about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Monday, September 29, 2008,6:25 PM
    Salam Aidilfitri
    Salam Aidilfitri diucapkan buat semua. Minta maaf sebab saya tak singgah dari satu blog ke satu blog untuk mengucapkan salam secara peribadi. Melalui blog ni, saya mengucapkan salam secara general buat semua.

    Terima kasih kepada KD atas kiriman kad raya dan sampul duit raya yang begitu menarik sekali. Sayangnya saya jauh di perantauan. Terbayang-bayang juga bagi duit raya menggunakan sampul KD kepada anak-anak buah yang sangat-sangat dirindui sekarang ni. Tak apalah. Simpan dulu, boleh dipakai bila balik ke Malaysia nanti. Mana tahu kan raya tahun depan sambut kat Malaysia pulak.. (berangan je..)

    Kepada semua yang nak balik ke kampung last minute ni, berhati-hati di jalan raya. Memang itu je yang boleh disampakan sebab dah jadi lumrah di Malaysia, setiap kali menjelang perayaannya, pasti ada perkara yang tidak diingini berlaku. Kadang-kadang terfikir, tak boleh ke pemandu-pemandu di Malaysia ni memandu dengan cermat dan mematuhi peraturan jalan raya. Susah sangat ke? Hmmm..

    Kepada yang dah berada di kampung, selamat menyambut hari lebaran bersama keluarga!
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Wednesday, September 24, 2008,9:05 PM
    Fairy Tale
    Masa memula sampai sini dulu, first time masuk ke Graphics Lab, Geoff suh pilih nak blaja main instrument ape. Dari dulu sebenarnya minat nak blaja main piano. Ingat lagi masa kat UPm bawak keybord ke Serdang. Hajat ati nak blaja main ngan hubby Hizma. Tapi hajat tak kesampaian. Tak sempat. tup tap dah fy.

    Geoff kate if nak blaja main piano, Nathan ade. Nathan is great pianist, and skang dah jadi Dr dalam department Computer Science ni. Dasat. Dari bidang music beralih ke CS. Same macam Janet, wife diye. Dari music gaks and skang jadi co-sv saye. Hmmm memang teringin sangat tapi segan nak mintak tolong Nathan. At last main gitar jek since sume labmates main gitar dengan bagus skali. Pastu terus beli gitar :D

    Tapi sume berubah lepas June datang. June main piano. Diye slalu ajak main ngan diye. Since kat lab memang ade piano, ape lagi. Join lah diye. Then Rob cakap since I'm very keen in learning, diye pun aja lah. So now I'm able to read notes and play. Even tak lancar sangat but kire bley lah. Tak cukup ngan tu, amik online lesson untuk fahamkan selok belok key, terms dan segala yang bersangkutan dengannya.

    Bley kate almost everyday prektis kat lab di kala tensen. La ni tengah cube sedaya upaya untuk main lagu Fairy Tales (dalam youtube bawah ni). Walau pun lagu tu untuk level tinggi, tapi x peduli. So far tangan kanan dah pass, tangan kiri jek masih slow sket. But practice makes perfect eh. I will... ni target.. untuk main Fairy Tale dengan sebaik mungkin..


    As I Would Have It
    Permalink | 4 comments
    Tuesday, September 23, 2008,10:09 PM
    Sakitnye Dicucuk...
    Isnin lepas.. bangun tido tiba-tiba rase cuak. Terasa ada lump. Ops! Macam tak percaye jek. Dah tak terkire rasenya bape kali dok check. Betul. Memang sah ade lump. Masa tu dah 3 hari batuk-batuk. Hmm tak peduli dah tentang batuk. Lantak le nak demam ke ape ke. Ade perkara yang lebih mengerikan berlaku.

    Hari tu jugak kol Student Health untuk wat appointment. Request for a lady doctor. Paling awal dapat was on Thursday. Xpelah. Talked to Yi Tian and Alexa. Masa tu agak yakin it was just a normal lump. But still anything can happen.

    Hari Khamis gi wat checking. Doktor cakap 99.9% diye yakin it's homeless. Dan kalau homeless tu boleh dibiarkan jek. Takyah buang. Tapi untuk 100% confirmation, diye suh gak gi wat test. Mane la tau kan. Since bley claim, so x kisah pun.

    Gi ke Southern Community Lab untuk wat appointment. Hari Selasa kul 9.30 am. Skali kat resit diye tulis 18-09-06. Perghh.. ape hal nak claim macam ni... pastu details saye pun salah. Minah Maori mane lak diye ambik. Tapi tu semua human mistakes yang bley di-undo semula.

    Hari Selasa pun tibe. Cuak? Very. Bukan takut nak dapat result, tapi mengenangkan akan dicucuk. Tak suke betul ngan jarum isk isk. It was very noble of Yi Tian to accompany me walau pun tak mintak. Moral support katenya. Cool.

    Masa wat test tu (biopsy), mak aihh.... sakitnye.......... Bukan sakit masa kena cucuk tu tapi sakit masa diye pump untul retrieve cell or fluid or whatever. 3 kali lak tu. Memang nak nangis dah. Nurse suh tengok gamba kucing kat depan tu. But still... adeh!

    Nasib baik ade Yi Tian. It was really good to have company. Sebabnye on the way balik tu, tangan kanan tak bley angkat. Agak numb. At least ade kawan, tak ler terasa sangat sakitnye. Borak-borak gelakkan diri sendri sedikit sebanyak helped to channel the pain away.

    Tadi doktor dari Student Health kol. As expected, memang xde pape. Nothing to be worried. Yay! Tapi experience di-biopsy tuh masih x bley lupe. Hmm...

    p/s: Heroes dah kuar. 2 episod trus untuk season premiere. Best!
    As I Would Have It
    Permalink | 7 comments
    Sunday, September 21, 2008,3:32 AM
    Hasil Biskut Raya...
    Akhirnya.... berjaya jugak menyiapkan biskut raya yang pertama di Dunedin nih. Bermula pada hari Sabtu. Kire macam warm up dulu lah dengan membuat ShortBread. Hmm jadi tapi kurang manis. Tak kisah la tu. Yang penting dah dapat feel buat biskut kat sini.

    Misi diteruskan pada hari ini, Ahad dengan membuat Tat Ros. Hmm... dalam pala nak guna bentuk ikan yang dah dibeli. Then pandai-pandai la buat lubang kat tengah-tengah untuk diisi dengan jem. Tapi.. alahai... nak buat lubang guna tangan.. macam buat labu dengan tanah liat la plak. Alexa cakap satu ikan je amik masa 5 minit untuk wat lubang so that it became perfect. Yi Tian geleng-geleng pala. Heran apesal lah saye ni sanggup menyusahkan diri sebegitu sekali hahaha

    Photobucket
    Err Azrul.. letak gamba ikan ni dulu eh.. gamba ikan dari trip ari tu x dapat-dapat lagi..
    isk isk..


    Anyway.. selepas beberapa ketul ikan dibuat, saye mula give up. Leceh satu hal. Secondly, ikan tu gabak-gabak. Rase rugi lak dapat sikit jek nanti. So mula la kepala ni dok pikir ape bentuk nak buat. Dapat idea wat bentuk kerang. (Acuan pastri bagi 4 then lapis-lapiskan. Kat tengah isi jem.) Dah buat rase macam tak best. Tibe-tibe secara spontan datang idea. Since buat Tat Ros, so might as well bentuknya dibunga-bungakan sedikit. Jadilah seperti yang di bawah hehehe


    Photobucket
    Yang kat depan skali bentuk kerang. Blakang bunga kunun ros :D


    Food tester saye semestinya Alexa dan Yi Tian hehehe. Diorang suke. Bley percaye sebab diorang asik makan jek ;) Then bagi Barbora lak rase. Diye rase macam Krismas lak sebab kat Czech diorang wat cookies isi ngan jem gak. Borbora pun suke sebab before kuar umah diye mintak lagi. Tak kire lah if depa nak jaga ati sekalipun. Yang penting biskut raya ku yang pertama di Dunedin dah jadi. Yay!

    Btw.. di bawah ni merupakan klip video raya Otago untuk tahun ni.. enjoy!!



    i) Imran nak paksa rela jugak saye masuk pertandingan kuih raye anjuran kelab. Boleh dengan syarat xnak anta 40 keping sebagai syarat masuk pertandingan. Mane cukup... nak distribute kat labmates sume lagi

    ii) Percaye atau tak.. tapi Geoff tak sihat ari ni. Secara rasminya miting esok xde :D

    iii) If ade kesempatan nak buat satu lagi biskut raye Sabtu depan ;)

    iv) New season untuk series dah stat last week.. so bermulalah kembali episod mendownload series feveret. Smallville season 8x01 dan Supernatural season 4x01 dah berjaya ditonton ngeh ngeh..
    As I Would Have It
    Permalink | 11 comments
    Monday, September 15, 2008,10:19 AM
    Persiapan Membuat Biskut Raya
    Masa kat Malaysia dulu, tiap kali menjelang raya, memang dah jadi rutin saya untuk membuat kek dan biskut raya nih. Biskut rasmi ialah Almond London, Cornflakes. Once in a while ade lah gak try Sarang Semut, Tat Ros, dan macam-macam lagi yang saya dah tak ingat namanya. Tahun lepas pernah mogok xnak buat sebab tak larat nak wat sensorang. Tapi mak pujuk bagi tau nanti dia tolong wat skali so wat jugak ler....

    Tahun ni tibe-tibe rase nak sangat buat biskut raya. Apa lah raya tanpa biskut yang pelbagai bentuk dan rase ni. Saya tak kisah sangat pasal kad raya sebab memang jenis tak anta kad raya pun tapi xde kuih raya.. hmmm.. macam tak lengkap la plak rasenya.

    Berbekalkan semangat yang berkobar-kobar, terus kol mak. Mintak carikan balik resipi Tat Ros. Almond London dah busan. Kalau ade lebih bajet boleh la wat Biskut Cornflakes skali. (ye.. bajet kali ni agak tight sebab nak setel accommodation untuk tahun depan + expenses ke Ozi yang masih lom setel semuanya)

    Resepi dah dapat so bermulalah episod mencari bahan-bahan. Satu pasal biskut raya Malaysia ni, kena ada acuannya. Based on sumber (Hani & Tasha), kat Arthur Barnett ada jual. Apa lagi, Ahad lepas dengan tak sabar-sabarnya pergi ke tempat yang dimaksudkan. Sekali tengok.. mak aih! Memang la ada tapi coraknya..... hmmmm... bentuk gingerbread man... bentuk ikan... bentuk binatang itu ini... besar gabak lak tuh. Adeh!

    At last amik je lah salah satu bentuk yang paling dirasakan possible untuk dibuat Tat Ros ni. (bentuk ape, rahsia.. sebab nak kekalkan element of surprise... nanti if tak jadi tak ler malu sangat haha). Ngan bentuk ni memang kena guna kreativiti sendiri nampaknya.

    So skang tinggal proses terakhir iaitu membuat biskutnya. Ikut plan, if xde aral, Ahad ni nak wat. Hmmm tengoklah nanti macam mana hasilnya eh.. Akan ku postkan gambarnya di sini.. tu pun kalau jadi la ye :D
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Wednesday, September 10, 2008,5:18 AM
    Jochen is Back! Yay!
    Seronok! Jochen dah balik dari jadi student volunteer SIGGRAPH '08 kat LA, dan gi berjalan-jalan kat USA pastu. Hmm ape yang best sangat pasal Jochen ni? Sebab otak diye ala-ala Nordin. Well, mungkin tak segenius Nordin (another unusual spesis) tapi still hebat.

    Jochen is the one I turned to setiap kali I was stuck with my programming or setiap kali tak reti nak solve mathematical problem. Bley kate diye sifu lah untuk saye yang kerdil ni. Diye buat Master je baru tapi programming gempak. Sangat-sangat helpful.

    Smalam first time jumpa Jochen setelah diye balik dari USA. Senin tak jumpa sebab saye tak gi lab. Selasa lak sebab diye wat oral surgery. Jumpa smalam borak-borak. Pastu diye tanya pasal keje saye so far. Ape lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Saye pun tunjuk ape yang dah dibuat and problem timbul kat mane.

    Diye bagi tau possibility why it happened that way. Walaupun diye tak gerenti it might solve the problem, but still, at least ade something to start with. Hmm yang tak bestnye, the solution itself is very complicated dan it won't get any easier afterwards. Huhu

    Tapi xpe, pelan-pelan kayuh. Geoff pun cakap take time untuk paham mende. He's not in rush. Insya-Allah akan diusahakan sebaik mungkin ;)

    p/s: Jumpa Geoff smalam. Diye berpuas ati ngan talk saye Friday lepas. Diye cakap I did well hihi mane taknye.. selepas 3 kali rehearsed depan Geoff plus dah jadi macam zombie sepanjang last week. Balik tarawikh jek gi lab balik sambung wat keje. So it was all paid off! Yay!
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Monday, September 8, 2008,10:32 AM
    Me & Being Unregistered Nurse
    Weekend ari tu berpoya-poya jek. Lepas presentation la katekan. Malas nak pk pasal keje. Penat seminggu tu x ilang lagi. Untuk melengkapkan kepoya-poyaan, malam tu tido lambat (kul 1am) sebab hook ngan Zuma hehehe susah giler nak lepas stage 12 ni.

    Ntah nape dekat kul 4 am terjaga ngan sendiri. Tak bley nak tido balik. Macam tau-tau jek saye dah jage, few minutes pastu dapat mesej dari MM, bagi tau diye sakit teruk. Mintak tolong saye antakan ke Student Health. Saye cakap dalam kul 9++ - 10 am sebab x konfiden diri sendiri bley bangun awal. Tido lambat sangat le katekan.

    Lepas tu terus tak bley tido. Sampai la sahur & Subuh. Cube-cube untuk tido pastu. Then MM text lagi. Mintak tolong antakan ubat batuk before gi Student Health nanti. Sakit sangat katenya. Ok lah. Ended up kul 7 am baru dapat tido. Tapi kul 7.30 am dah terjaga balik dapat text dari Imran lak. Mintak datang ASAP. MM kritikal katenye.

    Ntah macam mane saye tertido balik :D tapi skejap je la. 8.30 am dah bangun. Baru nak mandi skali dapat lagi text dari MM. Dah tak tahan sangat. Ape lagi. Rushing giler pagi tu. Mintak Yi Tian tolong idupkan kete while saye bersiap.

    Sampai-sampai jek tengok bukan sorang, rupenya kena bawak 3 orang gi Student Health. Faried (memang dah demam b4 tu) dan Amad (yang asal demam. Diye bawak virus la ni kui kui). Condition both of them xde la teruk sangat so cepat la jumpa doktor dan setel. Tapi MM memang teruk. Temperature naik & before dapat jumpa doktor, nurse suh diye baring dulu rehat. Kunun for half an hour tapi rasenye more than 2 hours.

    Anta Faried & Amad balik dulu. Pastu MM text bagi tau appointment ngan doktor kul 12.15. Hmm ade miting ngan sv kul 2. Campur tolak sempat nak gi tapi rushing giler sebab MM mintak tolong anta gi ofis tempat diye keje lagi untuk bagi kunci sebab diye tak larat nak keje. + saya pun dah pancit giler sebab x cukup tido. At last text Geoff bagi tau mintak postpone miting. Nasib baik Geoff ok.

    Dah setel sume, memang tak larat. MM dok umah Faried. Ngan rasminya umah tu jadi umah kuarantin. Saye memang tak larat dah so lepak kat situ jek sampai buke. Lagipun umah Faried depan masjid so senang la sket nak gi nanti. Akibat kepenatan yang teramat, baru rakaat pertama Tarawikh dah tersengguk-sengguk. Huhu x pernah lagi kat sini terlelap sesaat waktu solat.

    Skang ni agak risau. Smalam seharian terdedah ngan virus dan bakteria nih. Harap-harap tak berjangkit lah. Dah serik sakit more than a month dulu. Cukup-cukup la tu. Skang ni pun dalam stand by mode jek if ade sape-sape lagi yang sakit nak kena anta. Faizal dah rase-rase nak demam. Hopefully tak ler.

    p/s: Erk.. nasib baik tak pilih Doktor as kerjaya. Macam mane la diye orang bley on call jek slalu hmmm.....
    As I Would Have It
    Permalink | 14 comments
    Friday, September 5, 2008,5:13 AM
    Masuk SuratKhabar Lagi
    Ehem ehem.. hari ni merupakan hari yang agak menggembirakan. Tadi merupakan ari bagi postgraduates di Department of Computer Science mengadakan conference among kami. Saya tak terlepas dari kena bercakap kat depan orang-orang pandai nih huhu

    Preparation jangan nak cakap lah. Kena rehearse depan Geoff before present. First rehearsal on Monday... ade komen then edit.. Rabu rehearse lagi skali ngan Rob untuk Graphics Lab. Kena edit lagi. Khamis Geoff suh rehearse lagi. Adeh! Penat giler sih. Tak pernah dalam seminggu wat nothing except for presentation. Maghrib gi bukak pose kat masjid. Abis Tarawikh gi lab balik sambung wat keje. Dah jadi macam zombie. Sepanjang pose skali jek berjaya bangun sahur sebab penat sesangat. (penat sebab campur ngan flat hunting..jalan kaki beb!)

    Conference ari ni, saya merupakan last person to talk. Kul 4.30 pm tuh. But everything went so okay lah, or so I thought. Soklan-soklan yang ditanya, Alhamdulillah sume bley jawab. Lega giler rasenye.

    Selain daripada berjaya ngan talk petang tadi (berjaya as if lepas satu beban), dapat emel dari Kak Aina. BH review Mastika Aurora. One full page tu siap ngan gamba skali tapi gamba lama yang diambil a day before wat oral surgery. MM panggil saye "puan". Huh.. xpe.. ari ni epi so xde nak emo-emo takat gamba jek.. :P

    Anyway.. ni link ke artikel tersebut: Review Mastika Aurora di BH
    As I Would Have It
    Permalink | 14 comments