about
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
    Moody, crazy and grumpy at times (who isn't? ^_^). I prefer to live in my own imaginary world. This is part of my real world ^_^.
    Welcome!
Talk To Me

Free shoutbox @ ShoutMix

  • Click Here!
  • Credits
    Layout design by: Pannasmontata
    Layout edited by: PhoenixMedia
    Special Thanks
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
  • My Precious

    Next Novel:

    Pengembaraan Fantasi: Musuh Dalam Selimut

    Status : Submitted

    Villa Krista (Novel Remaja Dewasa)

    Status : 2%

    Thursday, January 31, 2008,1:27 AM
    Favorite Performances
    Ni satu lagi keje ngarut yang saye buat - menonton AJL live streaming. Mengarut sebab perbezaan masa lima jam antara Malaysia ngan New Zealand. Meaning waktu AJL stat kat sana, kat sini dah pukul 1.30 am. Hmm wat perangai masa slalu bangun tengok bola dulu-dulu. tido sekejap, pastu bangun, then tido balik. Nasib baik x pening pala.

    Dari Muzik-muzik pertama sekali, waktu Fran menang dulu, saye tak pernah miss finalnya. Walaupun x pernah ikut tiap-tiap minggu, tapi finalnye mesti tengok. Tingat masa masuk asrama sekejap waktu Form 1 dulu (dulu skolah bukak bulan 12). Mane bley tengok tv. Kebetulan skolah agama, lagi la x boleh tengok Muzik-muzik ni. So abah la tolong rakamkan sebab anak diye ni merayu-rayu nak tengok hehehe..

    Anyway, masa AJL baru-baru ni, ade 2 performances yang menjadi favorite. Pertama sah-sah ler dari Jaclyn Victor. Memang suke ngan suara diye even ade yang kate diye menjerit.. she's still super duper singer bak kate Roslan Aziz.



    Satu lagi.. hehehe dari Mawi. Ops jangan salah faham, saye tak minat Mawi. Mak jek yang suke sangat ngan Mawi. But somehow saye rase performance diye malam tu cute sangat :D



    Btw, kroni main voli dah bertambah. Petang smalam main giler puas ati. Ni ramai Malaysian students dah stat balik. Mengikut yang kami plan tadi, Sabtu ni nak stat training untuk Sukan Bersatu. Bulan 2 ni pun ade sport day in between kolej. dah bagi tau Yi Tian. Nak main voli! Woo-hoo!

    As I Would Have It
    Permalink | 13 comments
    Tuesday, January 29, 2008,2:40 AM
    Cat Stevens : Behind The Music
    Baru saje lepas menonton Prime Rocks kat TV1 New Zealand. Slot kali ini memaparkan mengenai Cat Stevens aka Yusuf Islam sepanjang satu jam setengah. Teringat masa raya haji 2006, dokumentari mengenai Yusuf Islam disiarkan. Entah kenapa tapi setiap kali cite pasal diye kuar, saye mesti akan cube sedaya upaya untuk menonton. Album-album diye pun, hampir separuh saye ade :D

    Saye sangat-sangat respect dengan Yusuf Islam. Dilahirkan sebagai Kristian tetapi kini mengabdikan diri pada Islam. Kadang-kadang rasa malu ngan diri sendiri. Dilahirkan sebagai Muslim tapi selalu take things for granted.

    Anyway, bukan nak cite sangat pasal diye. Rasenye sume dah tau journey Yusuf Islam. Cume terkejut sebab dokumentari seperti ini ditayangkan di tv New Zealand. Ramai westerns ni very skeptikal pasal Islam kan. So bile national tv untuk sebuah negara barat menyiarkan kisah seorang artis yang memeluk Islam dan kemudian memaparkan segala effortnye membantu orang-orang Islam, saye jadi kagum jugak.

    Somehow rase bertuah kerana berpeluang hidup di New Zealand. Sebuah negara yang begitu menghormati orang lain. Sepanjang saye kat sini, tak pernah lagi saye dicemuh kerana menjadi seorang Muslim. Senang aje nak practice Islam kat sini. Walaupun ade dengar-dengar terdapat diskriminasi dekat Christchurch, tapi rate-rate Kiwi memang sangat baik.

    Even dekat Dunedin ni, masjid akan buat hari terbuka Islam setiap tahun, bagi orang-orang bukan Islam untuk datang ke masjid, amik risalah tentang Islam, dan melihat sendiri keindahan Islam. Dari kate kawan-kawan yang pernah pergi, sambutan dari non-Muslim memang menggalakkan. Ramai yang menghadirkan diri pada hari tersebut. Tengok hari terbuka untuk tahun ni plak macam mane. Harap-harap suasana harmoni macam ni berkekalan lah. Amin.

    p/s: Dalam dokumentari tadi, tunjuk Yusuf Islam mengaji. Masya-Allah... sedapnye!
    As I Would Have It
    Permalink | 8 comments
    Saturday, January 26, 2008,8:08 PM
    St Claire Beach
    Akhirnya, setelah hampir 4 bulan berada kat sini, berjaya jugak sampai ke beach. Pantai merupakan tempat yang paling saye sukai. Selalu rasa ketenangan apabila melihat ombak-ombak memutih yang memukul pantai!

    Seronok dapat peluang, sebab bukan sepanjang tahun boleh ke pantai. Hanya pada musim panas saje. Musim lain, laut menjadi sangat sejuk. Even sekarang pun terasa kesejukannya. Asalnye plan nak gi swimming kat Salt Lake Pool, yang hanya dibukak during summer. But since Ofeira dan Verinder x berenang, so kami ubah plan. Gi sana main volleyball.

    Susah giler main beach volleyball ni. Nak berlari atas pasir-pasir. Dengan angin yang kuat. But it was fun. Tengah-tengah main a bunch of boys dari Invercargill datang join. Xpelah, the more the merrier.

    Dari beach volleyball, kami main beach soccer lak. First time main soccer and I actually can play. Yay! Ape-ape pun volleyball tetap di hati hehe Dah penat main soccer, diorang main touch ball. Ntah, x reti langsung nak main. X suke pun. Pastu baling frisbee, then back to volleyball. Dah puas, gi main laut. Arghh rugi nye x bawa baju xtra.

    Xpe.... ade few weeks lagi before summer ends. Ade kesempatan bley gi ke beach lagi untuk mandi. Mungkin next week. Consequence daripada spent half day kat pantai waktu summer ni, sah-sah le kena sunburn teruk! :)
    As I Would Have It
    Permalink | 5 comments
    Friday, January 25, 2008,7:59 PM
    Di-tagged oleh Tanne..
    1. Name one person who made you laugh last night?
    Friends (kire single la sebab satu kumpulan) - layan siri tu malam tadi

    2. What were you doing at 0800?
    Still sleeping hahaha ari ni cuti...

    3. What were you doing 30 minutes ago?
    Buang masa main guitar lagu Kau Ilhamku

    4. What happened to you in 2006?
    First time involved ngan KD! Woo-hoo!

    5. What was the last thing you said out loud?
    Ntah.. x ingat...

    6. How many beverages did you have today?
    Satu - Tropical Fruit Juice

    7. What color is your hairbrush?
    Purple

    8.What was the last thing you paid for?
    Loan Mara

    9. Where were you last night?
    Dalam bilik ngadap notebook layan Friends, main ZUMA, tapi tak menulis pun :D

    10. What color is your front door?
    Biru

    11. Where do you keep your change?
    Kat sini pakai EFTPOS so slalu swipe jek

    12. What's the weather like today?
    Sunny.. dan sejuk seperti biasa

    13. What's the best ice-cream flavor?
    Boysenberry

    14. What excites you?
    Main bola tampar dan siap tulis novel

    15. Do you want to cut your hair?
    Nope

    16. Are you over the age of 25?
    Ya, tapi kalau bley nak ngaku tak :P

    17. Do you talk a lot?
    Sangat

    18. Do you watch the O.C.?
    Tak. Layan Heroes beb!

    19. Do you know anyone named Steven?
    Lom jumpa lagi. Stephanie ade la

    20. Do you make up your own words?
    Yup. Dalam novel

    21. Are you a jealous person?
    Agak jeles kat orang-orang yang berjaya ni & cantik & sore sedap :D

    22. Name a friend whose name starts with the letter 'A'.
    Alpyan Ahmad Albab

    23. Name a friend whose name starts with the letter 'K'.
    Karthi

    24. Who's the first person on your received call list?
    Kak Halizah

    25. What does the last text message you received say?
    "Nak ikut pergi kutip cockle tak pukul 2pm?"

    26. Do you chew on your straw?
    Takde keje eh

    27. Do you have curly hair?
    Aurat beb. Mane bley bagi tau

    28. Where's the next place you're going to?
    Esok, nak gi swimming kat St Claire's beach

    29. Who's the rudest person in your life?
    Yang paling jerk skali bley x?

    30. What was the last thing you ate?
    Lamb kebab + roti pita. Masak sendiri!

    31. Will you get married in the future?
    Err soklan ke tu?

    32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
    Idak ler the best movie tapi kire best la jugak. Bring It On: All or Nothing

    33. Is there anyone you like right now?
    Rubbish Collector hahahaha joke of the week (hanya yang tau jek paham)

    34. When was the last time you did the dishes?
    Lepas makan tadi

    35. Are you currently depressed?
    Tak..

    36. Did you cry today?
    Bazir air mata jek

    37. Why did you answer and post this?
    Buh-san! + cari mood untuk siapkan novel & buat programming sebab ade miting ngan sv Senin ni. Lagi pun nak elak komen kat entry yang lepas dari jadi panjang berjela dok argue ngan Mat Nabil Ahmad Nawab jek hahaha


    38. Tag 5 people who would do this survey.

    i - Mat Nabil
    ii - Mat Nabil
    -> saje suke dera diye
    iii - Alpyan samseng Kg Pinang Sebatang
    iv - Alpyan lagi
    -> sebab lately macam diye xde idea nak update blog hehehe
    v - Azfar
    -> Ni sorang lagi yang asik bz memanjang......
    As I Would Have It
    Permalink | 9 comments
    ,1:18 AM
    AJL Tanpa Faizal Tahir
    AJL semakin hampir. Mengikut headline berita, AJL tanpa Faizal takkan terjejas. Tapi bagi peminat-peminat Faizal pastinya sangat-sangat kecewa. Saya juga meminati persembahan Faizal (bukan orangnye ye). Apabila Faizal digantung dari mane-mane persembahan secara langsung atas alasan perbuatan membuka bajunya itu memalukan orang Melayu, susah sikit saye nak terime.

    Saye memang x tengok persembahan diye malam tu. Jauh sekali nak cari kat youtube. Cume AJL kali ni betul-betul saye tunggu sebab ada Faizal. Bile dapat tahu diye digugurkan atas alasan tu, buat saye berfikir.

    Kalaulah perbuatan membuka baju sewaktu persembahan itu dikatekan x senonoh, macam mane pula dengan artis-artis lain yang berlakon berkemban, berpeluk, bercium, berpakaian seksi macam tak cukup kain? Kenape mereka tu x dikenakan tindakan? Itu lagi x senonoh. Boleh pula orang pandang sebelah mata, seolah-olah xde ade salahnye.

    Ramai jugak artis yang berperangai huduh di belakang kamera. Mabuk, hisap dadah, bergaduh... kenape xde tindakan yang ketat? Aneh kan orang-orang ini. Yang terang dan nyata salah dibiarkan. Yang jadi homewrecker pula makin disanjung-sanjung atas kejayaannya. Tak ke pelik tu?

    Mungkin ape yang saye tulis ni dipengaruhi oleh rase bengang sebab Faizal tak akan beraksi dalam AJL. Cume yang saye kesal sket sebab orang-orang ni berat sebelah dalam menilai. Yup, Faizal memang bersalah, tak dinafikan. Kadang-kadang tu over tak kena tempat. Pointnye.. kalau nak berlaku adil tu, berlaku adil la pada semua...
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Tuesday, January 22, 2008,3:01 AM
    Again and Again..
    Setelah Qt berjaya dicompiled, timbul satu lagi problem. Xtau macam mane nak create .pro file.. sekaligus x bley run Qt.. Ditakdirkan pula hari Selasa tu hujan dari pagi sampai petang. Tensen? Jangan cakap. Selepas berfikir 4-5-6 kali, at last dalam kul 3 tu tekad gaks.. redah hujan renyai-renyai gi ke lab untuk dapatkan bantuan. Sampai kat lab, Mike ngan Damon x datang lagi. Adus!! Tapi sebab sabar dan yakin yang Mike pasti akan muncul jugak, sejam lepas tu doa dimakbulkan. Xtau la Qt ni memang problem ngan Windows or what, somehow memang .pro file tu x bley dicreate. Tapi dengan kegeniusan Mike, using a cheated way, akhirnya Qt boleh di run. Dan juga my first progam in Qt juga berjaya dibuat. Even x buat from scratch, stil menggunakan approach cut, paste and edit, tapi bangga gak hahaha

    Balik petang tu, wat Sushi ngan Yi Tian. Wow, satu lagi accomplishment! Sushi tuna & vege. Tak pasal-pasal jek skang dah suke memasak. Adik, ape lagi, jadi la chef.. Jom bukak restoran! :D

    Photobucket

    Semalam gi dinner kat flat baru Karen & Scott. Kire macam house warming lah. Petang tu gi main voli dulu ngan Yi Tian. Nasib baik minah tu pun suke main voli, so masuk ni dah 2 kali kami gi main voli berdua jek... training digging and set.. cool... Back to Karen's house warming, lepas abis dinner, kami (saye, Scott, Yi Tian, Karen, Eni, Alistair & Virenda) main bola angin ala-ala voli kat tengah-tengah living room tu. Scott siap pasang net yang dibuat dari flags lagi hahaha Tak puas ati main kat dalam umah, kite orang kuar ke backyard, sambung main kat situ. Ngarut betul, but it was so much fun! Unfortunately, xde gambar...

    Hari ni lak wat demo Watching Window yang pertama untuk budak-budak sekolah sebagai aktiviti sains diorang. Geoff suh saye in charge... task pertama as apprentice kepada Damon, and Damon bertindak sebagai sv. Being typical me... first time.. mesti ade yang x jadi hahahaha Tapi bagus lah.. boleh belajar dari mistake.

    Oh yeah, pasal Ronaldo Lapuz, yang pegi audition untuk AI7 last week yang giler obses ngan Simon tu, lagu ciptaan diye dah jadi famous, as predicted by Simon. Kat youtube jek bape ramai dah meremixkan lagu tu. Gitar version pun ade...






    Another remix version

    Hmmm xtau lah.. but the song keeps on sticking in my head... x bley nak buang dah. Mak aii.. tolong :D
    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    Monday, January 21, 2008,1:59 AM
    Berapa Hantaran?
    Hmm dapat link ni dari Alpyan Ismet Ulam Raja. Bley calculate bape yang kunun-kunun kite bley dapat untuk hantaran. So pada yang bujang-bujang tu apa lagi, bley la cuba hahaha.. Just klik kat sini : hantaran.

    Pada sesiapa yang tingin nak dapat hantaran mahal, bley la jugak try tengok-tengok apa kriteria yang perlu ada untuk dapat hantaran sebanyak sekian sekian. Then bley set target :D

    Oh, smalam txt Phil so ari ni mamat tu tolong la ape yang patut. Alhamdulillah Qt dah berjaya diinstall, cume tak test wat program lagi. Penat aaa setelah berjam-jam tunggu untuk Qt ni abis compiled all the libraries. So esok baru try wat first program with Qt. Thanks to KA yang sudi nak tolong tengokkan error before this :)

    And smalam jugak tengok Heroes: unaired pilot. Hmm rupe-rupenya ade character terrorist Muslim yang dah bertaubat sejak kematian wife diye. But kawan diye cube untuk pesongkan balik. Ade babak Amid ni tengah solat, cube bunuh diri lepas tu (ade ke patut). Dan ability diye.. boleh kuarkan radioaktif dari tangan. Ring any bell??? Luckily part tu was being completely removed!

    Well, wanna get back to writing. Ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 2 comments
    Friday, January 18, 2008,11:19 PM
    We're Brothers 4ever!
    Funny, hillarious, very entertaining. Bape kali saye dok ulang aje video klip ni. Rasenye ni lah audition paling best pernah saya tengok. Saksikan lah sendiri hehehehhe



    Oh ya.. kali ni ramai mat-mat ensem and few minah cun giler yang berjaya ke Hollywood :D

    p/s: lama-lama rase sedap lak lagu ni hahahah
    As I Would Have It
    Permalink | 2 comments
    Thursday, January 17, 2008,8:24 PM
    Hari Ni Gagal Lagi...
    Semalam dengan bersemangat siapkan program gune GLUT. Bukan buat ape pun. Setup room jek. Yang penting nak make sure program ni bley run kat Watching Window. So ari ni datang ke lab dengan harapan Damon ade so bley la tengok hasil keje pertama kat WW.

    Nasib baik Damon ade. Tapi bile diye dengar saye gave up on Qt and back to GLUT, diye cakap I shouldn't give up. Amik masa 2-3 minggu blaja Qt. Worth it. Saye ade 3 tahun untuk wat PhD so jangan stuck ngan GLUT. Huhu begitu sekali kata pakar WW ni.

    Dengan baik ati Damon tolong la uninstall & install kembali Qt. Tapi............ hasilnya tetap sama. Tak bley jalan. Haha meaning bukan saye la yang x reti. Windows yang bangang. Yay! Damon pun mati akal dah xtau nak wat cemane. At last diye cakap, baca la lagi ape yang patut, then gi mintak tolong kat technician hahaha

    Spoke to Mike. Diye cakap diye sendiri gave up install Qt kat Windows. If dapat run Qt, result memang gempak. Tapi nak install nye tu quite pain in the ass. Well Mike, couldn't agree more. 2nd last resort before bawak ke technician. Tunggu Phil datang. Tapi tadi diye x datang lagi sebab ikut kate Mike, diye balik kul 5 am. Hmm malas nak tunggu dah. Dok lama-lama kat lab bukan bley wat pe dah pun so better balik umah. Nanti Ahad txt Phil mintak tolong diye on Monday.

    Anyway, hari ni merupakan hari jadi abang yang ke-36. Abang yang menjadi illustrator kepada novel-novel PF tu. Well abang Je, semoga sukses selalu.. and jangan lupe jaga kete merah tu elok-elok! :D

    Kesimpulan untuk hari ni, jangan give up on Qt. Ikut kata pakar (Damon).. wat PhD application gune GLUT.... nayyyyyyyyy! :P
    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments
    Wednesday, January 16, 2008,6:42 PM
    Qt Oh Qt....
    Photobucket

    Qt.... sebuah lagi library yang begitu popular untuk create GUI application. Boleh juga digunakan untuk open a window menggantikan GLUT.. yang dikhabarkan lagi bagus.

    Hai... saya cube untuk menggunakan Qt.. tapi........ amik 2 hari sebelum berjaya meng-installkan Qt.. hanya semata-mata sebab silap download file Mingw yang x compatible dengan version Qt tersebut.. dan masuk hari ni dah 2 hari gagal untuk membuatkan Qt usable.. sebab in order nak guna Qt kena masuk masuk command prompt, then configure, make...bla bla bla.. dah cuba folo step dalam tutorial tapi x bley nak make sebab command tu not recognizable..

    Adakah Qt tidak semudah yang digembar-gemburkan.. atau saye ni sebenarnye yang tak reti? Entahler.. give up pun dah ade.... Damon yang guna Qt ni pun masa tolong install terkejut bile it required Mingw file (yang diperlukan oleh Windows. Mengada-ada x? huh!) .. diye x pernah encounter that thing before.. Adakah itu satu petanda yang tak baik?

    Ari ni x gi lab sebab ujan.. tadi try call lab.. mencari labmates yang mungkin boleh tolong figure out the problem.. tapi sorang pun x jawab.. macam x percaye jek xde sape kat lab... one more try until end of the day.. x bley gak.. babai Qt.. back to GLUT!

    Arghhhh! I'm soooooooooo NOT in mood today!

    Update::: --> berjaya call Mike.. diye sendiri mengakui it was a little bit "funny" when it comes to installing Qt with Windows.. and diye pun x reti sangat nak setelkan problem.. the only person yang diye tahu berjaya buat Qt works well with Windows is Phil... tapi mamat tu plak xde kat lab ari ni.. Phil..... where are youuuuuuuuuu?
    As I Would Have It
    Permalink | 4 comments
    Monday, January 14, 2008,2:23 AM
    Lamb Chop
    Sape kate saye x boleh masak? Hidup di Dunedin ni telah membuktikan segala-galanya. I'm kinda good cook hahahaha puji diri sendiri. Biler lagi kan :D Memula datang dulu berlagak giler xmoh masak. Kunun content giler makan mende simple-simple. Buah ler, maggie, makan carrot jek, and beli fish burger/fingers. Tapi dah perut Melayu kan. Nak jugak nasik. Dulu rajin gi beli makan kat luar. Tapi bile menyaksikan sendiri duit luak macam air bah... huhu memang kena tuka lifestyle kat sini...

    So bermula dengan masak pasta salad, slowly masak nasik goreng tanpa gune perencah, masak ayam paprik, ayam sos tiram, ayam merah, buat egg mayo, gulai lemak nenas, bubur jagung, kuih sagu, dan yang terbaru... lamb chop! Haha jangan tak percaya. Dari mashed potatoes sampai le ke gravy nye.. sume hand made gitu.. cume flakes untuk mashed potatoes tu beli instant hehehe Inilah hasilnye....... yummy!


    Photobucket

    Well, Sue-n dah sampai ke Osaka. Ari tu tengok flight low-cost Jetstar dari Sydney ke Osaka dalam AUS$700++. Hmm macam best jek. Memang plan nak gi Jepun lawat Sue-n. Tambahan lagi memang ade low-cost airline dari Sydney. Dulu-dulu plan nak gi Sydney then balik Mesia. Tapi rase macam nak tuka plan. Gi Sydney-Osaka. Balik Mesia xde transit mane-mane. Macam best jek plan kan? Duit nak gi Sydney cukup. If nak terus ke Osaka pun cukup tapi cukup-cukup makan jek. Huh! Kena bajet betul-betul sebab yang penting nak balik Mesia raye nanti. Hopefully dapat le jadi kenyataan!

    Oh.. lagi satu bite best. Minggu ni, kapel yang saye paling tak suke dalam Amazing Race s12, Jen & Nat dah terkeluar. Rasenye most people x suke depa ni. Ujung minggu ni finale dan tanpa diorang, sape-sape yang memang pun x kisah. My bet on TK & Rachel, tapi tak kire sape yang bawak balik sejuta tu, I'm still happy. Woo-hoo!
    As I Would Have It
    Permalink | 9 comments
    Friday, January 11, 2008,8:02 PM
    Pengembaraan Fantasi: Perangkap Lorong
    Siri PF4 telah kembali. What a good way to start my new year hehehe Cover kali ini lebih menarik. Sangat menarik pada saya. Thanks to KD's team for the creativity. Antara komen dari editor ialah ketajaman akal Adlan, Mira dan Deego terlalu matang bagi kanak-kanak berusia 12 tahun.

    Hmmm memula rancangan awal nak menghasilkan siri PF sampai 10++ sebelum diorang bertambah dewasa. Kunun tiap-tiap bulan diorang ade kisah sendiri. Tapi mungkin betul jugak cakap editor. Matangkan sikit usia diorang if saye nak kekalkan idea-idea macam yang diorang ade. So mungkin selepas 2 siri lagi, saya akan tingkatkan usia diorang kepada 13 plak. :)

    Anyway, kisah kali ni more kepada permainan. Perangkap Lorong berkonsepkan maze. Banyak lorong tapi hanya ada satu sahaja jalan keluar. Mana satu lorong yang betul, atau ade trick lain untuk keluar dari situ? Personally, ni adalah siri yang saye rase paling puas hati ditulis (to date). Untuk pembaca dan kawan-kawan semua, ni ialah cover untuk PF4.


    Photobucket

    PF5 nanti akan berkisar mengenai "inner demon" yang setiap dari kite ada dalam diri sendiri. Cuma kisahnya belum ditulis lagi hehe Insya-Allah lepas siap 2nd novel untuk remaja dewasa nanti, saya akan teruskan dengan PF5.

    Bercakap tentang 2nd novel remaja dewasa ni, title yang ade dalam pala otak ni ialah 'Mastika Aurora'. Harap-harap ia komersial enuff untuk dijadikan sebagai title. Bergenrekan fantasi, adventure and a little thriller. Apa Mastika Aurora? Itu kena tungguuuuuuuuuu... :D

    As I Would Have It
    Permalink | 0 comments
    ,3:02 AM
    The Most Happiest Moment
    Finally, setelah menanti sikit punye lama sejak pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Tadi berjaya juga bersukan! Woo-hoo! Sebelum ni hanya gi lab, balik umah, menulis, makan, tido. Tu jek rutin harian.

    Actually dah plan lama nak gi main. Kununnye Sabtu lepas. Bangun pagi-pagi dengan semangat gi Unipol, pusat sukan universiti, dengan Regina & Yi Tian. Skali tutup daaaa... keciwa.. so ganti ngan petang Jumaat. Tapi just gi ngan Regina sebab Yi Tian tengah bercuti kat Wellington.

    Sampai kat Unipol dalam kul 6. Kat sini nye style, takyah bawak reket. Bawak shuttle jek sebab reket sume disediakan. Just tunjuk student card. Raket Yonex gitu hehehe Tengah-tengah main tiba-tiba Imran, budak foundation datang ngan Iqbar, flatmate diye. Lepas setengah jam, kite org main beregu lak lawan ngan depa. Main satu set sebab depa nak main ping pong lak.

    Kite orang pun kunun nak balik la sebab nak gi New World gi beli barang. Sekali Regina tengok diorang main ping pong, diye nak gi lepas gian main ping pong lak. Diye gi main ngan Iqbar. Sekali Iqbar dah taknak main sebab nak gi main basketball. So saye cakap nak join, diye cakap ok.

    Sekali masuk ke court basketball nampat court voli, siap ngan net. Huh macam ape jek terkinja-kinja excited nampak court voli tu. Shoot bola beberapa kali, then cakap ngan Regina nak pegang gak bola tampar. Tak kire la xde orang pun. Dapat serve dah cukup. Bape kali dok ulang alik ke kaunter. Gelak je orang yang jaga kaunter, baru bape minit dah nak gi tukar game lain.

    Tak dapat digambarkan macam mane sonoknye dapat pegang bola tampar balik. Yang paling best, I still can play. Yay! Bape lama dok main sorang-sorang, pastu Imran datang join. Tibe-tibe ade budak Palestian datang join lak. Ok ler.. 3 orang. Pastu Regina masuk court lak. Tak lama lepas tu Iqbar join. 3 vs 2... ok jek.. main ikut suke ati. Mentang-mentang le siang panjang, dengan tak ingat dunianye main sampai kul 8.30 pm huhuhu


    Best best. Tak tau nak describe betapa puas nye ati ini. Main pun buat perangai macam dulu. Lompat-lompat terlebih excited. Regina gelak sebab diye cakap macam budak kecik yang mintak-mintak kat mommy nak main hahahhaha anyway, thanks Regina sebab sanggup tunggu sampai saye puas ati gile main petang ni. And thanx jugak kat Imran yang sudi layan karenah kakak ni yang tak reti-reti nak benti main heheheh Alamak terasa macam bagi ucapan menang award lak hihi

    Consequence dari main x ingat dunia.... kaki cramp giler.. almaklumler kat sini berjalan kaki.. huhuhu.. penat giler nih..... nak tido.......................... :) :) :)
    As I Would Have It
    Permalink | 2 comments
    Thursday, January 10, 2008,2:23 AM
    The Apprentice 7
    Well, favorite show saye telah kembali. Apprentice kali ini diwakili oleh celebrities. Format yang sama seperti reality show yang lain, yang menampilkan artis sebagai peserta. Duit yang dimenangi akan diberikan kepada badan kebajikan yang diwakili. Macam Sehati Berdansa. Woo-hoo to Vee & Shidi! :D

    Anyway, back to The Apprentice. Apa yang menarik kali ni, celebrtities yang menyertai bukan sekadar artis, tetapi ahli sukan macam Lennox Lewis, 5 x Olympic Gold Medalist, Nadia Comareci (betul ke eja hmm), authors.. dan juga Omarosa huhu Other familiar faces adalah Stephen Baldwin, Gene Simmons, Vinni ape ntah pelakon tv series ni and jeng jeng jeng, this Brit guy yang menjadi judge untuk American Got Talent (tak ingat nama). Mulut ala-ala Simon Cowell gitu. Part paling best bile diye debate ngan Omarosa haha seriously best!

    Antara kelainan yang lain, team yang kalah bile masuk boardroom, the other team bley tengok menerusi tv yang terpasang kat bilik diorang. Macam biasalah, bile dah tengok secara ramai-ramai team yang kalah tu bickering sesama sendiri kat dalam boardroom, masing-masing mula buat spekulasi. Ngumpat sume cukup. Hampeh betul.

    So season kali ni akan menjadi episod yang ditunggu-tunggu. Trump pun xde lah being hard sangat on diorang. Sebab kebanyakkannya kawan-kawan diye jugak. Tak sabar nye nak tunggu next episode.

    Hmmm ni might be off topic. Kepada peminat-peminat Heroes, saje nak bagi tau, Milo (Peter Petrelli) dan Hayden (Claire Bennet) are dating rite now. Et mesti suke kan sebab masa awal-awal Peter selamatkan Claire (save the cheerleader save the world), dia dah rase ade chemistry between them. So did I. Unfortunately dalam siri tu diorang pakcik dan anak sedara so x bley berchenta ahaks.. Dan ni baru habis tengok movie Bring It On: All or Nothing. Hayden sebagai lead actress. Best! :)

    Okielah.. kena sambung menulis. Nak siapkan cepat. Ciao!
    As I Would Have It
    Permalink | 2 comments
    Tuesday, January 8, 2008,1:10 AM
    Maal Hijrah
    Hmmm keliru sebenanye. Kalau ikut website FIANZ, ari ni dah 30 Zulhijjah. Tapi kat Mesia ari ni baru 29 Zulhijjah. Kat Ozi cemane eh kak Oshun OD? Tapi since dah dok kat sini kan, so ikut kalender sini lah. Which means esok tahun baru!

    Tak banyak aktiviti yang dibuat. Semalam baru stat gi lab setelah 2 minggu lepak bercuti mengalahkan mat salleh yang sambut Krismas dan New Year hihi Tapi cuti-cuti pun writing berjalan, and dah banyak progress. Harap-harap by February dah bley submit manuskrip nye woo-hoo! Ni kalau Alias baca sah-sah kena sindir lagi :D

    Next week Geoff balik. Apa progress nak tunjuk eh? Sebab tak ada apa. Harap-harapnye bley come out with something untuk beberapa hari dalam minggu ni. Takmoh kasi alasan ngarut-ngarut. Bagi tau jek terus terang ikut nasihat diye amik cuti. Tapi terlebih lama la plak hihi

    Anyway, tadi gi wat student's card ngan kak Liza. Style kat sini, tiap-tiap tahun kena wat kad baru. So gamba pun baru. Background kad pun lain. Orang tu tanya nak letak nama penuh or nak letak 'Lynn' jek. Hehe I chose the latter.. ngade-ngade tak?

    Perjanjian KD untuk PF4 dah siap ditandatangan, dengan k Liza as saksi. Tinggal nak pos balik jek. Hmm tingat lak last year. Setiap kali nak sign agreement, trus gi KD jek. Lepak-lepak sat kat sana, sembang-sembang pasal next novel, pendapat, etc. Best walau pun xde air bujang yang di hidang ahahha. Jangan mare.. gurau tahun baru :D Now? Huhu tinggal kenangan je lah. I miss those moment. Honestly, pergi ke KD adalah antara perkara yang saye paling suke nak buat!

    Oh ye. Tadi Damon datang lab. Lain tengok muke diye. Bercahaya terang gemilang. Ye lah, orang dah submit thesis, hepi je lah kan. Diye tanya, macam mane saye enjoy current weather kat Dunedin. 2-3 hari ni panas. Saye cakap saye tak suke langsung. Sebab panas sangat, walaupun tak sepanas kat Perth tu :P Kat sini bile panas, terasa sangat bahangnya. Sebab udara kat sini yang segar bugar takde pencemaran untuk menapis cahaya matahari yang memancar tu, so memang kena direct sunlight lah.

    Damon balas, masa cuaca sejuk dulu saye asik komplen aje. Bile panas pun saye komplen gak. Amboi, perli nampak huhu Takpe aa saye cakap, skang ni memang prefer cuaca sejuk. Dah mula menghargai. Tak komplen dah. Damon cakap lagi, nanti bile winter mesti saye banyak komplen lagi. Oooo xpe.. saye cakap ngan diye, bile datang winter nanti nasib diye memang baik sebab diye dah xde untuk dengar saye bising hehe Damon gelak jek. Anyway, sonok dapat jumpa labmates balik :)

    Okie dokie... no more updates. Akhir kata, Salam Maal Hijrah untuk semua!
    As I Would Have It
    Permalink | 4 comments
    Wednesday, January 2, 2008,8:38 PM
    Pick Ur Own Cherry
    Smalam pergi ke Fairview Orchard yang terletak di Roxburgh. Lebih kurang 2 jam dari Dunedin. Kite orang pergi 4 kete. Kenapa jauh sangat untuk dapatkan cherry? Sebab skang ni boleh petik buah cherry sendrik dan di jual muarh. NZ$8 sahaja per kilo. Normal price dlm NZ$16-19 per kilo. Yang best lagi, sambil petik sambil makan. Yang masuk dalam perut sume free hahaha...

    Masa nak balik tu K Liza lak ofer if nak ikut diorang amik jalan lain balik. Saja nak round-round gi tempuh Alexandra-Palmeston-Dunedin. Sebab fikir balik smalam pun tak akan wat keje, so folo la k Liza. Saje jek cuci mata tengok pemandangan yang lain.

    Photobucket

    Photobucket

    Oo.. k Liza and hubby bagi tau, ayam brand Brinks dah dapat Halal Certified dari FIANZ. Ayam ni banyak di jual di New World. Lega dengar. Tak de la susah nak beli ayam kena pesan kat orang yang gi masjid. Ayam ni dijual sekor-sekor. Hmm pernah potong ayam dulu so rase xde masalah la kot hehehe Beef/lamb pun banyak jugak yang halal cume malas nak cek je mane yang jenama kelulusan FIANZ. Nanti aa if rajin-rajin....

    Anyway.. masa 1 January ari tu, kite orang wat flat lunch since ari tu merupakan Mansi nye last day kat Pakiwaitara. Thanks Mansi sebab aja masak curry Indian style, lagi best dari kari Mamak. So balik cuti nanti bley la masak kasi abah rase hehehe :) Ari tu kite orang dressed up hanya untuk bergambar. I chose pakai baju kurung sebab dah lama x pakai.. rindu la plak ;)

    Photobucket
    Dari belakang:
    Me, Karen (Malaysia), Mansi (India).
    Yi Tian (Malaysia), Regina (Filipina)

    As I Would Have It
    Permalink | 6 comments