about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Thursday, February 28, 2008,3:13 PM
    Bid and Lost
    Dulu-dulu pernah terfikir untuk jual items kat eBay tapi takat register je lah. Tak buat pun. Tapi semalam, I moved a step ahead. Instead of selling, I tried to bid. Bid bukan sebarang bid.. tapi bid for Audi A4. Gile? Maybe, but I really loved it.

    Ni lah rupe keretanya. Dalam gambar nampak cantik, tapi tengok live lagi menawan. My eyes were fixated. My mind can't stop thinking about it.

    Photobucket Photobucket

    Tapi dah tertulis takde rezeki nak bawak Audi. I lost dekat auction smalam. The saddest part was, hanya ade 2 bidders, but hey, he set a higher price and I could never go beyond that. Takpelah. Sekurang-kurangnya dah rasa naik Audi masa test drive ari tu. On a bright side, bley kumpul duit lagi and bid for another similar or better car. No retreat no surrender!

    p/s: Yi Tian cakap nape tak tengok betul-betul bidder yang menang for that Audi, then gi scratch his car.. haha EVIL! But why didn't I ever think of that? :skull:
    As I Would Have It
    Permalink | 10 comments
    Wednesday, February 27, 2008,2:30 PM
    The Next American Idol - David Archuletta?
    Minggu ni dah masuk Top 20 nye performance. Seperti seasons Idol yang terdahulu, saye pasti ade early favorite -Taylor Hicks (s5), Melinda Doolittle (s6) - kali ni semestinya David Archuletta woo-hoo! Kenape David? Hmm ulang balik kate-kate Simon Cowell - "you're likable, good-looking with great voice and you got it when you got it." Err sebenarnye komen tu dah bercampur-baur.. bukan dalam satu statement yang sama lah.

    david archuletta

    When it comes to Idol, saye memang jenis x sabar. Setiap kali American Idol bermula, setiap minggu selepas performance, DialIdol akan menjadi teman setia. Ape mende DialIdol tu? Well, DialIdol digunakan untuk mengukur tahap ke-bz-an signal vote yang masuk untuk setiap contestant. It acts more like prediction, nak tengok kedudukan setiap contestant, with 60++% accuracy. Untuk s5 dan s6 ari tu, predictionnya memang agak tepat. Tapi untuk s5 tak yah tengok pun xpe sebab dah tau since dari awal.. title Idol tu konpem jadi milik Taylor Hicks :D

    Dan untuk season kali ni, untuk 2 minggu berturut-turut David topped the spot. Minggu lepas jurang agak rapat with the other 2 contestants, but untuk last nite nye performance.. again bak kate Simon - he's miles away.... percentages busy signal diye sangat jauh meninggalkan contestants yang lain hehehe..

    Anyway... Idol is still a loooong way to go.. so anything can happen. Macam yang jadi kat Melinda.. sedari awal asik kat top place.. towards the end, Jordin yang dapat. Huh! Ok ok.. habis David.. back to PhD & novel writing! Nanti kang Nabil ulang balik kata-kata - "Diye dah mula la tu" - huhu.....

    Ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 13 comments
    Monday, February 25, 2008,2:02 AM
    Geoff, Janet, Me and The Witch
    Sepanjang minggu lepas blur jek. Takde idea nak wat research ni. Proposal asal dulu kunun nak buat volleyball simulation untuk handicapped; wheelchair people to be specific. Tiap-tiap kali baca artikel dan meeting ngan Geoff, ade jek yang berubah. Sampai naik penin pala dok fikir. Geoff ni kreatif dan innovatif sangat. Diye antara orang-orang awal yang tulis pasal computer games ni so tak bley nak kelentong la. Sejarah mak bapak games sume diye tau. Last week, Geoff suh fikir something yang novel if nak wat game. Diye xmoh game yang sama jek macam yang wujud kat pasaran. Dan diye cakap ape yang saye nak buat tu mesti something yang fun for myself sebab saye akan buat mende ni untuk 3 tahun.

    So bermulalah episod menyerabutkan kepala otak cube memikirkan apa yang boleh dibuat. Naik tensen dibuatnya. Mulalah datang idea giler nak bawak diri ke Queenstown. Kot-kot boleh dapat idea. Belum sempat sampai Queenstown tibe-tibe terfikir... apa kate saye jadikan 'witch' sebagai theme? Sebab selalu berangan dapat jadi witchkan... Must be fun :D

    Dengan selambanya, pagi tadi tulis report untuk dihantar ke Geoff dan Janet pasal theme tu. Cume conceptnye lom ade lah. Saye just bagi tau, saye xkan buat game bunuh demon and save the world. Cliche. Maybe wat strategy game purposely untuk bantu budak-budak dyslexia.

    So kul 3 tadi meeting ngan Geoff. Janet ade kelas so diye datang lambat sket. Soklan pertama Geoff.. What is a witch? Err.. human.. with a superpower :D Geoff gelak. Diye x kisah, cume yang diye concern ialah word witch tu akan menimbulkan isu. So Geoff pun ceritelah sejarah sume.. huhu.. Diye kate kalau gune magician mungkin lagi boleh diterima pakai.

    Dekat kul 4 Janet lak datang. Geoff tanya pendapat Janet. Hmm Janet suke idea saye nak develop game untuk kanak-kanak ni, yang boleh bantu diorang dalam pembelajaran. So Janet mintak saye fikir balik, if saye boleh tuka sket, instead of buat untuk kanak-kanak dyslexia, just fokuskan kepada kanak-kanak biasa. Alasan - lagi senang nak dapat kerjasama dari guru-guru sekolah. Style kat sini, diorang sangat hepi if ade eksperimen-eksperimen untuk kanak-kanak ni. Bley la depa lepak sket. Lagipun Janet kate dah jimat masa xyah nak susah dapatkan expertise untuk fahamkan mengenai dyslexia. Ooo saye lagi prefer macam tu. Selama ni dok fikir game untuk disabilities ni sebab ikut proposal awal, and ingatkan Geoff suh fokus kat situ jugak. Since both of them agreed, hehehehe xdelah susah-susah nak belaja psikologi ni.

    Basically Geoff kate bley proceed with game yang melibatkan fantasy world ni. Cume ape rules yang diapply di dalam fantasy world tu, must be consistent lah. Kire kena ade logik la jugak. Then Janet cakap mane tau bley dapat ilham dari komik-komik or kartun. Errrr... dari novel sendrik bley tak? Ahaks...

    Yang paling best, Geoff kate even though idea saye masih broad, but he thinks I'm in the right direction. Woo-hoo! You both rocks! Selepas ni, meeting ngan Geoff n Janet bukan lagi hari Isnin, but Khamis kul 10am. Fuh, lega. Tak ler isau sangat nak berpoya-poya hari Ahad, dan x perlu malam tu kelam-kabut wat report. Hehehe tibe-tibe semangat balik nak wat PhD ni :D

    Anyway, hari ni birthday Awish.... my first sweet nephew. Hari lahir yang ke-10. Err dah besar ye Awish. Nantilah bebile maksu beli hadiah dari New Zealand ye.......
    As I Would Have It
    Permalink | 19 comments
    Wednesday, February 20, 2008,9:49 AM
    Kedai Ikan Puyu
    X tau kenape, tapi malam tadi tibe-tibe teringat dengan kedai makan yang menu utamanya ialah ikan puyu. Sebuah kedai yang terdapat di Perlis. Kalau tak silap ia terletak di antara perjalanan dari Kangar ke Wang Kelian. Itulah rasenya kedai masakan kampung yang saye rase paling sedap sekali.

    Kedainye kecil saje. Rumah kampung yang dijadikan kedai. Sebenarnye xtau nama sebenar kedai tu ape. Kami suke-suke hati je gelar sebagai kedai ikan puyu. Kat sebelah kedai tu terdapat laundry. Masakannye? Sangat menyelerakan. Asam pedas masak ikan puyu, ikan puyu panggang, ulam-ulaman yang saye tak pernah tau kewujudan selama ni, rebung rebus air + sayuran, dan pelbagai. Air yang paling top ialah air asam boi.

    Alkisahnya, kami terjumpa kedai tu secara tak sengaja. Waktu tu ade game badan berkanun di Perlis pada tahun 2006. Selepas game, kami melilau cari kedai makan. Sekali ternampak kedai ikan puyu ni. Perut dah lapa, kedai tu plak x ramai orang. Jadi kami pun singgah. Bila dah makan tu, terus jatuh cinta. Memang lepas tu kami dok ulang gi situ je lah.

    Tahun lepas pun sama jugak. Untuk Sukan Staf antara IPTA, UNIMAP jadi hos. So before game bermula, kami dah plan awal-awal nak makan kat kedai ikan puyu. Ade satu hari tu, Abg. Zainey, manager team bola, potong line kami bawak budak-budak bola makan kat situ. Argh! Bengang jek sume orang. Perut lapa, lauk dan nasik plak dah abis. Coach terus bagi tau kat tuan punye kedai, esoknye kami nak datang lagi so simpan untuk kite orang. Jangan bagi kat orang lain. Hehe sampai macam tu skali penangan kedai ikan puyu ni.

    Ramai yang baru datang ke Perlis, mesti akan pergi ke Restoran Pokok Sawa. Aler, yang dapat plaque Jalan-jalan Cari Makan tu. Sorry to saylah, kami memang pangkah tempat tu. Masakan oklah, sedap jugak tapi still kedai ikan puyu tu lgi best. Mahalnye pulak, tak hengat betul. Mentang-mentang la kedai glemer, sume team yang datang dok pakat gi situ jek, depa suke-suke letak harga. Saye dua hari amik lauk yang sama. Ikan keli goreng + kuah pajeri + sayur. Yang first kena RM4, esoknye kena RM4++. Tak standardize langsung. Makan kat 'Padang' Serdang tu, amik ikan cencaru bakar + air asam + sayur pun baru RM3. Balik makan dari situ memang wat dosa jek dok mengata.

    Hmm.. xtau lagi bile ade kesempatan nak makan kat kedai ikan puyu tu lagi. Tahun ni team voli pompuan akan bermain di UNIMAS. Makan laksa Sarawak la korang sume eh. Terkilan pun ade gaks x dapat nak join tahun ni. 3 tahun dah spent time ngan diorang. Macam-macam mende kami dah buat bersama. Banyak yang best lah. Argh... tensen tensen.. tak moh ingat dah! Ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 12 comments
    Monday, February 18, 2008,1:49 AM
    Umi..
    Umi... kakak mak yang paling sulung. Orangnya sangat lemah-lembut, tidak pernah meninggi suara, apatah lagi hendak marah. Incik kata... arwah atuk menunggu sehingga 10 tahun sebelum Umi dilahirkan. Sebab itu Umi ditatang bagai minyak yang penuh. Tidak dibenarkan buat kerja.

    Arwah atuk dan opah meninggal waktu mak masih kecil. Umi yang jaga mak dan adik-adik yang lain. Oh yea, mak anak ke-8. Bayangkan Umi terpaksa menjaga adik-beradik bersama dengan anak-anaknya sendiri. Mak membesar bersama anak-anak saudaranya yang hampir sebaya.

    Selain dari arwah Mamak, Umi yang tahu sejarah atuk. Asal-usul atuk. Kami hanya tahu arwah atuk sekeluarga berhijrah dari Medan ke sini sewaktu perang. Pernah juga saya bersama sepupu cuba mengorek rahsia daripada arwah Mamak, tapi tak dapat. Arwah Mamak dah berjanji untuk tidak sekali-kali menceritakan sejarah keluarga kepada anak cucunya.

    Waktu Kak Ida kahwin, saya buat souvenir berbentuk kasut yang baru dibelajar daripada mak untuk diberikan pada kawan-kawan MMU yang datang. Kasut-kasut itu saya letakkan di dalam bilik. Sampai waktu hendak diberikan pada kawan-kawan, tiba-tiba beberapa biji kasut tu hilang. Saya mengamuk sakan pada hari tu. Esoknya Incik telefon. Rupanya Umi yang ambil kasut-kasut tu untuk diberikan pada anak-anak arwah Paksu kerana Umi ingat ia merupakan hadiah kepada tetamu. Nasib baik Incik tolong. Incik minta balik kasut-kasut tu dan gantikan dengan bunga telur. Kasihan Umi takut...

    Umi pandai masak paprik dan Umi turunkan resipinya pada saya. Pernah ada satu kenduri dulu, Umi masakkan paprik khas untuk saya sebab saya teringin sangat nak makan paprik Umi. Umi juga pandai menjahit. Seragam silat saya yang pertama, Umi yang jahitkan.

    Baru-baru ni, Umi kecil hati dengan abah. Umi telefon mak. Abah yang jawab. Umi ingat abah tak bagi Umi cakap dengan mak sebab abah letak telefon. Jenuh Umi fikir apa salah dia sampai abah buat macam tu sekali. Rupanya apa yang Umi tak tahu ialah telefon rumah rosak. Abah panggil mak, tapi bila mak jawab tak dengar apa-apa pun. Dah beberapa hari baru Umi tahu perkara sebenar. Petang tu juga Umi datang rumah jumpa mak. Mak tunjuk telefon baru pada Umi sebagai bukti.

    Sebelum saya fly ke New Zealand, Umi datang melawat pada lewat petang. Patutnya saya yang pergi beraya ke rumah Umi, tapi sebab ramai sangat saudara-mara yang datang, kami tak dapat keluar rumah. Umi gagahkan diri datang walau pun Umi dah tak berapa larat. Umi takut nanti tak sempat jumpa. Umi hulur RM10 buat sedekah.

    Apa yang Umi takutkan akhirnya jadi kenyataan. 2 hari lepas, Kak Na dan juga Abg Peli text. Umi telah pulang menemui Penciptanya kerana serangan jantung. Umi meninggal di dalam perjalanan ke hospital. Nasib baik Iwan, cucu Umi ada bersama waktu tu, jadi Umi tak meninggal keseorangan.

    3 hari yang lepas juga, saya masak paprik ikut resipi Umi. Ada lebih yang saya simpan, dan saya makan pagi-pagi tadi. Teringat pada Umi. Paprik Umi merupakan legacy yang boleh membuatkan saya ingat pada Umi selalu. Semoga roh Umi ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...
    As I Would Have It
    Permalink | 7 comments
    Saturday, February 16, 2008,10:26 PM
    Tag lagi.. oleh Mat Nabil
    I

    This linky love trail rules:-
    When you got tagged, you have to add your name to people who had done the tag and and let the list grow!

    Those Who Dunnit
    Limadang.com - RamblingMoo.com - blogginginmypyjamas - StylewithPassion - Chinneeq - Dora-zooropazoo - Babyshern - Farah (me) - Bani gundu - Frankensteina - Diyanazman - Najmy - hana ni mo nai - LindoshSlebet - cepoter - hUmmY - dayana - ELLE LIZA - Scarlet Kiss - Nabil - dLyn


    II

    First Name - nurazlin
    Nickname - ekor kuda (masa skolah rendah sebab diorg kata saye nye tocang macam ekor kuda)
    - minah blackened (sebab asik pakai kaler itam jek)
    - kasut gombak (sebab suke pakai kasut boot and tapak besar-besar)
    Name you wish you had - xde nama idaman pun
    What do people normally mistake your name as - de-lin
    Birthday - 10 May
    Birthplace - Taiping
    Time of Birth - waktu Maghrib sebab tu perangai terover sket kot hahaha
    Single or taken - No komen :P
    Zodiac sign - Taurus

    Your Appearance

    How tall are you - 157cm
    Wish you were taller - Yup.. sebab berangan nak jadi model dulu-dulu hahah
    Eye color - Itam kot
    Eye color you want - x minat la mata kaler-kaler ni
    Natural Hair color - Pass
    Current Hair color - Pass
    Short or long hair - Pass
    Ever dye your hair a bizarre color - pernah inai rambut
    Curly,Straight,Wavy - Pass
    Last time you did something dramatic with your hair - potong rambut boy cut tapi....
    Glasses or contacts - Lenses la.. pakai glasses nampak matured sangat huhu
    Do you wear make-up - Occasionally
    Ever had hair extensions - Tak kose eh
    Paint your nails - tak pernah tapi pernah kilatkan gune colgate.. berkilau beb!

    In the opposite gender (Ni sume tiru bulat-bulat jawapan Mat Nabil :P)

    What color eyes - ok je apa-apa kaler asalkan jangan putih semua
    What color hair - tak kisah gak
    Shy or Outgoing - Kombinasi
    Looks or personality - Kombinasi gak
    Sexy or Cute - Kombinasi lagi
    Serious or Fun - Kombinasi
    Older or Younger than you - Tak kisah
    A turn on - All of the above
    A turn off - None of the above

    This or that

    Flowers or Chocolate - Bunga macam jiwang.. cekelat gemuk.. volleyball paling best!
    Pepsi or Coke - Kencing manis daaa.. air kosong je sudah
    Rap or Rock - Dua-dua layan
    Relationship or One night stand - Relationship
    School or Work - School
    Love or Money - Both complement each other
    Movies or Music - TV series!
    Country or City - Country
    Sunny or Rainy days - Rainy kat sini? Mengigil la jawabnye
    Friends or Family - Dua-dua kena ade

    Have you ever

    Lied - Pernah
    Stole something - Curi-curi tengok orang ensem :D
    Smoked - Tak..
    Hurt someone close to you - yup.. unintentionally
    Broke someones heart - Slalu
    Had you heart broken - Pernah la..siapa yang tak pernah? (jawapan Mat Nabil lagi)
    Wondered what was wrong with you - xyah wonder.. memang sedar diri pun
    Wish you were a prince/princess - tak.. slalu wish untuk jadi assassin...
    Liked someone who was taken - err Tom Welling dah kawen huhu
    Shaved your head - Tu Britney Spears bley la
    Been in love - Pass
    Used chopsticks - Kadang-kadang
    Sang in the mirror to yourself - Sangat jarang tapi memang slalu melalak lah

    Favorites

    Flower - Bukan minah bunga tapi slalu beli orkid untuk mak
    Candy - sour plum???
    Song - Relaku Pujuk!!
    Scent - Tak pakai perfume
    Color - Merah-Hitam
    Movie - LOTR & Star Wars
    Singer - Semua layan kecuali Siti. ^_^ (tiru Nabil lagi hahahah)
    Word - Bongek! haha
    Junk food - potato chips
    Website - blog je ade
    Lotion - Nivea
    Animal - Tak minat

    Ever cried over someone - Pernah
    Is there anything you wish you could change about yourself - Jadi witch???
    Do you think you're attractive - Tak ksiah pun.. malas nak pk.. yang penting epi
    If you had to choose a fairytale as your life what would you choose - Wicked Witch
    Do you play any sports - Volleyball of course!

    III

    The rules:-
    Link to your tagger and post these rules.- List (8) random facts about yourself and tag (8) people.


    1. Obsess dengan volleyball
    2. Tak sangka ada bakat memasak. Ingat terer wat kek jek
    3. Over gediks hahahahahaha
    4. Moody tu biasalah.. Mat Nabil je paham kan kan..
    5. Suke imagine ade super power yang ngarut-ngarut
    6. Always young at heart sehingga diclaim tak ingat ke umur tu dah bape hihi
    7. Tiga suku
    8. Selalu berangan.. sebab tu bley buat buku...

    8 people I'm tagging:

    1. Aspalela aka asparagus.. azfar ler..
    2. Opah De... :P
    3. Aimi.. kang sian dok wat soklan sendrik lagi hehehe
    4. Kak dewi..

    cukup le tu.. 4x2 = 8!


    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments
    Tuesday, February 12, 2008,7:54 PM
    Tunnel Beach
    Last weekend, Sabtu and Ahad, gi tengok game voli. Best! Dah lama tak tengok game betul-betul macam tu. As usual si Munir gediks tu jugak le yang kena seret hahahaha Toroa International House lak officially dibukak on Sabtu. So tengah hari tu ade BBQ. Then hari Ahad lak gi Tunnel Beach.

    Tapi yang tak bestnye masa gi Tunnel Beach, ujan. Air laut lak pasang so dapat tengok laut je lah. But still best sebab laut-laut Pasifik ni ganas-ganas, x malu-malu macam laut kat Mesia. Cantek memang cantek. Bile nak balik tu.. alahai.. tingginye kena daki. Gi tramping ari tu pun x semput macam ni.

    Photobucket

    Photobucket

    Photobucket

    Nak dijadikan cite, pagi Ahad tu gi tengok game voli dulu. Then rushing balik waktu Vikings tengah lawan.. (Arghh tensen tensen... Vikings main mantap). Sampai umah x sempat nak makan, trus gi ke Tunnel Beach. Jalan plak mak aihh.. bengkang bengkok. Saye ni dah le jenis penin ngan jalan macam tu. So dengan perut lapa + winding road = sakit pala + gastrik. Ingatkan by Monday dah ok. Tapi ni dah sampai Rabu, still perut sebu. Masuk makan jek perut reject. Adus!! Nak makan pe macam ni? :((

    Haaa selepas text Munir dipublickan.. flatmate diye yang slalu jugak mengenakan saye dah mula cuak. Takut nama diye naik dalam blog ni hahaha siap anta text mintak maap tu if tersakitkan ati. Tau takut kome ye... Jangan isau.. walau ape pun yang berlaku.. Munir gediks akan tetap dijadikan scape goat. Korang dera la akak macam mane pun.. Munir yang kena time balasannye hahahahah bagus tak?
    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments
    Friday, February 8, 2008,3:44 AM
    Adus.. Panas Sih!
    "Erm saya rasa... akak lagi sweet pakai baju macam selalu daripada merah tu. Tak cukup longgar saya rasa."

    ---------------------------------------------------------------------------------------
    Petikan dari text Munir
    ----------------------------------------------------------------------------------------

    Errk... adus... bisa sungguh ayat-ayat tu. Terkejut? Tak jugak. Tapi bley agak mesti diye nak komen pasal baju yang saye pakai tadi. Baju merah mane? Aler.. ade gamba kat entry surfing tu.. err tak cukup longgar eh baju tu hahahhaaha

    Hmm teringat lagi Nabil pernah tegur mende yang sama. Baju yang saye pakai masa INTEC 04 kurang sesuai katanye. Tapi baju tu mak yang suh pakai :D Abang Man bekas landlord pun selalu gak perli.. baju-baju ku stylo habis.. Dan saye ni plak jenis lantaklah kome nak cakap pe..

    Kenyataannya, baju yang saye bawak hampir keseluruhan style yang sama macam baju merah tu.. cume x sempat pakai je lagi sebab masih kat dalam kotak. Ikut hati batu ni memang tak kisah... tapi kadang-kadang timbul gak kesedaran bile orang tegur macam tu..

    Ye la.. macam dulu lepas kena tegur ngan Nabil, terus hantar baju tu balik kampung. Mak punye la tak puas ati. Kunun nye terima la teguran, tapi lepas tu, wat balik hehehehe Pakai baju ketat-ketat kunun kurus la tu. Sabo jek la.

    Bagus jugak ade adik-adik yang nak tegur ape yang tak patut. Tapi kalau akak ni tak terdengar teguran tu, jangan serik eh nak tegur lagi. Hati batu, amik masa nak lembut :D
    As I Would Have It
    Permalink | 19 comments
    Thursday, February 7, 2008,1:57 AM
    Partial Solar Eclipse
    Ni satu lagi hasil kerja kegeniusan Geoff, my sv. Dengan teleskop buatan sendiri yang dikatekan salah satu dari toy diye, kami dapat melihat gerhana separa matahari. Brilliant! Tapi gamba yang diambil ni nyaris-nyaris ilang gara-gara memory yang dah full. Terkejut kejap masa nak tunjuk kat Munir gamba eclipse (diye punye la beriye-iye kunun nak tengok.. tapi tido la plak.. poyo tul!)

    Dan pasal gamba yang kunun ilang ni jugak ler Munir jadi tensen ngan akak dLyn yang giler ni hahaha baru diye tau bukan sume novelis waras tingkah lakunya. Anyway, berkat kegeniusan ku gambar ni berjaya jugak didownload ke notebook. Woo-hoo!


    Photobucket Photobucket Photobucket

    Photobucket Photobucket Photobucket

    Photobucket Photobucket Photobucket

    Tengok lah gamba 'toy' Geoff ni. Dan Geoff nye gamba yang pakai topi tu. Sempoi giler kan? Macam tu la pakaian diye datang lab ari-ari. Or gi kelas. Jangan harap diye nak pakai smart-smart haha


    Photobucket

    Oh yea.. budak-budak kat sini ade yang terer wat roti canai. Walaupun tak sehebat anney kat Maulana tu tebar roti canai, tapi rasa memang ummph! Two thumbs up! Pasni xde la kempunan nak makan roti canai dah hehe

    Photobucket
    Munir tengah tunjuk bakat kat umah kak Lily. Nampak macam macho kan? Tapi gediks! hahahaha jangan mare ye dik ^_^
    As I Would Have It
    Permalink | 11 comments
    Tuesday, February 5, 2008,6:04 PM
    Yay! I'm Surfing!!
    Hari ni cuti, Waitangi Day. Percaye atau tak.... finally saye pergi belajar surfing dengan Yi Tian, Ofeira dan juga Kay. It was so awesome! Tak dapat nak gambarkan perasaan, bawak board.. tunggu ombak datang and woosh... dihanyutkan oleh ombak besar Lautan Pasifik.

    Lesson selama satu setengah jam sahaja tapi cukup puas hati. Mula-mula kami belaja simulate macam mane nak paddle, then jump ke atas board. Nasib baik biasa buat push up dulu masa masuk silat, so xde lah problem sangat masa nak lonjakkan badan berdiri atas board.

    Challenge wujud masa nak surf lah. Waktu ombak dah tolak board kite, kena paddle sekuat hati, dan cube berdiri atas board. Cis.. asik tertelan air laut jek sebab asik jatuh. But somehow managed to berdiri atas board dengan jayanya sebanyak 2 kali. Yay!

    Bondaku ni kalau baca entry kali ni sah-sah geleng-geleng pala jek. Hehehe sori lah mak.. anak pompuan mak ni memang macam ni... suke wat mende ngarut-ngarut :D

    Anyway... err... saye dah tembam ke? Cube compare gambar di bawah....


    Photobucket
    Awal December 2006

    Photobucket
    New Year's Eve 2007

    Aler... standard aa tembam sket.... dah setahun pun...... xpe..xpe.. pasni main banyak-banyak... kasi maintain badan hahah
    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments
    Sunday, February 3, 2008,8:48 PM
    Salam Takziah...
    Terkejut bile masuk ke laman web KD tengah hari tadi apabila terbaca berita mengenai pemergian penulis, Panaharjuna. Secara peribadi saya tak begitu mengenali allahyarham, tapi pernah sekali bertemu sewaktu menghadiri bengkel penulisan KD. Itu pun setelah dikenalkan oleh Nabil. First impression, seorang yang sangat down to earth dan tidak lokek memberikan galakan pada penulis yang baru. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...
    As I Would Have It
    Permalink | 1 comments