskan wavelength yang selebihnya. Reflected wavelength tu lah yang kita tengok sebagai color.

    Untuk menyukarkan lagi keadaan yang sememangnya sukar ni, soalan yang seterusnya ialah kenapa kalau kita amik 2 colors dari kedua-dua kategori, ie R dan B, place them side by side dalam 2 layers (layer 1 untuk additive, layer 2 untuk subtractive), color yang dihasilkan sangat berbeza? Ye mungkin sama seperti soalan yang utama tadi dan jawapannya juga terangkum dalam konteks yang sama, tapi ada sesiapa ke yang boleh explain dengan lebih detail kenape?
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Tuesday, March 3, 2009,4:13 PM
    Semester Baru
    Tahun ni, life saya agak berbeza dari tahun yang sebelumnya. Ye la, selama ni dok wat research, study sendiri-sendiri but now, semuanya berubah. Requested for classes, granted and sekarang rushing for classes. Masa summer dulu tak susah sangat sebab amik satu subject dan xde orang lagi di Dunedin.

    Now, tibe-tibe je mata jadi berpinar-pinar. Nak jalan pun susah. Ramainya manusia... kat kawasan uni, kat town. Kalau dulu macam ghost town, la ni macam pasar la plak. More over, semua flatmates lak ada kelas kul 9 am. Saya pun 2 hari ade kelas kul 9. Tahun lepas, biler sume flatmates dah setel gi kelas baru saya conquer shower, sekarang tidak lagi. Saya kena make sure sayalah orang pertama yang menggunakan shower haha

    Ditambah lagi dengan masalah gastrik yang melanda beberapa minggu yang lepas. So sekarang kena jaga makan. Kena ade proper breakfast, lunch.. dan dinner pun kalau bley x lewat sangat. Tu menjadi satu lagi reason kenapa kena jadi orang pertama yang siap sebab nak makan lagi. Kalau boleh xnak makan cepat-cepat sampai tercekik.. or macam dulu beli pancake makan sekeping sehari sambil berjalan ke uni.

    Bercerite pasal kelas.. hmm.. rindunya suasana blaja dalam kelas.. gi lecture, masuk lab dan tutorial. Tapi scary biler subject tu susah macam COMO401 - Modelling 2. Subject dari department Maths yang diajar oleh pensyarah zoology yang berminat dengan neuroscience binatang ni. Kelas ni menekankan maths dan fizik (ouch) dan hanya 4 orang je dalam kelas tersebut. Adeh! Dah le xde backgroud maths dan physics tahap undergraduates.. mane x kecut perut dibuatnya.

    Kelas graphics yang saya join pula, which is kelas Geoff sendiri.. so far sangat best. Best sebab saya x berapa lost dengan subject tersebut, dan best sebab flatmate sekali dalam kelas, lab dan tutorial yang sama. Seronoknye biler ade seseorang yang kite bley bercakap dan berbincang.

    Minggu ni jugak saya join lab COSC 241. Join untuk minggu ni saja sebab lab untuk minggu pertama adalah berkenaan dengan Introduction to Linux. Tutor-tutor nye pulak kenkawan yang dikenali jugak so xde pressure. And yay! Akhirnya reti guna terminal Linux and untuk kelas graphics pasni, akan wat C++ assignment guna Linux.

    Hmm ni baru minggu pertama. Xtau lagi lectures dalam minggu yang akan datang macam mana terutama COMO401. 4 orang saje.. nak menyorok pun x bley huhu
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments