about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Monday, November 26, 2007,11:06 PM
    Cara Memasak Dunedin
    Senangnya hidup kat sini kalau tak masak lauk yang komplikated. Cukup dengan oven dan microwave. Beli aje fish burger, fish finger, wedges. Tak payah susah-susah goreng. Masuk jek dalam oven.

    Nak masak maggie pun tak guna dapur. Masuk dalam microwave dan panaskan. Dah siap maggie. Buat air tak payah masak air panas. Masuk dalam microwave. Kentang, sayur campur.. tak payah steam. Masuk dalam microwave gaks.

    Hai. Senangkan? Tu yang wat tambah malas nak masak. Beli barang makan yang boleh masuk either oven or microwave. TAPI...........$$$ melayang banyak lah sebab most barang-barang tu mahal huhu

    p/s: kempunan nak makan aiskrim tip-top. Sampai la ni tak terbeli-beli lagi.
    As I Would Have It
    Permalink | 12 comments
    Saturday, November 24, 2007,7:33 PM
    SITE '07
    Khamis baru ni kami satu lab (together ngan sv) gi ke School of Arts untuk tengok projek students kat situ yang dipamerkan. Untuk yang buta seni macam saya ni memang tak paham mende lah. Cume ade satu section photography, yang dikenali sebagai Narrative Photography- betul-betul menarik minat saye. Gamba kat situ simple, but the story behinds it yang menarik. Untuk setiap gambar, ade cerita yang hendak disampaikan. Hmm mungkin satu hari saya boleh buat cara yang sama..

    Ops.. terlupe nak bagi tau. Sebenarnye setiap hari Jumaat merupakan hari untuk kami bersosial, berkumpul sambil buat aktiviti. Itulah masa untuk main pool, juggle bola, or even buat kuiz ngarut-ngarut. And minggu ni punye aktiviti ialah pergi ke SITE '07 tu lah.

    Petang tu labmates ajak gi makan kat Turkish Kebab. Diorang cakap ade vege dish kat situ. Sampai sana rupanye kedai Muslim. Apa lagi, terus order lamb kebab. Woo-hoo! Nikmatnya dapat makan daging Tuhan saje yang tau. labmates gelak jek hihi..

    Esoknye gi dinner ngan diorang kat Meridian. Well, Meridian ni shopping kompleks yang paling top kat Dunedin, tapi tarafnya sama macam Maju Junction kot kat Mesia. Rasenye hebat Sogo lagi kot. Jangan harap la nak jumpa KLCC kat sini haha.. Kat Food Court Meridian ade 2 kedai halal. Spice Traders and LemonGrass. Tak pernah lagi cube kat LemonGrass tapi Spice Traders dah 3 kali. Ala-ala restoran mamak la. Tapi sedap beb. Kebetulan Spice Traders jugak tempat favorite labmates.

    Ari Sabtu gi jenjalan shopping kat New World. Beli barang untuk keperluan. On the way, singgah kat French Bakeries sebab ade jual product halal kat situ. Beli Chicken Roll dan Chicken Pie. Kalau ikut perbelanjaan untuk makan.. memang susah aa nak jimat. Tapi daripada makan sayur, fish finger/burger jek tiap-tiap ari.. bosan gak. Tak apa.. duit bley dicari. yang penting perut kenyang!

    Lagi satu sebelum terlupa. KarnaDya akan berada di Dataran Merdeka ujung bulan ni. So nilah masa terbaik untuk dapatkan kesemua buku-buku yang dijual oleh KD. Nak tunggu pesta buku lambat lagi. Ramai-ramai turun bagi sokongan ok!


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    p/s: Adik... bagi tau mak pasal event kat Dataran Merdeka ni, mintak sampaikan ke Wancu..

    As I Would Have It
    Permalink | 1 comments
    Tuesday, November 20, 2007,12:38 PM
    Mount Cargill
    Semalam, Marinus, an intern dari Holland, ajak gi naik Mount Cargill. Since diye ade lebih kurang sebulan jek lagi before balik, so diye nak berjalan-jalan ler. So apa lagi, orang dah ajak, ikut je lah hehe Kami berempat (Marinus, Ignas, Mike and me) pun naik lah. Mount Cargill ni tempat letaknya pencawang untuk telefon, weather satellite dan tak tau ape lagi kegunaannya. Mungkin jugak Mount Cargill ni puncak paling tinggi kat Dunedin. Dari atas ni kami dapat lihat Dunedin City, dapat tengok Otago Peninsula. Cantik!


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Ops.. tengok baju.. KarnaDya di mana jua hehe


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Diorang ni memang giler-giler lah. Ade banyak batu-batu besar tu, diorang gi climb bare-handed. Kalau jatuh huhu kem salam je la ye..


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


    On the way turun tu plak, selamba jek turun dengan free gear. Siap wat eksperimen lagi. Bile momentum turun dah laju, and then jalan naik bukit lagi, sempat tak kereta naik jalan berbukit tu tanpa perlu masuk gear, hanya mengharapkan pada momentum yang sebelum tu jek? Well, boleh sebenarnye, dengan syarat bukit tu tak terlalu tinggi hehe Sepanjang turun tu memang free gear je lah.

    Diorang plan nak gi tengok Baldwin Street lak, the steepest road in the world. Saye dah gi since jalan tu dekat umah Kak Lily jek. Cume tak sempat mendaki jek. But then since diorang sume dah kelaparan, maka hajat tu terpaksa lah ditangguhkan dulu. Gi Velvet Burger untuk beli dinner. As usual, saye beli fries je lah huhu

    Anyway, memang rase lucky sangat sebab dapat masuk lab ngan orang-orang yang macam ni. Bukan kaki stadi jek 24 jam. Bosan-bosan gi jenjalan or main. Takdelah sakit jiwa sangat tensen stadi nanti. Tapi bahaya gaks. Nanti terlebih enjoy, stadi ke mane hmmm tapi tu sendiri-sendiri kena paham la ye ;)

    Ok, ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Sunday, November 18, 2007,1:46 AM
    The Catlins
    Finally, trip saya yang pertama sejak berada di New Zealand. Ikut adik-adik undergrads pergi The Catlins, yang terletak di bahagian selatan sekali di South Island ni. Cantik dan best. Berkumpul dalam jam 9 pagi, dan mula bertolak.

    Persinggahan pertama islah di Lake Waihola. Saje menjamu pemandangan kat situ. Tempat untuk berpiknik juga.

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Kemudian singgah pula di Nugget Point. Tengok keindahan kat situ. Sekali lagi memang terpegun tengok ciptaan Allah ni.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Destinasi seterusnya ialah di Purakaunui Falls. Di sini kami berhenti makan tengah hari.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Akhirnya kami tiba di backpackers untuk bermalam. Tak ingatlah pulak nama tempat tu. Tapi ok lah tempat tu. Teringat gi camping zaman duu-dulu. Tapi tak ada gamba kat sini. Cuma dapat amik pemandangan kawasan backpackers tu jek. Waktu ni air tengah surut.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Esoknya dalam pukul 10 am kami bertolak ke Te Taunga Adventure untuk horse riding. Yay! That's the best part. Tak percaya akhirnya berjaya jugak menunggang kuda setelah dulu tengok jek Sue N ngan Zura naik kuda kat Tasik Titiwangsa. Heheh nothing compare to the one yang kami naim kat sini. Ride untuk sejam. Naik sampai ke puncak bukit. Dari situ dapat tengok laut dan tasik Catlins. Rugi tak bawak kamera naik ke atas tu huhu


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Finally kami pergi ke Cathedral Cave. Ni gua yang di penuhi oleh air laut sewaktu air pasang. So waktu air surut je lah boleh masuk ke dalam. Air laut kat sini, sejuk nyeeeee. Best!


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Well, more photos can be found @ my fotopages. Ade link kat column sebelah kiri tu :) Overall, best!!!!
    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments
    Thursday, November 15, 2007,4:05 AM
    Author Spotlight

    Hmmm tak ada ape pun nak cerite kat entry kali ni. Saje jek nak riak lagi heheheh sambil nak buat Alpyan dengki :D Apa lagi Pyan............... asik tangkap udang jek... sekali-sekala xmoh ke rasa nak masuk paper/magazine.. rupe dah macam Mawi.. skejap jek bley popular tu heheh

    Kesimpulannya, cepat-cepatlah menulis cerite batu kerikil, batu bata dan seangkatan dengannya.. chaiyok!

    p/s: esok start masuk ke Toroa International House. Yay! Bley panggang segala jenis potatoes and fish fingers/burgers/ etc yang dah dibeli yea yea..

    As I Would Have It
    Permalink | 11 comments
    Tuesday, November 13, 2007,6:26 PM
    A Tale To Share
    My family poskan artikel saye dengan Utusan Malaysia yang disiarkan pada 20 Oktober yang lalu. Thanks! Ok lah. Baca punya baca sampailah pada satu ayat ni :

    ---------------------------------------------------------------
    "Semasa kecil saya sering berangan untuk menjadi puteri raja, diselamatkan oleh hero pujaan dan menjadi watak super hero."
    ----------------------------------------------------------------

    Err.... memang lah selalu berangan.. even sampai sekarang pun ekekeke tapi tak pernah lak berangan jadi Puteri Raja dan diselamatkan oleh hero pujaan. Dalam dunia imaginasi saye, hero tu adalah saye and I'm out to save the world :D Seperti yang pernah diceritakan pada entry yang awal-awal dulu, watak Mira tu terhasil daripada angan-angan saye. So Mira is my fantasy ;)

    Dan untuk novel-novel remaja dewasa saye pun (ceh.. macam banyak hehehe termasuk yang sedang dalam penulisan), saye lebih banyak mengangkat wanita menjadi watak utama. Bukan watak lelaki tak penting, tapi kerapkali saye melihat cerite-cerite di Malaysia -cerite.. bukan novel- wanita hanya menjadi watak sampingan kepada lelaki yang semestinya menjadi hero. Mungkin sebab kebanyakan cerite di sini berbentuk cinta.

    So saye cube membuat cerite the other way round. Wanita yang menyelamatkan dunia. Wanita jugalah yang menjadi crook. Sebab itu saye sangat sukekan Charmed kerana wanita-wanitanya hero yang menyelamatkan dunia, juga very powerful. After all, itu merupakan dunia imaginasi saye kan? Girls power! Woo-hoo!


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Hehehe gambar tangkap guna camera fon jek sebab takde scanner.
    Hmm ade kat lab tapi malas lah nak guna untuk mende-mende camni
    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments
    Sunday, November 11, 2007,3:35 PM
    How Do You Sleep At Night?
    "How do you sleep at night?"
    ------------------------------------
    "Naked, on top of money"

    Yesterday, I watched the new episode of Supernatural. The above dialog was quite catchy. Dean and Sam bumped into a heartless female thief who cares about nothing except for money. She'll do anything eventhough she knew pretty well her action will cost other people's live.

    It made me wonder. Bagaimana dengan kite sendiri. Bile kite buat salah, bagaimana agaknye perasaan kite bile tidur waktu malam? Menyesal tak sudah? Atau kite akan tidur dengan senyuman yang melebar sebab berjaya menyusahkan, menyakitkan, mengenakan, mengkhianati dan apa-apa lagilah for being the source of all evils? Mungkin juga kite sedar dan berazam untuk tidak mengulanginya tetapi sebab hasutan setan yang terlalu kuat, maka pada keesokan harinya kita bangun dan tetap mengulangi perkara yang sama? Atau pun kite memang macam tu. Buatlah macam mane pun untuk bagi kesedaran tapi tak akan sedar diri sampai sudah simply sebab itu adalah nature kite ahaks untuk the latter category ni memang tak dapek nak nolong lah, kecuali kalau dapat hidayah.

    p/s: ade lagi satu dialog yang sama dalam Desperate Housewives season lepas. Susan tanya kat Edie tapi tak boleh tulis kat sini sebab jawapan Edie agak 18sx. :)


    As I Would Have It
    Permalink | 16 comments
    Friday, November 9, 2007,10:31 AM
    Panas...Macam Pisang Goreng..
    "Clark also showed up 3 days ago."
    ----------------------------------------------------
    "Funny, coz I don't remember asking"

    Dalam keghairahan kite bercerite, kite tak sangka ade hati yang terluke untuk pelbagai sebab yang kadang-kadang kite sendiri tak boleh nak fikirkan kenape. Tapi itu memang lumrah manusia. Input yang masuk kadangkala diterjemah berlainan dengan apa yang sepatutnya.. kadangkala way too far from what it should be.

    It happened to me before. When I bumped into statements yang rase macam kenal jek ayat ni, tetibe kite akan dihujani dengan perasaan "eh.. orang ni cakap pasal aku ke?" Paranoid? Mungkin. Terlalu memikirkan perkara yang bukan-bukan. Unless kite memang buat perkara yang ditulis tu, then you ought to feel like it.

    When I first started this blog, I made it clear to myself. This blog is made public. It is linked to the publisher. It is linked to those who read my book. And it is linked to the people in my faculty. Even my family reads it. The story here is basically to share about my life, my experience. Bukan untuk menyakitkan hati orang lain, jauh sekali untuk mengkritik individu tertentu. I know well who my possible reader would be. I ain't crazy enough to point the bullet back to my head.

    Melatah? Kalau dulu, ye. Zaman dulu-dulu memang akan tensen giler-giler if ade orang yang terasa dengan kite. But I've learnt so much now. Tak perlu melatah or sakit hati, especially on something yang kite tak buat. It's a free world. Orang boleh kate ape saja yang mereka nak. I'll speak mine as well, and will continue on doing so.

    Dah tak larat nak jadi insan kerdil yang sentiasa dibuli. Cukuplah tu. Tak perlu lagi hidup ketakutan dalam bayang-bayang sendiri. Dalam zaman sekarang, we have to be aggresive in order to survive. Kalau asyik mengalah jek, sampai bile nak maju. Bak kate Pak Lah, orang Melayu kena buang racun dalam minda. Tak baik dengki dengan orang selalu. Biarkan saje Luncai terjun dengan labu-labunya. Tak perlu nak jadi "You jump, I jump".

    And I also learned another valuable lesson. Tak perlu teruk-teruk nak convince to people yang kite tak buat ini, kite tak buat itu. Tak perlu bagi lame excuses. Orang sekarang bijak menilai. So let them judge. Kecualilah perkara tu menjatuhkan maruah. Then we should defend ourselves macam mane yang patut.

    This entry might be offensive to certain point of view. Mintak maaflah jika ade yang terasa. Tapi this is the right thing to do. Boleh buat pengajaran jugak, lain kali untuk berfikir secara rasional sebelum bercakap atau komen tentang sesuatu perkara.

    Ciao!

    As I Would Have It
    Permalink | 5 comments
    Wednesday, November 7, 2007,9:32 AM
    Ada Apa Dengan Hujung Tahun?
    Seringkali saya diajukan dengan pertanyaan.. kenapa datang ke sini hujung tahun, dan bukan pertengahan? Jawapannya simple aje. Sebab nak sambut Raya dulu puas-puas kat Malaysia hehehe sebab tu fly lepas raye, walaupun saye dah dapat result bulan May lagi. Lagi satu scholarship hanya valid untuk tahun ni so memang tak bley nak datang awal tahun depan.

    That's the beauty of doing PhD at Otago. Enrollment thru' out the year. Tak payah amik kelas unless sv rase perlu. And then, telah menjadi polisi kat sini yang student mesti mendapat proper supervision. Meaning selepas 6 bulan, kite boleh menilai sv sama ada diye supervise dengan baik atau tak. Jika evaluation student kurang memuaskan, maka pihak universiti akan menukarkan sv tersebut demi kepentingan setudent. So nak tak nak semua sv akan bertungkus lumus supaya students mereka mendapat yang terbaik, dan memastikan mereka semua lulus. Students yang berjaya grad juga membawa maksud yang sv akan mendapat funding untuk project yang seterusnya. Baguskan if polisi macam ni diimplement kat Malaysia. Barulah sume sv tak lepas tangan.. woohoo!

    Smalam Damon tunjuk demonstrasi VR menggunakan Watching Window. Lepas discussion dengan sv, rase memang akan tuka projek from AR to VR. Banyak faktor. Dengan limited masa, takut tak bley complete dalam masa 3 tahun. So better menggunakan hardware yang dah sedia ade kat lab, and figure out apa application yang sesuai dengan WW tu. Work smart, bak kate En Nordin. Xpelah AR tu, nanti dah ade PhD, balik bley apply grant untuk projek AR based. So my first task rite now is to identify what I want to do, as well as reading a bunch of articles. Fair enuff! Sv ade banyak reading materials dari SIGGRAPH since 1978, Eurographics etc.. bagus betul lah.

    Kat sini tak wajib anta jurnal cume it will be an added advantage if published. But since it is a requirement from UPM itself that during candidature.. at least dah submit 2 paper ke cited jurnal.. sv kate takpe. Diye tau which conference and which jurnal yang bagus untuk dihantar. After all, diye merupakan editorial board untuk few jurnal yang ternama. And according to him jugak, banyak paper yang berjaya dipublished merupakan rubbish. Huhu

    Anyway.. semalam dapat gambar masa kat airport dulu dari Ita. Thanks mate. Thanks to all yang datang. Nak tunggu gambar dari kamera kakak pulak ni. Bley upload kat fotopages lak.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Berdiri dari belakang:
    Farid, Nor, dLyn, Ita, Kak Baayah, Nabil, KA, Farhan
    Duduk:
    Azri, Dian.
    Kanak-kanak (my nephew n niece)
    Damia and Darwish

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Dekat balai pelepasan antarabangsa

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Cis.. muke hepi giler. Xde rupe-rupe sedey pun nak tinggalkan Mesia ahaks
    As I Would Have It
    Permalink | 5 comments
    Sunday, November 4, 2007,10:13 PM
    Cheated By The Weather
    Argh! Always predict the unpredictable. Yeah..yeah.. Lepas apa yang berlaku hari ni, memang kena sentiasa bawak winter coat yang dah beli tapi tak pernah guna lagi. Mana taknye... masa kuar dari rumah.. cuaca punya lah panas.. tapi very windy. Memang sejuk giler lah. Tu takpe lagi. Sekali tengah-tengah jalan.. buuuummm.... berderai ujan turun. Udah ler tu.. ujan ais batu lak tu.. mane tak menggigil di buatnya.

    Bukan sekali. Bape kali dah kena tipu ari ni. Tetibe kang cerah sungguh. Then tanpa warning ujan. Asik terperangkap jek ari ni. Kalau tak demam.. saje je lah. Pelik sungguh cuaca kat sini. Kekadang terpikir.. larat ke nak stay dalam condition macam ni? Hmm tapi tu ler cabaran yang harus dihadapi. Yes! Yakin boleh!

    Tadi dapat emel dari sv. Sok kul 11 am diye nak jumpa. Nak diskas about our research. Ape plan untuk 6 bulan yang pertama ni. Nak identify ape yang perlu dibaca, etc. Tibe2 rase butterfly in my stomach. Cuak jugak. Hopefully everything goes well, meaning that malam ni kena buat preparation. Alahai.. tertangguh lagi la nak menulis jawabnye. Nasib baik final pruf PF4 berjaya jugak di tengok semalam.

    Ari ni dapat ID kad. Username? Zainu822.. lawak tak? Style kat sini, username merupakan gabungan 3 perkataan pertama dari surname, dan 2 perkataan pertama dari given name. Nombor kat belakang tu? Entah. Tak kaji lagi.

    Anyway, last week ade perjumpaan dengan Madam Satinah. Pengarah MSD kat New Zealand ni. A very kind and lovely lady. Tapi ujung tahun ni last term diye as Pengarah kat sini, akan balik ke Malaysia upon promotion. Sob sob. Hopefully the new Pengarah would be as caring as her. En. Asri addressed the issue of allowance given kat kite orang. Kenapa dapat kadar B compared to North Island. Walaupun South Island ni kire kampung.. tapi sejuk diye mak aiii.. melampau. Bil letrik kat sini lagi mahal dari North, plus harga barang-barang yang lagi mahal kat sini. Madam Satinah akan usulkan isu ni. Hopefully something can be done about it. Ni gamba Madam Satinah....


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Haa.. ni pulak gambar yang diambil kat Otago Museum. Ade exhibition rama-rama. Gi ngan labmates.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Last but not least.. gambar meja pool kat dalam lab. So OD amacam? Menggerunkan jugak ke hihihhii..


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    As I Would Have It
    Permalink | 5 comments
    Saturday, November 3, 2007,9:53 AM
    Discs Sculpturing?
    Last Friday, I was helping my supervisor to do something on sculpturing. Honestly, I have no idea what he was doing actually. All I knew, he bought hundreds of discs, together with the hand tools.

    So ape yang kite orang kena buat was, drill holes dekat each discs, then by using rubber tubes that had been cut for about 3 mm thick, assembled those discs membentuk apa-apa nye lah. Final product? Tak tau. Sebab by pukul 5 tu sume dah blah and kerja tak siap but one thing for sure, it was totally fun. Seriously tak pernah tengaok any computer scientist back in malysia came out with that kind of idea. Whacky but very informative.

    Tengah-tengah wat kerja, ade lah mamat ni hidang ice cream. Sabar je lah. Sedap giler tengok depa makan. Ignas suh benti kejap and grabbed some ice cream. I just nodded and smiled. Huhu nantilah bile dah lama sket, I'll tell them tak sume mende kite bley makan :) mlam tu Matt ajak main poker hahahahahahahaha lawak giler..

    Anyway, here's few pics yang sempat diambil.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    This is how my Graphics Lab look like. Sue Ann kate cute.. hmmmm


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Leithbank... bley bersantai kat situ especially on sunny day


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Kebetulan ari tu, gi jenjalan ngan K Liza. Ada small graduation. Perarakan diiringi oleh Bagpiper. Cool! Gown graduation pun cantik. Kena simpan duit untuk beli nih hehe

    p/s: Lupe nak bagi tau. Article saye dengan Utusan dah kuar hari Sabtu right before I fly. Ouch! Terlepas lagi.. aiyaaaaaa
    As I Would Have It
    Permalink | 5 comments