about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Monday, December 31, 2007,8:06 PM
    Tahun Baru & Bunga Api
    Hmm berakhir sudah 2007. Hari ni bermulanya tahun baru. Rasanya sama macam kat negara-negara lain, tahun baru di sambut dengan percikan bunga api. Malam tadi saya tak melepaskan peluang untuk melihat bunga api di Octagon.

    First time, jalan memalam sorang-sorang. Patut gi ngan Yi Tian, but then pejabat Toroa International House tiba-tiba paipnya bocor. Yi Tian, as the person in-charged, kena la handle matter tu. So kena la saye gi sorang-sorang sebab Mansi dah tunggu kat sana.

    Takut? Risau gaks sebab malam cuti kan so memang ade drunkards di sana sini tapi tawakal je lah. Based on kate-kate labmates, Dunedin antara city paling selamat di dunia.. and Damon pun pernah bagi tau those drunkards are harmless.

    Pergi ke sana tanpa hope yang tinggi sebenarnya. Sebab Dunedin ni kecik, tak banyak event happened kat sini. Tapi bunga api malam tadi was surprisingly great! Teringat masa zaman dok kat Kg. Baru dulu, sebab umah mengadap KLCC.. dah selalunya ada bunga api kat KLCC tu so memang biasa intai thru tingkap bilik jek ;)

    Anyway, here are few pics on malam tadi...


    Photobucket
    Clock Tower

    Photobucket Photobucket

    Photobucket
    With Mansi

    Well, youtube di bawah ni tiada kaitan ngan tahun baru. Cume tibe-tibe dalam mood Hindi and teringat part favorite dalam banyak-banyak Hindi oldies. Setiap kali tengok memang nangis, tapi orang tak paham memang xde perasaan lah hahahahaha.. ops lupe.. di petik dari filem Yaadon Ki Barat.. mak ngan abah mesti suke punye.... ;)


    As I Would Have It
    Permalink | 4 comments
    Tuesday, December 25, 2007,8:12 PM
    2007 Wrap-up
    2007 bakal berlalu. Tinggal beberapa hari je lagi before 2008 datang menggamit. Banyak kenangan yang ditinggalkan oleh 2007. Ape ye rentetan-rentetannya?

    • >2007 dimulai dengan terlantar sakit kat umah selama 2 minggu gara-gara food poisoning yang doktor-doktor tak perasaan. 2 klinik dan satu hospital dah pegi, x baik-baik jugak. At last gi balik ke klinik yang first pegi, baru la bley detect huhu
    • >Mula mem-blogging secara serius mulai Mac
    • >Mula joined Friendster pada Jun
    • >Menyertai larian 10km di Dataran Merdeka.. habis woo dapat medal dan sijil hehehe
    • >Buat julung kalinya menjuarai Bola Tampar Wanita untuk Sukan Staf Antara PTJ

    Photobucket

    • >Tahun ni telah 3 tahun berturut-turut mewakili UPM bagi bola tampar wanita

    Photobucket Photobucket
    Sukan Staf Antara IPTA di Perlis - menang posing jek hehe

    • >Dengan gilanya masuk pertandingan lagu P. Ramlee bersama Sal, Noris, Iezma dan Azri
    • >Berjaya publish 4 novel dalam setahun dengan dua nick berbeza (dLyn aZmi & Naza Adlyn)
    • >3 kali keluar dalam media, walau pun yang satu tu secara tak sengaja heheh

    Photobucket Photobucket
    Dalam Popular Magazine & Utusan Malaysia

    Photobucket
    Err.. ni gamba yang tidak disengajakan.. dalam Kosmo masa konvo

    • >Graduate untuk Master

    Photobucket

    • >Berjaya menakluk Gua Niah dengan hanya memakai blouse, seluar slack dan sandal

    Photobucket Photobucket

    • >Menjejakkan kaki ke antara negara yang tercantik di dunia -> New Zealand!
    • >Menaiki kuda mendaki bukit yang tinggi sehingga boleh nampak laut Catlins

    Photobucket Photobucket
    • >Sudah sampai ke puncak Mount Cargill
    • >Beraksi semula di dalam outdoor setelah lama ditinggalkan -> tramping ke Greenstone Track

    Photobucket Photobucket
    Photobucket Photobucket
    • >Mula menjinakkan diri dengan Wii dan bermain laser strike
    • >Pertama kali menyambut Aidil Adha di perantauan
    • >Dan dapat tengok pelangi yang sangat cantik!

    Photobucket Photobucket
    Photobucket


    2008? Tengoklah nanti 2008 akan bermula dengan ape :)

    As I Would Have It
    Permalink | 13 comments
    Sunday, December 23, 2007,6:16 PM
    Call Me Crazy...
    Kenyataannya, saye tak bley sentuh any computer games sebab senang jek being addicted to it. Tak kire la games se-simple minesweeper or solitaire, once sentuh memang susah nak benti.

    Masa kat UPM dulu rajin main Zuma. Kadang-kadang masuk miniclips. Kat sini pun sama. Ade waktu-waktu tengah stuck dan kebusanan, games ni jadi pilihan. Casual games. Senang nak main. Senang nak cari. Tak yah pikir banyak.

    Boleh katekan dah busan main Zuma, so I switched to Zuma Deluxe. Biasalah trial untuk 60 minit jek. Dah pernah main skali kat UPM dulu. Kat sini wat lagi. Personally Deluxe version memang lagi best la. Entah kena pengaruh ape smalam. Tengah main Zuma yang besa tu tetibe nampak iklan. Untuk musim perayaan ni, sape yang nak purchased online game dapat 50% off! Dan tanpa berfikir panjang, terus je purchased hahaha Tapi lepas register tak stat main pun lagi. Tak berani lah.. nanti x bley benti lak. Lagipun semalam idea tengah mencurah-curah untuk menulis. Takmoh spoil the mood.

    Wii?? Hmm wat masa ni memang kena jauhkan diri. Sebab dah pernah main.. and memang susah sangat nak benti. Huh! Oh.. dah create Mii.. which is my avatar untuk Wii :) Wajib sorang satu untuk kami kat Graphics Lab tu untuk wat Mii.

    All rite... nak sambung menulis. Nak siap cepat.. bley anta cepat kat KD :) Ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Thursday, December 20, 2007,10:22 PM
    Gisborne's Quake
    Bangun subuh tadi dapat txt dari Kak Na. Mak risau pasal gempa bumi yang berlaku di Gisborne. Kak Na tanya lagi, jauh ke Gisborne dari Otago.

    1. Tak pernah dengar pun pasal Gisborne.
    2. Tak tau pun New Zealand kena gempa bumi.

    Yup. Takde kecoh-kecoh pun kat tempat kite orang. So pagi tadi before reply txt tu, cek la kat internet. Oooo baru tau Gisborne tu kat North Island. Dekat ngan Auckland. Jauh lah dari sini.

    Gi lab tadi tanya Mike. Diye pun tau sebab kawan diye txt tanya diye selamat ke tak. Tanya Kak Liza, diye pun xtau gaks. Orang kat sini rileks jek. Xtau la plak if sebab kami kat pulau yang berlainan so xde kecoh-kecoh sangat.

    Apparently quake kali ni agak teruk. 6.8 skala Richter. Satu antara 10 gempa besar yang berlaku di New Zealand since 1848. Gempa memang selalu terjadi kat sini sebab kedudukan New Zealand yang memang di dalam lingkarannya. Tapi gempa besar sangat jarang berlaku. Macam kat Malaysia gak la kot.


    Photobucket
    Antara kedai yang jadi mangsa gempa bumi di Gisborne

    Anyway, abis tentang gempa. Tadi department buat end of the year lunch. So ade pizza, aiskrim dan juga strawberries. Diorang order pizza kat Poppa Pizza. Janet bagi tau Poppa Pizza ade label certified Halal chicken. Wow! Janet took all the trouble untuk asingkan pizza yang halal. Thanks!

    Pastu pagi tadi Damon juga berjaya siapkan dan submit his thesis. Ouch! I'm happy for him TAPI.. diyelah Watching Window's expert. Definitely I wish diye akan lama lagi kat situ sebab banyak kena belajar. Dan dengan penghantaran thesisnya itu maka secara officialnya Watching Window akan jatuh ke tangan saye. I have to handle everything. Huhu tadi memang kena request kat Damon.. kena amik masa diye nanti lepas Krismas ni untuk aja stat dari setup sampai la ke demo. Hmm sooner than expected.

    Mike pun dalam proses nak siapkan thesis. Diye nak keje tahun depan, and datang sambung balik for PhD next August. Phil pun tengah wat write up. Memula Marinus.. pasni sorang-sorang geng blah. Adus. Sape jek yang tinggal? Iggy ade lah. Rob akan datang balik bulan 2. Hmm baru je geng ngan diorang dah ilang sorang-sorang. Macam busan jek lepas ni. Kalau tak siap jugak PhD cepat xtau ler.....-sigh-
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Wednesday, December 19, 2007,8:43 PM
    Aidil Adha di Dunedin
    Photobucket
    Hani, Amnah, Wan and Me.. err nampak berisi kan? Nak wat cemane.. pakai baju 2 lapis.. sejuk hehehe

    Pagi tadi bangun seawal 4.45 am untuk Subuh dan tak tido terus sebab Solat Raye akan bermula jam 7.30 am. Janji ngan Hani nak jumpa kat depan padang kul 7.15 am. Dalam kesejukan pagi berjalanlah kami berempat menuju ke Al Huda Mosque yang terletak di Clyde St. Ade la 2-3 muka Malaysians yang dikenali kat situ. Yang lelain sume dari Middle East dan juga Afrika.

    Khutbah raye pun skejap jek. Mungkin sebab ari tu tak cuti. Ade yang kena gi keje, students masih ade yang ade kelas. Anak-anak kena gi sekolah. So semua nye rushing balik. Korban? Xde pun. Tahun lepas ade dan sume yang gi dapat daging huhu lembu sampai lewat kot. Xde rezeki nampaknye. Pastu kul 5 ade yang buat bbq kat garden. Malas lah nak join.

    Kesimpulannya, tak rase macam raye pun kat sini. Balik dari masjid, berangan-angan nak gi lepak kat kedai mamak. Mane nak cari kedai mamak kat sini Cik Kiah ooi! On the way tu singgah umah Wan jap minum Milo, tibe-tibe berderai lebat ujan turun. Adus.. dah le x bawak coat langsung. Forecast kate ari ni tak ujan. Cis.. x reliable sungguh. Ujan reda jek trus lari balik umah ngan baju kurung tu. Sampai umah tido hehe sebab ngantuk gile.

    Tingat masa sambut Aidil Adha tahun lepas. Kami sambut adik-beradik jek sebab mak ngan abah kat Mekah. Yang best nye sebab mak and abah pos baju raya dari sana hehe yang tak best.. raye tu la yang mencatat sejarah di mana lepas solat raye jek saye trus terlantar sakit selama 2 minggu! Betul-betul sihat ialah sehari b4 mak ngan abah balik. Ngade-ngade tak? hehe

    Anyway, malam tadi wat Kek Batik untuk jamu flatmates dan juga labmates. Nak masak dish Malaysia tak reti dan tak cukup bahan. Lagipun kek merupakan kepakaran utama yang konpem jadik hehe so petang tadi gi la singgah lab sat untuk anta kek. On the way jumpa Jefri, budak undergrad penyokong Arsenal. Diye ajak if nak gi umah En Sabry makan satay hehe Terpaksa tolak sebab niat nak gi lab anta kek je and terus balik. Dan ingat nak sambung menulis novel ari ni. Yay!

    p/s: Malam tadi 2 orang Indian guys datang lepak umah sebab flatmate, Mansi, dari India. Sorang tu name Andrew.. dari jauh ade iras Suresh Mohinder (Heroes). Sorang lagi Karthik, dari film industry. Diorang terkejut sebab saye tahu pasal Bollywood movies more than them even Karthik dari bidang tu ekeke anyway, abah dah tak payah nak isau nak pos cite Bollywood kat sini sebab Karthik ade banyak movie baru yang diye nak kasi pinjam.. termasuk Sivaji :D

    p/s 2: berdasarkan ketidak meriahan raye tahun ni... 80% niat ati dah bertekad untuk balik raye kat Mesia tahun depan.. even bukan first day raye pun.. dalam bulan raye gaks! -> subject to change hihi


    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments
    Monday, December 17, 2007,11:14 PM
    Perkembangan Terbaru di Tapah
    Terima kasihlah dekat Kak Na, kakak sulung sebab rajin mengupdatekan cite-cite terbaru di Tapah. Nanti akak dah balik KL, sape nak amik alih eh report cite-cite ni?

    Pertama sekali, Awish, anak Kak Na dah bersunat. Hehe akhirnya mimpi ngeri Awish menjadi kenyataan. Ari tu kol Awish kate sakit sikit jek.. Macam tu lah baru boleh jadi strong boy! Mak Tok Awish and family sume turun dari Perlis. Macam jadi majlis besar la pulak. Malam before berkhatan tu wat kenduri doa selamat sket. Pak Ngah Raof (abang ipar) baca doa. Tengok gamba kek tu bley tahan lagi. Satay????? Adus! Mau tak terliur.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Muka poyo Awish tunggu Dr. hehe

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Selamat hehehe


    Kedua, Kak Ida (kakak 2nd) dan Abg Raof berjaya jugak tukar ke Teluk Intan. Good for them sebab dah beli umah kat sana. Pasni xde lah kecoh dah umah kat Tapah tu sebab dah xde mulut-mulut kepoh Kak Yong dan Angah. Baby Zaid pun xde lah isau dah bagi orang lain jaga sebab kat Teluk Intan bley anta kat umah Opah Wok (mak mertua kakak) je kan.

    Memandangkan kanak-kanak dah xde kat umah tu, mak pun ape lagi. Mula merubah posisi umah tu. Huhu dapur depan dah jadi lain sebab peti ais dah di letak dekat ngan dapur belakang. Selepas di make over, begini la rupenye...


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Dapur depan (dry kitchen)

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Dining Hall dari 2 sudut dan keadaan yang berbeza. Wet kicthen berada di sebalik tingkap2 tu. Sebenarnye bukan dapur pun tapi back porch yang abah dah transformkan jadi dapur.

    Ketiga..huhu.. kete sporty merah itu telah menjadi hak abang Je. Pesanan dari adik ni, abang ooi.. jagalah kete tu betul-betul. Sayang woooo... empat-empat taya tu baru je tukar bulan 5 ari tu.. tapi satu dah pernah pancit waktu pegi friendly voli ngan PORIM ari tuh..dan juga maintenance yang lain sume dah buat...


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Ni lah kete yang dah banyak berjasa dan meninggalkan 1001 kenangan.. kete ni jugak le yang memudahkan urusan untuk ke KD :)

    Dan Abg Je jugak dah beli notebook baru. Siap ngan printer skali. Haa... dah ade notebook tu, rajin-rajinlah ye tulis sambungan kepada novel yang bakal diterbitkan jika ade rezeki ;) xyah le tulis ngan tangan lagi. Penat Kak Na nak retype hehehehe


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Acer tuh..

    Sedikit perkembangan kat sini. Lately asik ujan jek. Kalau kat Mesia dulu, bile ujan jangan harap nak redah. Kat sini, selamba jek kuar waktu ujan pakai winter coat jek. Malas nak beli payung. Lagipun xde lah ribut macam kat Mesia... cume nye sejuk je lah.. Skang ni musim buah ceri so smalam gi ke New World, beli lah sikit. Walau pun mahal.. NZ$19.95 per kilo... nak makan punye pasal.. x kisah. Yang penting tak menyesal. Dan pagi tadi wat Garlic Bread yang pertama. Hehe jadi dan sedap :D


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Menarik nye....

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Saje nak tunjuk.. pemandangan dari tingkap bilik.. tahun depan x sure bley dapat view macam ni lagi ke tak.. sebab apply untuk all girls' flat. tengok nasib aa dapat yang mane..

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Saje nak selitkan jugak. Gamba masa wat kenduri doa selamat dulu.. before fly dan before puasa.. err rase macam nak balik beraye kat Tapah je tahun depan hehe

    Anyway.. itu je lah nak cite. Selamat menyambut Aidil Adha buat semua. Looking forward untuk beraye buat kali pertama kat sini. Tengah pikir-pikir baju ape nak pakai eh? Pastu terus gi lab ngan baju tu? Hmmmm...
    As I Would Have It
    Permalink | 3 comments
    Saturday, December 15, 2007,3:02 AM
    Farewell To Marinus
    Semalam merupakan hari terakhir Marinus di Graphics Lab. Tempoh internship diye dah abis so diye akan balik ke Netherlands. Sedey gaks sebab Marinus ni agak lawak jugak orangnye. Agak beauty conscious walaupun lelaki haha. Dengan Marinus jugak ler kite orang naik ke Mount Cargill dan gi tramping ke Greenstone Hut. Marinus jugak aja banyak mende. Macam mane nak gune terminal, main Sudoku yang sampai la ni x abis buat, main soccer. Paling lawak pasal diye kena gigit ngan sand flies teruk sangat masa tramping tu. Sampai dah balik pun tak ilang-ilang lagi gatalnye hehe

    So kul 3 pm wat farewell tea party. Saye wat kuih sagu, baru blaja dari Yana. Ahaks nasib baik jadi. Sambil-sambil tu Marinus main piano dan Geoff main violin. Tengah-tengah depa main tu.. hehe saye gi main Wii untuk pertama kalinya. Stat ngan boling. Tak enjoy sangat so tuka ke Tennis. Best! Tengah main Geoff lalu. Diye gelak jek sambil pesan jangan lupe jadi expert dalam Wii. Hehe baik bos!

    Petang tu kami gi dinner ke Food Court ape ntah dekat ngan Meridian. Lepas tu, untuk celebrate hari-hari terakhir ngan Marinus, kami gi main Laser Strike ngan Mini Golf. Laser Strike sama macam Paintball cuma gune laser jek. Best! Tapi biasalah first time main. Asik arwah jek kena tembak hahaha

    Lepas tu diorang decide nak sewa Wii nye games untuk main kat lab. Saye cakap nak balik aaa sebab nak gelap dah. Diorang tahan.. ajak stay since Marinus dah nak blah.. dengan janji akan hantar balik malam nanti. Ok lah.. so gi la rent games ngan diorang. Diorang amik Eledees ngan Guitar Hero.

    First diorang main Eledees gune projector tuh. Kena capture Eledees sebab satu town tu blackout keje makhluk-makhluk tu la. Pas kat sorang-sorang main. Diorang suh saye main tapi saye tak nak memula sebab tau mesti pening nye.. and then tak pandai pun main console games ni. Tapi diorang suh gaks. As expected, lepas abis main penin giler...terus lari keluar amik fresh air.

    Bile dah recover sket tu, tengok diorang dah main 2 games serentak. Kat projector main Eledees, kat tv main Guitar Hero. Phil kesian kot sebab saye penin, so diye ajak main Bottle Top. Main kira nombor, bile sampai kat nombor multipe of 5 atau yang ade 5 kena sebut Bottle, if 7 kena sebut Top. Sape silap kena minum air as denda.

    Main la sekejap. Pastu diorang suh saye main Guitar Hero lak. Saye xmoh depa paksa gaks. Huhu memang asik kena paksa main jek kat sini. So main la macam hampeh. Depa suh cube lagi, saye xnak. Sebenarnye dah penat. Kul 12++. Pastu saye amik guitar betul and cabut masuk bilik.

    Petik-petik la lagu Wild Thing yang Mike aja dulu. Ciss.. still lembap gaks. Sambil-sambil tu bukak chord untuk Blowin In The Wind. Tau main chord tapi x reti nak strum haha Tak lama lepas tu Damon masuk, diye dah abis main. Diye nampak saye dok petik-petik gitar tak jadi so diye pun tolong aa main lagu tu hihi

    Labmates lain xde tanda-tanda nak benti main. Saye cakap je la ngan Damon saye tunggu diorang abis sebab nak balik. Damon kesian kot tengok muke dah toye semacam, diye cakap xpelah, diye anta kan balik. Masa gi jumpa diorang nak bagi tau nak balik, Phil baru nak stat masak telur. Kalau tunggu abis sampai Subuh pun rasenye tak abis tu hehe.. Kul 1 pagi baru sampai umah. Penat giler. Sabtu seharian x buat keje sebab penat. Dah le Senin nak submit report kat Geoff. Huhu Ahad ni kena pulun abis-abisan, meaning no novel-writing... erk...

    Pape hal pun, yesterday was fun. For sure, lab tu memang tak akan sama tanpa Marinus. Tak bley nak gelakkan diye lagi dah :( pesan kat diye, nanti datang balik buat PhD :)


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    See how preoccupied they were. Projector main Eledees, tv main Guitar Hero.

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Anyway, kat bawah ni gambar flat yang baru pindah 2 hari lepas. Kakak nak tengok. Mak pun mesti nak tengok tempat tinggal anak diye. Tangkap gamba living room ngan kitchen jek. Bilik sebab tak unpacked pun barang, stil dalam kotak-kotak lagi since bulan 2 tahun depan nak kena pindah flat lain plak. Kang mak tengok gamba bilik macam tu sah-sah kate anak diye ni malas kemas walaupun kenyataannye memang betul pun heheh


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Thursday, December 13, 2007,1:06 AM
    Wii and Me
    Hmm kununnya research untuk PhD nak wat VR games untuk people with disabilities. Geoff suh explore sume hardware yang ade. Memula diye suh baca on Wii. Then diye suh gi cari quotation pasal Wii ngan Damon. Jangan kate Damon, satu lab excited untuk dapatkan Wii so satu hari tu kami pergi dinner kat Meridian, terus reramai gi kedai untuk dapatkan quotation. Oh ye.. kat sini nak dapatkan quotation xde fliers so kena bawak pen dan kertas ye...

    Hari ni dapat email dari Geoff. Diye mintak Kaye sediakan PO.. once dah ready, email kat saye dan Mike (sebab ari tu Mike yang beriye-iye wat quotation) so that kami bley beli Wii. Ari ni gak PO siap so dalam pukul 4 tadi kami pun gi amik lah.

    Yang paling best, Geoff cakap secara officialnya saye yang harus in charge on Wii tu. Dan saye juga diwajibkan untuk bermain menggunakan Wii tersebut ahaks ahaks ahaks. Tak pernah lagi kena paksa main console games :D Tadi Mark tolong setupkan. Depa try main but unfortunately, satu control tu tak bley sense motion. Nampak gayanye sok kena gi tuka. Dan kami juga tengah tunggu nunchack yang xde dalam stock untuk sampai. Yang di beritahu, ade 2 jek kat sini hehe

    Kepada semua peminat-peminat Wii diluar sana.. jangan jeles ye. Inilah yang dinamakan rezeki. Sebenarnye banyak rezeki datang bergolek-golek kat sini. Dapat Wii, dapat gi Tramping yang tak pernah terfikir untuk dapat peluang tu, bley main gitar and piano, smalam meja pool kat lab kite org turn jadi meja ping pong hehe.. dan Geoff juga telah mengamanahkan saye untuk menjadi apprentice kepada Damon yang hampir habis.. untuk mengendalikan Watching Window - sebuah aplikasi VR yang berjaya dibangunkan di lab ni.

    Anyway... dah beberapa hari asik ujan je kat sini. So cuaca sekarang teramatlah sejuk. Ari ni gak pindah ke flat lain. Oklah flat baru ni. Flatmates rajin gi gym main badminton. Yay! Finally! dah cakap kat depa.. lain kali pi main.. nak ikut! :D

    Oklah.. nak kemas bilik. Barang-barang masih berterabur sebab pindah randah ni. Roger and Out!
    As I Would Have It
    Permalink | 15 comments
    Monday, December 10, 2007,3:56 PM
    Ayat-ayat Cinta - The Movie
    Teringat kembali apabila pertama kali saye terlihat novel Ayat-ayat Cinta di MPH Putrajaya. Lambakan novel tersebut seumpama menara menarik minat saye untuk mengetahui novel tersebut dengan lebih lanjut. Jadi saye pun belek-belek novel tersebut. Menarik tetapi lepas tu saye letak balik. Terfikir sebab kak Baayah, housemate saye dulu seorang kaki novel, so berkemungkinan besar dia akan beli.

    Balik umah, inform kak Baayah dengan harapan dia akan beli (sori eh kak Baayah hehe). Tapi tunggu punya tunggu, xde jugak. Waktu tu saye memang kerap berulang-alik ke MPH sebab cari novel Charmed.

    Kemudian ade satu hari saye keluar ke KLCC dengan Zailah untuk tengok pameran Tamadun Islam di Convention Center. As usual singgah di Kinokuniya dan borong novel Charmed sebanyak 10 buah! Sekali lagi ternampak novel Ayat-ayat Cinta di situ. Perasaan berkecamuk waktu tu, nak beli atau tak. At last pergi bayar je novel-novel Charmed yang dah dibeli.

    Bile dah turun nak balik tu, rase macam kena curse giler. Novel tersebut macam memanggil-manggil. Serius! Tak bley nak buang thought tu langsung. Tak tahan, masa lalu kat Times terus masuk dengan niat untuk belilah. Dugaan sungguh. Boleh tak Times tak jual novel tu? Nak naik balik ke Kinokuniya dah malas. So balik je lah dengan perasaan keciwa.

    Selagi tak beli, selagi tu tak tenang. Begitu sekali penangan Ayat-ayat Cinta. Tu belum baca lagi. Hari Jumaat minggu tu nak balik Tapah. Masa tu memang dah tekad. On the way balik tu, singgah jugak ke MPH Putrajaya semata-mata untuk beli. Dapat jugak akhirnya. My first Malay Novel! Walaupun secara teknikalnya it is Indonesian :)

    Anyway, sampai Tapah terus baca. Memang best. Class! Bile saye promote novel tersebut, agak ramai yang menolak kerana tajuk novel tersebut yang disangkakan novel cinta. Yup, it is novel cinta. Tapi bukan cinta biasa. Cinta pada Tuhan yang digarap dengan tersangat indah.

    Pagi tadi, Nabil bagi link YouTube untuk movie Ayat-ayat Cinta. Hmm perasaan yang sama datang balik. Tak sabarnye nak tengok!





    Azfar, bagi tau abah it's a must-seen movie so make sure abah beli tau. If mak nak baca novel tu, ade dalam almari kaler biru merah yang dalam bilik Pa tu.

    Ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 5 comments
    Friday, December 7, 2007,10:13 PM
    Foto-foto Pengembaraan Fantasi dLyn aZmi
    Foto-foto yang ditangkap sepanjang pengembaraan ke Queenstown-Greenstone Track telah berjaya diupload. Dalam 200++. Adus, penat beb!


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Seperti biasa, foto-foto ni sume boleh di lihat di sakurachan.fotopages.com atau lebih senang, klik saja dekat link yang sedia ade kat sebelah kiri blog ni :)

    Oh yea. Malam tadi tak tido langsung since Subuh masuk tersangat lah awal. Kul 3.36 am. Slalu sangat dah terlajak. So sejak 2 hari kebelakangan ni, tido lepas Subuh jek. Cuma sebab smalam sibuk dok upload foto-foto yang berlambak yang makan banyak masa, dan memandangkan hari ni hari Sabtu tak payah pegi lab, tetibe satu idea yang agak gile timbul.

    Lepas Subuh, instead of tido, saye masak pasta salad yang pertama. Alasan pertama, bangun sah-sah nanti kul 10++. Nak siap-siap sume, tengah hari baru bley stat masak. Rasenye waktu tu mood tak bape ok untuk masak. Secondly sebab pasta salad ni, selepas siap kena refrigerated dulu untuk 2 jam untuk mencapai tahap kesedapannya. Kunun aaa.. Bley jek makan terus. Alasan ketiga, bangun tido bley terus makan hehehe.. Anyway.. inilah hasilnya.....


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Nampak sedap? Memang sedap pun. Cuma kurang letak salad dressing jek. Kunun nak jimat hahaha xpe. Dah tau ni, bley la buat lagi. First time buat ni, banyak kurang. Pasni nak tambah pelbagai jenis sayuran kasik umphh lagi!
    As I Would Have It
    Permalink | 4 comments
    Wednesday, December 5, 2007,11:39 PM
    Piano Vs Guitar
    I have great passion for music. Selain suke melalak, saye kepingin bangat untuk belajar main alat muzik. Dulu-dulu kakak amik option muzik, so pernah la jugak blaja-blaja petik gitar, main keyboard. Tapi sebab xde proper training kan, so hajat ati tu terbengkalai macam tu jek.

    Kat sini, ade piano dan ade gitar. Berminat sangat nak belaja main piano. Geoff kate mintaklah Nathan tolong aja, since he's a professional. Dengar Nathan main, best giler. Marinus pun bley main tapi agak kelam-kabut sket aa. Memang betul Nathan is the best untuk aja main piano ni, tapi segan lah nak mintak tolong. Mungkin satu hari nanti bley hint thru wife diye, Janet, which happens to be my co-sv.

    Kat lab tu, tiap-tiap ari ade jek orang main gitar. At last tadi, amik gitar, try petik. Geoff nampak. As usual, Geoff cakap since saye baru nak belaja, so diye nak bagi basic dulu. Basic macam mana position nak hold gitar tu in between thigh belah kanan, kaki kiri should be macam mane, elbow nak letak kat mane, and position bahu kena relaks. Pastu tapak tangan 90 darjah dengan neck of the guitar, thumb up, dan fingers in curve all the time. Huhu kinda hard for a beginner like me.

    Then Geoff aja 2 chords jek, suh blaja tuka-tuka jari. D7 dan G ape ntah. Tak ingat. Damon kate tu antara chord yang x slalu gune. Tapi x kisah lah. Buat permulaan sementara nak membiasakan tangan tuka-tuka chord nih.

    Tu le. Dah susah sangat nak main voli kat sini, main gitar je la jawabnya :) Tambahan lagi dengan Geoff merupakan seorang yang sangat dengan muzik. Ikut je lah jejak supervisor hehe Oh ye. Geoff juga sangat meminati astronomi. Ade teleskop dalam ofis diye. Siap ade program yang detect position setiap planet dan bulan-bulannya tiap-tiap hari. Woo-hoo! Saye sendri giler astronomi, so this should be a good start! :)

    Lepas abis study nanti, tengoklah what kind of person yang saye akan jadi hehehe
    As I Would Have It
    Permalink | 7 comments
    Sunday, December 2, 2007,9:11 PM
    Tramping @ Greenstone Track
    Ari tu dah Khamis petang bile tetiba Iggy tanya nak ikut diorang gi tramping tak. Well, tramping tu maksudnye gi trekking. Bile tanya kat mane, depa jawab Queenstown. Woo-hoo! Sape tak teruja dengar Queenstown. Favorite place yang nak pegi. In fact, ade plan nak gi ke Queenstown cuti Krismas nanti. Tanya kat depa, bile nak pi. Skali depa jawab - esok. What????? Gile last minute. Tapi sebab tak tahan godaan Queenstown tu, trus txt Yana untuk pinjam hiking bag ngan water-proof jacket. Once dah dapat sume, terus konpem ngan diorang nak ikut. Fortunately before this saye memang dah beli sleeping bag and kasut yang agak sesuai untuk tramping, so xde problem sangatlah. Kire barang-barang memang almost ade.

    Malam tu email Geoff (sv) bagi tau nak gi tramping. As usual, Geoff sangat cool. As long as keje jalan, diye tak kisah pun students diye nak gi enjoy. Ape lagi, malam tu terkial-kial siapkan report sebab Isnin ade meeting ngan Geoff. Packing pun kelam kabut.

    Esok pagi, kul 10 dah kena kumpul kat lab. Prepare barang nak bawak sume. Then gi Countdown untuk beli barang-barang makan. Labmates sume cool. Diorang amik berat jugak le ape yang Muslim tak bley makan. I told them not to worry sangat sebab saye bawak jugak makanan sendiri. Sian lak kat depa nak kena control makan lak. Tak moh membebankan. Dah abis shopping, bermulalah perjalanan ke Greenstone Track, 86 km dari Queenstown.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Ni merupakan track yang bakal dilalui

    Dalam perjalanan tu, singgah kat Alexandra, hantar barang kat mak Phil. First time nampak gunung bersalji secara live. Haha jakun giler. Marinus gelak. Dia cakap funny, sebab dia tak pernah tengok orang tak pernah tengok snow. Hampeh tul!


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Akhirnya, sampai jugak ke Queenstown. Masya-Allah! Cantik giler. No wonder Peter Jackson pilih Queenstown sebagai lokasi untuk The Lord Of The Ring. Duduk kat Queenstown tak terasa nak balik ke Dunedin dah. Satu hari nanti mesti akan pergi balik ke sana, and spend few days.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Berlatar belakangkan Lake Wakatipu. Tasik terbesar di New Zealand

    Cabaran paling besar dalam tramping kali ni ialah being the only Muslim. Ye lah, nak kena perform solat. Nasib baik labmates sume paham. Diorang tak kisah if nak solat, just bagi tau jek. Queenstown mencatat sejarah di mana pertama kali dalam hidup, saye bersolat di tepi tasik secara public dan menggunakan kompas untuk mencari arah kiblat. Woo-hoo! Satu pencapaian. Thanks En Nibong sebab bagi kompas dan penunjuk kiblat. Memang sangat berguna.

    Since tramping akan bermula esok paginya, so kami decide untuk spent few more hours menikmati keindahan Queenstown sambil dinner skali kat situ. Nasib baik ade Turkish Kebab. Takde la kempunan sangat nak cari makanan halal.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Sape kate wat PhD kena serius jek? Mamat dua orang tu wat PhD gaks tapi gile-gile jek

    Dalam kul 8 tu kite orang bergerak ke Routeburn Track. Untuk bermalam. Err.. sebenarnye xde tempat bermalam kat situ. Yang ade hanya daily shelter. Ade toilet tapi jenis loin drop. Huhu.. maksudnye jamban xde flush. Macam jamban zaman dulu-dulu. ade sinki tapi xde air. Nasib baik dah belaja kat sini nak gi memane memang kena bawak botol air sendrik. Lagi satu cabaran untuk malam tu untuk solat. Air xde ade. Ade sungai tapi...... malam beb. Nasib baik la depa yang lain dok tepi sungai, menyanyi-nyanyi, so berani la jugak turun ke bawah tu amik wuduk, sambil refill botol untuk Subuh nanti.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Ni ler rupanya shelter yang kami duduk. Scary kan huhu..

    Subuh tu pun dugaan gak. Lepas solat gi turun sungai refill botol balik. Adus! Sejuk giler air sampai tangan jadi numb sekejap. Sejuknye mencucuk-cucuk sampai terpaksa lari gi cari gloves!

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Sungai yang telah berjasa...

    Kul 9 am, start bergerak ke Greenstone Track. Hmm.. trekking kat sini tak sesusah macam kat Malaysia. Lagi pun Greenstone ni antara track yang paling senang. Takde lah mencabar sangat. Cuma susahnye sebab kena bawak hiking bag yang sangat berat. Tak pernah lagi gi hiking bawak beg besar-besar. Lagi satu, kat setiap track ade few huts. Jadi tak ada masalah tempat rehat or bermalam. Diorang plan untuk sampai ke hut yang pertama, which is Greenstone Hut. Dari sana baru decide nak ke hut yang kedua or tak. Ikut map, patutnya amik masa 4 jam perjalanan tapi sebab banyak sangat berhenti, so lama la jugak perjalanan tu. Sepanjang perjalanan, pemandangan memang sangat cantik. Tak dapat suasana macam ni kat Malaysia.

    Tengah-tengah jalan, akhirnya sampai kat satu kawasan lapang. La ni musim Summer, so agak panas. Depa enjoy giler sampai lepak kat sana sket punye lama. Since saye datang dari negara panas, so xdelah enjoy sangat. Pening lagi ade lah. Masing-masing dok apply sun block haha. Sepanjang tramping ni saye tak bawak pape protection pun. Malas aa nak kisah.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Depa decide tak moh naik sampai ke hut yang ke-2 - McKellar's Hut. So kami berhenti kat Greenstone Hut jek. Lebih kurang dalam kul 5 pm sampai kat situ. Yang best pasal hut kat sini, tempatnye sangat lah bersih. Toilet pun bersih giler with water. Yay! Takde masalah nak solat kat sini. Cume masalahnye tak ade lektrik la ekekeke.. Kat hut ni jumpa lagi 2 orang Ozi ladies, pastu ade sorang lg Kiwi. Ade Guess book. Heheh siap tulis mention nama Tapah lagi tu :D

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Petang tu, kite orang gi bersiar-siar jek. dah penat berjalan, balik untuk masak dinner. Hmm makan maggie jek. Tapi masak ngan salmon dan carrot. Perencah.. taruk kemudian sebab diorang beli chicken flavor yang mane sah-sah le x bley makan. Since saye dah bawak maggie sendirik ngan perencah Shrimp (TomYum) yum yum.. tu yang diorang tak kisah beli perisa ayam. Malam tu plak main Sudoku, si Marinus ni bawak. First time main and stuck!

    Macam-macam cabaran untuk solat kat sini. Untuk Subuh lah. Dengan ketinggian 520 meter di atas paras laut, sejuk nye.. hmm alahai... menggigil-gigil amik wuduk. Pagi tu depa sume bangun lambat haha so pukul 11 baru nak gerak turun. On the way balik kami amik route yang berlainan. Saje wat loop lalu kat tepi Lake Rere yang mengambil masa setengah jam lewat dari route yang biasa. Lunch kat situ. And solat jugak kat situ.


    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Bersolat kat tepi tasik...

    Kat sini kami main game teka cerite. Funny! Diorang kasi satu situasi, kite orang kena figure out cerita di sebalik situasi tu. Memang best! Main punye main, jam dah kul 5 haha. So teruskan perjalanan sampai jumpa Lake Wakatipu. Itulah scenery yang paling cantik. Skali lagi kami lepak kat situ sampai kul 7 pm.

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Bayangkan sepanjang perjalanan tu kami lalu kat sebelah tasik. Cantik sungguh. Dengan gunung-gunung yang bersalji kat puncaknye. On the way balik ke Dunedin, skali lagi singgah di Queenstown untuk dinner. Suasana malam kat sini sangat berbeza dengan Dunedin. Queenstown, bandar tourist, sangat happening. Dunedin, kul 5 jek dah lengang.

    Cabaran terakhir untuk bersolat pada malam tu. Malam sangat sejuk. Macam mana nak solat kat tengah-tengah taman? At last tawakal. Masa gi Turkish Kebab beli dinner, tanya kat orang tu bley tak nak tumpang solat. Nasib baik boleh. So bersolat le kat dapur situ eheheh pengalaman sungguh.

    Sampai Dunedin dah kul 3 am. Nasib baik Subuh masuk kul 3.36 so xde problem lah. Kul 4 baru tido sampai tengah hari. Bangun kelam kabut basuh kain, makan then siap untuk gi lab. Nasib baik Geoff kate xpelah.. postpone meeting. Kalau tau dari awal sah-sah tak datang ari ni. Jumpa Damon kat lab. Dia cakap quite surprising sebab saye bley join others gi tramping. Sebab diye cakap based on diye punye judging, diye x expect saye orang yang macam tu hihi

    Itu lah cerite serba sedikit tentang weekend yang sangat best. Nampaknya tramping kat sini akan menjadi hobi saye yang terbaru. Slowly nak beli barang-barang tramping. Mahal beb if nak beli jenama Kathmandu, tapi itulah brand yang paling bagus and paling popular kat sini. Kena tunggu sale or diorang wat stock clearance la nampaknya.

    Nasib baik xde skill photography ni so hajat ati nak buat Wazir (cousin) jeles tak kesampaian la jawabnya. Tapi cukup kot untuk buat Alpyan Ahmad Albab jeles... agak2 blwy lawan entry ikan tenggiri tu kaaa? Pape hal pun, pengalaman tramping kali ini is just what I need for my next coming novel!

    p/s: nanti-nanti lah baru upload gamba kat fotopages. Tunggu dapat gambar dari kamera orang lain dulu.. which I hope very soon huhu
    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments