about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Saturday, January 31, 2009,3:16 PM
    Dunedin - Top Place to Live in New Zealand
    Nothing much to say. Minggu ni berlalu macam selalu. Gi lab, balik lab, managed to solve another problem, came out with another crazy vacation idea, main ping pong kat unipol, etc. Oh yeah, maybe ade something happened.

    Ahad malam tu, gi Chinese Garden. Kunun nak tengok fireworks untuk Chinese New Year. Dikhabarkan kul 10.30 pm fireworks start. Kul 10 pm tu, me, Yi Tian & Aidy pun gi la. Skali dari jauh nampak fireworks dah start. By the time sampai, orang pun dah balik. Haha dah alang-alang sampai tu, tangkap gambar je la..

    Photobucket
    @ Chinese Garden

    Last Thursday plak, was Jochen's last day. Pulang ke Erlagen, tempat Et stadi. My German's labmate merangkap my personal tutor. Ye lah, selama setahun ni, diye yang banyak bantu dari segi programming and maths. Aja ape yang patut. Daripada saye tak reti jadi reti. Now he's gone (Frank pun dah balik ke Holland), I'm losing my greatest help. Tapi xpe. Selagi diye online selagi tu bley kaco diye hehehe

    Photobucket
    Jochen - posing with our gift

    Oh yeah. Ni saje je nak cite. Dapat forwarded article from NZ Herald which revealed Dunedin as top place to live in New Zealand. Revealation ni was based on the survey done by ASB Bank. As being pointed by sorang ni, kalau Auckland & Wellington termasuk dalam top 5 best places to live in the world (Mercer consulting, world city mayor, economist QoL surveys) for 2007 and 2008, dan Dunedin pula the best place kat New Zealand, indirectly Dunedin termasuk dalam top 5 terbaik dunia la kan hehehe Point nye, I'm just proud to be here!

    Ni saje je letak gamba katil buatan Malaysia tu. As being requested by Mas & Yana. ;)

    Photobucket
    Ni ler rupe katilnye..
    As I Would Have It
    Permalink | 18 comments
    Sunday, January 25, 2009,3:09 PM
    Kisah Katil Baru
    Problem utama saye sejak berpindah ke flat baru ialah katil. Rumah tu x provide katil Tenant lama bagi gune katil diye dulu until mid-February. Then adik diye akan datang amik. Dah tanya sana sini if ade sesapa nak jual katil. Cari dalam trademe pun xde. Cari kat kedai 2nd hand pun dah abis orang beli. Masa tu x terfikir nak tengok kat kedai perabot.

    Sampai lah satu hari ni. Yi Tian ternampak iklan kat tv. Bigsave tengah wat bed clearance. La tu jugak masuk site Bigsave, anta emel kat diorang tanya. Sok pepagi dah dapat reply. Since cawangan yang paling dekat ialah kat Invercargill (which is 2++ hour drive dari Dunedin), saye pun kol lah branch tersebut. Katil paling murah yang dijual ialah metal slat frame $149 dan juga budget mattress $149.

    Kerana kemalasan untuk mencari katil yang lain (penat woo.. banyak keje lagi bley wat) so saye pun tanya delivery ke Dunedin berapa. Diye charge $100. Tanpa berfikir panjang, I said yes. Jangan diquestionkan keputusan ku ini (kerana ramai yang x tanya nape saye x beli dekat kedai furniture sini). Daku sedikit pun tidak menyesal haha. Serius x!

    Setelah payment sume setel, hari Isnin yang lepas diorang kol bagi tau katil tersebut akan dihantar sama ada on Wednesday or Khamis. Kerana ketidakpastian tersebut, maka pada pagi Rabu sebelum ke lab, me & Yi Tian bertungkus lumus mengeluarkan katil kayu yang berat dari dalam bilik dan pindahkan ke dapur (since kat situ jek ade tempat untuk letak). Penat sih nak kuar and masukkan katil thru pintu yang kecik jek huhu

    Petang tu dapat kol. Katil akan sampai in half an hour. Terus lari balik umah. Nasib baik Yi Tian ade lagi so ade la orang nak tolong. Since katil tu metal slat frame saje so bolehlah dipasang sendiri. By the time nak pasang, tetibe mata kite orang terbaca akan sesuatu kat kotak katil tersebut....

    Photobucket

    Haha.. tetibe terasa patriotik sungguh diriku ini kui kui...
    As I Would Have It
    Permalink | 11 comments
    Sunday, January 18, 2009,7:25 PM
    Weekend Yang Berilmu...
    Percaya atau tak, Sabtu & Ahad yang lepas, saya study! Me? Study? So not alike hahaha Azam baru ke? Sangat lah tidak. My new resolution is to pergi awal ke lab hari-hari. Dan balik selepas 5.30 pm. Which I managed to do so far :D

    Apa sebenarnye yang berlaku weekend yang lepas? I have no idea. Yang pastinya, tibe-tibe saye begitu bersemangat sekali untuk menyiapkan assignment programming ni. Sangat-sangat bersemangat hingga terbawak-bawak ke makan atau tido. Cannot help lah. Drawbacknye? Those yang involve ngan dunia programming will know it very very well. Betapa berserabutnya kepala ni kalau tak dapat solve problem.

    Ye, apart from studying, weekend saye sangat lah berserabut. In between wat assignment tu memang lah layan Samllville & Supernatural, tetapi tatkala mengadap programming ni, memang banyak sumpah seranah yang berlaku. Aiseh.. dok terperuk dalam bilik sambil wat keje, x ke mane.

    Sabtu pagi tu sepatutnye gi swimming. Tapi disebabkan summer yang kadang kala bertukar menjadi winter nih, x sanggup nak kuar umah. Ahad plak patut berkenduri farewell untuk Syafiq & Fauzi (2 pemain voli ku huhu) yang akan berpindah ke Wellington. Tapi disebabkan kegagalan mendapatkan ayam kerana kedai dah tutup, maka kenduri tersebut dipospon. Yang jadi wat ari tu ialah memandikan kereta ku.

    At least, membasuh kereta denga keadaan cuaca yang tengah panas tetibe ujan dan akhirnya lebat, made me happy. Lepak ngan Syafiq dan Yana and Boss sambil makan spaghetti goreng dan minum air laici begitu menenangkan sekali. Balik tu, hati makin jadi terang. Dalam masa yang sekejap, problem yang tersangkut berjaya disiapkan. Yes!

    Dilema malam Ahad tu pulak - nak tengok atau tak juara lagu. Dekat sini, AJL akan bermula jam 2 am, dan Isnin ade kelas pagi. Hmm dalam state yang masih 50-50, maka saye pun set jam pukul 2, dan terus tido. Kalau bangun, tengok lah. Kalau tak, nak wat cemane.

    Ape yang best sangat AJL ni? Nothing. Cume sejak AJL bermula tahun 80an dulu, saye x pernah miss finale. Memang xde good reason for me untuk berjaga tengok. Tapi itu merupakan sesuatu yang saye biasa buat and kalau miss finale rase lain jek. So pukul 2 am tu bangun la jugak...

    Keseluruhannya, saye sangat berpuas hati. Setahun terpaksa tunggu untuk tengok Faizal Tahir beraksi di AJL. Nabil sangat-sangat tahu yang saye meminati performance Faizal. Diulangi ye.. performance.. bukan orangnye :P Puas hati Faizal menang bukan sebab saye minat diye, tapi sebab diye memang deserve. First time, tekaan saye untuk Best Performance, Best Vocal, Balada & Pop Rock tepat semuanya. Etnik saye x guess pape pun sebab no idea langsung dengan lagu-lagu yang dipertandingkan.

    Hari ni, Isnin, saye berjaya pergi ke kelas dan lab dengan hati yang masih terang. Wish it would last long!




    Persembahan Faizal Tahir yang begitu unik skali..
    As I Would Have It
    Permalink | 4 comments
    Wednesday, January 14, 2009,2:47 AM
    Tagged Dari Yana
    Hmm dah lama kena tagged ni. Since balik bercuti ke Malaysia lagi. Tapi disebabkan oleh seorang makhluk yang tak reti mencari rezeki halal, dok asik mencuri kabel telefon kat Kg Tersusun tu jek, maka xde lah internet di umah. Biler xde internet, x bley nak update selalu. Penat wei kena gi c/cafe all the time untuk cek emel sampai le ke update blog.

    So, untuk menunaikan janji, entry kali ini adalah untuk menjawab soklan-soklan yang ditag.

    Q1: 7 facts about yourself on your blog.

    Hmmm... rasenye dah selalu kot tulis kat sini, intentionally or unintentionally. Most probably sume orang dah tau yang saye ni:

    1 - over gediksss (perhatikan 's' yang banyak di belakang tu :P)
    2 - giler volleyball
    3 - very good at sport (self-claim haha)
    4 - suke menyanyi, menari, melalak dan macam-macam "me-" lagi lah
    5 - tiga suku (atau sengal atau yang seangkatan dengannya)
    6 - moody
    7 - kaki berangan

    Q2: 7 unspectacular quirks on me

    1 - ade imaginary friends. Always talk to them but hey.. it's cool!
    2 - bile datang tensen, mulalah berangan yang bukan-bukan. Jadi spylah, assassin lah.. hmm
    3 - kalau tengok cerita, senang terpengaruh. For eg, tengok Charmed, tetibe pasan ade power
    4 - bersendirian merupakan cara untuk mengcoolkan diri walaupun sebelum tu konpem teruk menangis-nangis dulu
    5 - kalau dah datang malas tu.. memang sangat-sangat malas
    6 - dalam keadaan yang sangat panik, tetibe terus jek speaking. Ilang bahasa Melayu ku..
    7 - last but not least.. ni yang selalu menjadi perlian orang.. yang saye sendiri tak notis sehinggalah pada suatu hari di Kg Baru. Waktu tu tengah giler kaset ceramah Akil Hayy. Beli kat sorang pakcik ni. Tetibe pakcik tu tanya "Anak ni dok lama kat UK ke??" Rupe-rupenye saye ni cakap Melayu agak pelat ye.. especially my "R" yang sentiasa jadi bahan ajukan Nibong. Budak-budak kat sini jangan cakap ler. Pantang aku sebut R.. konpem ade parrot (ade je yang nak mengajuk :P).

    Okes.. done.. nak tag orang lain ke? X yah la ye.. ngantuks.. nak tido.. sok pagi ade kelas huhu
    As I Would Have It
    Permalink | 2 comments
    Saturday, January 10, 2009,5:39 PM
    Cherry Picking
    Pick Your Own Cherry! Untuk kali kedua saye gi ke Roxburgh petik buah ceri sendri hehe. First time pegi dulu was on Jan 6, 2008. Ingat tarikh lagi tu. Ape yang best sangat? Dapat petik ceri sesuke ati and sambil petik bley makan juga ikut sesuke ati :lol:

    Smalam kami semua berkumpul di masjid dalam pukul 10++ am. 4 kereta semuanya. Me, Syafiq, Musab & Zak satu kereta (since only me & Syafiq je bley drive kete manual, senang rotate driver nanti). Nadwa, Yana, Nuzul & Aidy, satu kereta. The other twos were Kak Liza & Zura with their own families.

    Perjalanan amik masa around 2++ hours. Sampai pekan Roxburgh benti kejap untuk ke toilet dan juga membeli aiskrim Frosty Frost yang tersangat banyak dan murah untuk single cone. Penat nak mengabihkan. Pastu kite orang terus ke Fairview Orchard untuk memulakan aktiviti memetik ceri.

    Photobucket

    Belajar dari kesilapan tahun lepas. Kali ini before pack ceri sendri, rase dulu ceri-ceri tersebut. Setiap pokok ceri, rasenye berlainan. Dah pasti dapat ceri yang dirasekan best baru lah petik. Untuk petik sendri ni, diorang charge sekilo NZD7.50. Ok lah tuh dari berbelas-belas dollar sekilo kalau beli kat supermarket.

    Photobucket

    Lepas puas petik ceri & bergambar (aktiviti wajib), kite orang pun bergerak ke Lake Roxburgh untuk berpiknik. Sesat langgat nak cari tempat macam tahun lepas tuh. Ni ler problem ngan konvoi. If satu kete sesat.. sume ikut sesat haha

    Photobucket

    Lepas makan, kami berpecah. Yang famili balik, kami yang bujang-bujang tinggal. Gi melawat geng-geng kite orang yang pergi mencari rezeki dengan memetik buah ceri kat sini. Untuk mengisi cuti summer le katekan.

    Photobucket Photobucket Photobucket
    @ Lake Roxburgh

    Poji, Che Det, Farael & Khaidir tinggal kat umah yang terletak kat dalam orchard tu sendri. Dikelilingi ngan pokok peach dan jugak ade sepokok walnut yang tumbuh besar kat situ. Best gile. Rase aman jek dok kat situ.

    Photobucket Photobucket
    Gambar sebelah kiri tu ler rupa pokok walnut. Sebelah kanan tu pokok-pokok peach
    yang mengelilingi umah diorang. Best!

    Che Det ngan Khaidir dah balik awal. Poji ngan Farael plak balik kul 5. Boss pun datang lepak ngan kite orang kat situ. Kul 5++ tu plak Imran datang naik basikal. Tapi Imran lepak kejap jek sebab diye kena gi keje lain plak. Owh.. Boss ngan Imran tinggal kat backpackers kat pekan Roxburgh.

    Photobucket
    Ni ler rupe umahnye..

    Kat sini la kite orang berehat-rehat + solat. Poji kunun nak masakkan dinner untuk kite orang tapi kesian la plak kan. Penat-penat keje nak suh masak. Tapi last2 buli Che Det untuk wat cucur. Sian diye hehe

    Kunun nak balik kul 4++ pm since Musab nak keje malam tu. Hmm dah lepak ngan geng-geng.. set time baru. At most kul 7 kena kuar dah. Bley caye ke? Kul 6.30 pm memang dah kuar dari umah diorang, tapi kami gi jalan-jalan tengok Pinders Pond dulu. B4 that singgah balik kat pekan Roxburgh untuk another ice cream trip & juga beli pie untuk dinner. Sah-sah sampai Dunedin nanti kelaparan. Mane larat nak masak dah.

    Photobucket
    Rupe-rupe pekerja orchard & yang melawat

    Dalam 7.30 pm baru kite orang bergerak kuar betul-betul. Since datang tadi Syafiq yang drive, untuk balik ni turn saye plak drive. Good thing skang tengah summer so kul 9 pm stil terang lagi. Nasib baik tak pening sepanjang trip tuh. Memang a nite b4 tu dah telan pil motion sickness. Sampai Dunedin kul 9.30 pm. Penat... tapi best!

    p/s: Berjalan-jalan is my therapy :lol:
    As I Would Have It
    Permalink | 1 comments
    Wednesday, January 7, 2009,3:54 PM
    Setelah Seminggu Kembali ke Dunedin
    Pejam celik, dah seminggu rupanya saya tinggalkan Tapah. Perasaan? Ntah ler. Dah sebulan dok Tapah ngan hiruk pikuk anak buah. Sekali balik sini, sunyi sepi. Students tak ramai. Member-member yang ade pun dok tempat lain. Nak hang out everyday susah. Masing-masing ada keje. Saya pun terbz la plak with summer class yang saya join ni.

    Lain rasenye dari keadaan masa memula sampai ujung 2007. Masa tu thrill datang ke tempat baru masih tinggi. X kisah la students dah balik cuti masa tu. Semangat nak mengexplore tempat baru kuat. La ni kire macam dah balik ke kampung halaman. Dah biasa ade aktiviti. Biler balik sini xde pape, tu yang jadi bermuram durja.

    Patutnye ni la masa yang sesuai untuk fokus ngan stadi. Xde gangguan. Tapi tak sangka la plak loneliness ni jadi distraction yang paling besar. Asyik ingat nak balik umah jek. Hai macam mane nih? Selama ni saya tak pernah langsung homesick. Kali ni out of sudden - homesick! Adeh.......parah.. parah...
    As I Would Have It
    Permalink | 11 comments
    Sunday, January 4, 2009,6:10 PM
    Ozi Trip - Perth
    Lamanye tak update blog. Dah selamat sampai semula ke Dunedin ni. Xde kesempatan lagi. Sibuk bertarung dengan jet lag dari perjalanan balik yang sungguh memenatkan (KL-Sydney-Brisbane-Christchurch-Dunedin) + sibuk pindah ke rumah baru. Hari ni plak kelas dah stat.. hmmm...

    Anyway, cerita di Perth. Kami sampai lebih kurang dalam pukul 5 pm. Then amik shuttle terus ke YMCA Jewel Backpackers. That's where I stayed. MM tinggal kat umah senior KISAS diye, Hazman. Malas nak gi menumpang umah member pompuan MM. Rase lebih selesa dok backpackers. Amik bilik single so selesa lah.

    Sampai je kat backpackers, kami terus makan bekal nasik ayam yang Kak Imah bagi. Since Hazman tengah ber-sand boarding and can only pick-up MM malam, so kite orang pun berjalan-jalanlah dulu. Tengok-tengok ape yang ade kat sekitar (x sampai pun ke city). Jalan sampai ke Swan River, then balik. Lepak sampai Hazman datang amik MM.

    Photobucket
    Berlatarkan Swan River

    Soknye, kami berjalan-jalan ke Perth City ber-tourist guide-kan Ati, kawan MM (where I should tumpang umah diye memula). As usual, aktiviti utama ialah menangkap gamba di sekitar bandar Perth, then gi jalan ke Harbour Town yang bukan terletak kat harbour. Pastu kite orang amik Captain Cook Cruise ke Fremantle.

    Photobucket Photobucket Photobucket
    Berjalan di sekitar city, termasuk tengok home made candy

    Photobucket Photobucket Photobucket
    Swan Bell

    Fremantle ni kire settlement yang pertamalah di Perth. Perjalanan mengambil masa selama sejam setengah. Best jugak ber-cruise di sepanjang Swan River. Selama ni lalu jalan darat jek (kecuali kat Sydney - tu pun skejap je ferinya). Ade la skali ternampak dolphin. Jakun giler hehe. Pemandangan sekitar pun cantik ngan rumah-rumah yang besar kat kiri kanan sungai.

    Photobucket Photobucket
    Captain Cook Cruise

    Sampai kat Fremantle, kite orang solat dulu. Then baru jalan-jalan pusing satu Fremantle. Tengok pekan, muzium sampai ke penjara. Untuk dinner, kite orang makan seafood platter jugak. Tapi tak bley lawan seafood di Fish Market Sydney. Terbaek! After dinner terus balik ke city dengan menaiki train. Malam tu siap packing sume sebab dah nak balik ke Mesia esoknya.

    Photobucket Photobucket Photobucket

    Photobucket Photobucket

    Photobucket Photobucket Photobucket
    @ Fremantle

    Kul 6 am, Hazman datang jemput since flight pukul 9 am. Naik Air Asia. Sekali sampai kat airport, xde satu counter pun yang bukak untuk Air Asia. Kite orang dah mula cuak giler. Bape kali dok tengok itenerary untuk confirmkan tarikh dan waktu. Memang sah betul. Nak tanya ofis, lom bukak lagi. Ye la. Baru pukul 7 am waktu tuh.

    Photobucket Photobucket
    Beriye-iye tangkap gamba.. ingatkan dah nak balik pagi tuh

    Skali nampak this one lady keluar dari management ofis. Apalagi, kite orang terus kejar diye untuk tanya. From her dapat tahu, no flight yang sama will fly out at 6.30pm. Tensen, gi cari internet and cek email. Huh! Air asia being Air Asia. Last minute notis. Hari yang kite orang sampai Perth tu baru diorang emel yang flight telah di retime dari kul 9 am ke 6.30 pm! Giler ape.

    Terpaksa call kakak bagi tau schedule dah tuka. Then call Wahidah plak mintak tolong diye amikkan since nanti sampai kul 11.30 pm. After that, MM txt Hazman bagi tahu. Kesian ngan nasib yang menimpa kite orang, Hazman datang amik kite orang balik ke umah diye.

    Hmmm ade hikmah kot. Lepas Hazman siap assignment, diye bawak kite orang ikut diye anta assignment kat Curtin University. Dapatlah jugak bergambar kat university sana, menambahkan lagi koleksi gamba-gamba kite orang dah hampir mencecah 2000 keping ni untuk trip 2 minggu. Dapat berkenalan ngan flatmates Hazman, especially Aman yang sorenye mak aih.. power beb! Dan dapat jugak layan Kung Fu Panda sampai abis hehe

    Photobucket Photobucket Photobucket

    Photobucket Photobucket Photobucket
    Menjejakkan kaki ke Curtin University

    Kul 4 pm Hazman anta balik ke airport. Siap perli lagi tu, make sure ni balik terus :P Queue ke counter sket punye panjang. Lebih sejam berdiri ngan beg-beg berat yang terpaksa disandang sebab troli if nak pakai kena sewa. Akhirnya berjaya jugak balik ke KL.

    Photobucket Photobucket
    B4 balik petang tu, with Hazman's flatmates
    Dari kiri: Aman, Helmi, Shah, & Hazman

    Sampai KL seperti yang dijanjikan, pukul 11.30 pm. By the time lepas imigresen dan amik luggage, dah pukul 12.20 am. Problem lagi satu, kotak barang Kak Imah kirim tak kuar-kuar lagi dari tempat barang. Sket punye lama tunggu sampai orang dah balik, x jumpa-jumpa jugak. Rupenye diorang dah letak kotak tu siap-siap kat sebelah counter Lost & Found. Bley x? Nasib baik ternampak. Huh!

    Photobucket
    Dah sampai di LCCT

    Dalam keadaan penat dan tensen tu, tak jumpa telefon. Sudah. Macam mana nak kontek Wahidah. Tengah melilau-lilau nak cari telefon, Wahidah cuit dari belakang. Alhamdulillah. Lepas MM call Wak Embun diye, saye pun balik ke umah Wahidah. Sok paginye, ikut Wahidah pegi keje kat UKM dekat Chow Kit tu, then diye anta gi umah kakak di Kg. Baru. Petang tu gi hang out ngan Yi Tian kat KLCC. Malam plak lepak kat Chop & Steak Kg Baru with x-flatmates (Ita & tunang, Kak Baayah & Kak Asiah). Sok tengah harinya balik ke Tapah.

    Photobucket
    With Ita, Kak Asiah & Kak Baayah

    Tamat percutian 2 minggu. -Fin-

    p/s: Seronoknya balik kampung. Now, am missing my family so much. Dunedin sekarang sangat sunyi sepi. Busan giler. Dah ler dok sorang-sorang kat flat baru nih. Ikut kepala giler ni ade yang nak gi cari umah lain, nak dok umah sendiri yang tak payah share ngan orang. Bley wat hal suke ati. Dok ngan orang-orang yang x dikenali ni, lain macam jek rase. Isau, masuk umah orang. Lagi pulak diorang sume balik bulan 2 nanti. Adeh! Nasib baik Yi Tian balik next week and will stay with me sampai bulan 2. At least ade geng.

    Photobucket
    Wedding Iwan. Yang penting bergambar with all my nephews & nieces
    Duduk dari kiri: Azfar (adik), Awish (baju melayu biru), Zaid,
    Damia, Nadira dan Nabila (belakang)

    Photobucket
    Hari terakhir di Tapah sob sob with Awish & Damia

    Photobucket
    Mak & Abah. Faces that made me sad leaving Malaysia... -sigh-

    Okes.. gtg! Kena study. Chiow!
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments